"Perkenalan yang singkat. Tak sangka dia jodoh As rupanya" - itu ayat pertama yang terkeluar dari mulut As (kawan kerja aku yang handle site kat Felda Trolak Utara). Kisah cinta As buleh dikatakan banyak pancaroba nye juga.
Bukan seorang dua je insan yang pernah menyulam cinta dengan As. Ada dua tiga orang juga tapi setiap daripada kisah cinta tu berakhir dengan tak berapa indah.
Rupanya benarlah : "Allah dah janji setiap insan ada bahagiannya - rezekinya, ujiannya, jodohnya. Cuma cepat atau lambat saja"
Hasben As (Fattah) hadir dalam hidup As selepas bermacam kisah pahit As kena telan. Fattah decide nak jumpa family As terus selepas beberapa bulan perkenalan dan lepas tu terus bawa keluarga datang berjumpa dan kenal antara keluarga masing-masing. Terus bincang hal untuk bertunang (3 bulan je bertunang dan lepas tu terus walimatulurus).
Ceria habes muka As di hari bersejarah dia diijabkabulkan sah menjadi suri hidup Fattah. Dan secara rasminya juga As dah takkan bersama team kerja kami lagi lepas ni sebab encik suaminya nak As ada depan mata setiap saat hehehe =P
Alhamdulillah tahniah dipermudahkan segala urusan As dan Fattah. Semoga kekal bahagia selamanya.
Tak perlu serabut fikir hal kerja lagi dah lepas ni As. Boleh fokus jaga Encik Suami je hehehe
same mcm saye jgk.. knl asben xlama.. tunang 4 bulan lps tu kawen..
ReplyDeleteyg sblom tu kapel bagai nk rak 3 thn tp sia2 je.. huhu
jodoh rahsia Allah.. =')
eh lupa plak nk ucap tahniah..
ReplyDeletetahniah dan selamat pengantin baru utk kwn awk dan suami dia.. hihi
Seronok bila dengar (baca) cerita macam ni.
ReplyDeleteBuatkan kita percaya setiap peristiwa yang buruk pasti akan berakhir dengan yang baik juga.
assalam cik ana.. lama tak jenguk cni.. harap cik ana sihat2 sajork.. hehe.. selamat pengantin baru kpd puan as di atas tu ye.. sama2 la kami menjadi penjaga suami masing2.. ehek ehek.. ^_^
ReplyDeletetahniah pengantin
ReplyDeleteKalu dah jodoh... tahniah
ReplyDeleteLama tak berkunjung kat sini buat onar... cik ana pe kabo?
ReplyDeleteAduiai... ade muka comel kena censor dlm gambor tu...
ReplyDeleteHi as...Congrat...
ReplyDelete