Membersih & Menyucikan Jiwa-Kadar Zakat Fitrah 2019


Syukur kita diberi kesempatan lagi bertemu Bulan Ramadhan yang mulia. Setiap kali hadir Bulan Ramadhan perkara yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan bayaran zakar fitrah. Ia boleh dilakukan di sepanjang Bulan Ramadhan iaitu dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadhan.

Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat diri/badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Mengeluarkan zakat fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI 2019
Ada negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Contohnya:

Negeri Perak:
*Beras Super Special Tempatan 5% : RM 7.00
*Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni: RM 14.00
*Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah : RM 21.00


Semoga diberi kesihatan untuk menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadhan tahun ini.
Salam Ramadhan semua :)



6 comments:

  1. Salam Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna.

    ReplyDelete
  2. thnk you for sharing this

    ReplyDelete
  3. bgs jgk ada yg 2 ke 3 kadar bayaran.... cuma harapnya jujur lah membyrnya kan...

    ReplyDelete
  4. ooo patutlah ada different jenis kadar bayaran. kita baru tau..

    wahh, sampai sekarang still mengekalkan entry based on pangkal huruf bulan. niceeee :D

    ReplyDelete
  5. Salam 4 Ramadhan Ana.
    NS dah naik 50 sen tahun sebelum ni NS adalah negeri paling murah kadar zakatnya compare dengan negeri-negeri lain.
    Apa-apa pun semoga kita tidak melupakan kewajipan berzakat fitrah itu

    ReplyDelete