Api! Api! Api!

 


Dalam pada kita semua masih bergembira meraikan kemeriahan bulan Syawal, satu tragedi berlaku di kawasan kejiranan kampung tempat aku sekeluarga tinggal.






Rumah Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah hangus dijilat api pada petang 05 Syawal (Ahad 14 April 2024). Kejadian berlaku dikatakan berpunca apabila petir menyambar suis utama di rumah Makcik Midah dan kemudian berlaku letupan dan menyebabkan api mula marak.

Anak menantu semua sudah pulang dan ke rumah mertua masing-masing dan hanya Pakcik Kamaruddin dan Makcik Midah saja yang tinggal waktu tu.

Petang sebelum kejadian tu juga ada beberapa kali petir guruh kuat.

Hati mana yang tak luluh setelah rumah yang dihuni sejak tahun 1984 hingga 2024 hangus begitu saja.

Syukur tidak meragut nyawa kerana sempat juga Makcik Inah sebelah rumah menjerit minta bantuan.

Semua jiran-jiran terdekat yang ada masa tu bantu padamkan kebakaran sementara bomba dalam perjalanan. 

Kami bersama-sama seluruh komuniti di sini ada buat kutipan derma kilat untuk bantu meringankan beban Makcik Midah & Pakcik Kamaruddin.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Pakcik Kamaruddin, boleh salurkan kepada waris keluarga iaitu anak beliau :

Akaun : Maybank 
Nombor Akaun : 158154294838
Atas Nama : Amirul Muzamir
Nombor Tel : 013-528 0187


Moga diberi kekuatan buat seluruh keluarga Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah.
Sedih pilu terasa sebak sayu di hati sebab Makcik Midah juga Ahli Mesyuarat Mak :(



11 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...allahu nasib x melibatkan nyawa..semoga dipermudahkan buat mangsa sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tiada kemalangan jiwa..

    ReplyDelete
  3. Inna lillah wa inna ilayhi rojiun
    Moga makcik dan pakcik dikurniakan ketabahan menempuh ujian.

    Seram jugak saya ni duduk rumah lama. Walaupun orang yang arif dah check letrik rumah ni, tetap terselit rasa risau bila nak tinggalkan rumah.

    ReplyDelete
  4. Innalilahiwainnailayhirojiuun.
    Moga Allah ganti dgn yg lebih baik.
    Mujur tak berlaku kehilangan nyawa.

    ReplyDelete
  5. Allahu Akbar!
    Bukan dugaan kecil ni. Dugaan hebat!
    Di tempat saya pun sama, di belakang taman perumahan ada kampung. Dua buah rumah terbakar sekaligus pada hari raya pertama.

    ReplyDelete
  6. aduhla peritnya, kehilangan rumah sebab kebakaran ni...

    ReplyDelete
  7. innalillahiwainna ilahi raajiun...
    apa yg sy faham kalau jd mcm ni, rumah ni tak ada wayar bumi atau wayar bumi ada kerosakan. wayar bumi selalunya dpt lindungi rumah drpd disambar petir...
    apa2 pu syukur tiada kemalangan jiwa

    ReplyDelete
  8. bila Allah uji kita dengan musibah.
    masa ramadhan haritu ada 2 murid sekolah Kyra pun rumah dorang terlibat dengan kebakaran....panas sangat agaknya cuaca masa tu

    ReplyDelete
  9. Allahu ujian berat di suasana raya yang masih kuat di rayakan.. Semoga kuat buat pakcik dan mackcik.. yg penting tiada kemalangan jiwa berlaku.. thanks kongsikan no acc tu.. :D

    ReplyDelete
  10. Allahu..berat nya dugaan.. apa pun syukur takde melibatkan nyawa. moga dipermudahkan urusan mereka, aamiin

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar . Ujian buat mereka ..

    ReplyDelete