Dah pernah cuba ke?

Alamak macam lama sunyi sepi. Maklumlah program bersusun nak kena setelkan sebelum hujung tahun habis. Lepas selesai je Karnival Hari Terbuka haritu, aku dengan team aku yang lain teruskan pulak dengan program Inovasi Pertanian Moden (Hidroponik - Dah Cuba Ke?) --- memang nama program diletak sebegitu rupa untuk bagi effect lebih dramatik katanya. kahkahkah

Zaman semakin mencabar sekarang ni memang kalo boleh semuanya nak kena usaha / tanam sendiri je keliling rumah. Kalau sesiapa yang tinggal di kawasan rumah kampung (ada tanah keliling rumah takpe tak kisah lah boleh main campak-campak je benih sayur / benih pokok mesti tumbuh elok punya. 

Kalau jenis tak mampu nak ada rumah bertanah keliling cemane? Hah hidroponik lah penyelesaiannya. Tak payah mikirkan tanah. Tak payah nak mikirkan bila masa nak siram. 

Sepanjang bengkel Inovasi Pertanian Moden ni, aku tengok peserta memang dah tentulah ramai golongan wanita. Standardlah tu mana-mana program pun mesti kaum wanita ni jugak yang ramai join. Program ni PERCUMA sahaja untuk edisi pengenalan kepada warga komuniti Felda sekitar jajahan Wilayah Trolak , Daerah Batang Padang Muallim , Perak ni.

Hidro Mini Set ni tetiba buat aku jatuh cinta pulak dengan hidroponik. kahkahkah 


3 comments:

  1. Tengok ni teringin Pula naknberhidroponik

    ReplyDelete
  2. Tengok pokok tumbuh dengan segar bugar ni merupakan sejenis terapi minda juga :D

    ReplyDelete
  3. comel pulak hidroponik mini tu. kalau boleh letak kat dapur, kalau nak pakai/makan tinggal petik2 je kan. :D

    menarik la program ni. best la kerja banyak buat program2 best macam ni :3

    ReplyDelete