Hai engkorang. sorry agak lama senyap sunyi sebab busy sikit menguruskan program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia. Karnival ni diadakan setiap tahun pada hujung tahun suku terakhir selalunya tapi tahun ni diawalkan atas sebab-sebab tertentu.
Disebabkan tempat aku jadi lokasi pertama dan disebabkan duit bajet program masuk sangaaaaat lewat ( 7 hari sebelum program) , perkara tu amat mengecewakan aku. Pada hal, kertas kerja program dah diarahkan submit pada bulan Julai dulu lagi dah. Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan.
Banyak aktiviti yang telah dirancang dan alhamdulillah Allah pinjamkan DUA HARI yang sangat cantik cuacanya dari pagi hingga ke petang. Dapatlah komuniti hadir pada kedua-dua program tu. Kalau cuaca hujan entahlah macam mana agaknya.
Nanti aku kongsikan beberapa aktiviti yang agak menarik untuk diceritakan :)
Tahniah kerana dapat jayakan event walaupun duit masuk lambat. Biasalah tu cabaran dunia pekerjaan. Kita dah ok, orang pulak buat hal
ReplyDeleteTahniah! dan syabas walaupun kekangan bajet mampu juga selesaikan event tu ya.
ReplyDeletekalau dah tertulis rezeki tu, apa shj halangan ttp dpt ditempuhi tahniah ana!
ReplyDeleteAlhamdulillah majlis berjalan lancar..
ReplyDeleteMenarik juga event begini macam-macam aktiviti ada..
Tahniah anamizu..