Ada Buat Kuih Raya Tak?-Part 2


 

Memandangkan tahun ni semuanya kos makin naik, jadi mana yang boleh kita buat sendiri.
Abah memang kegemaran dia Kuih Batang Buruk.
Tapi banyak tempat juga Abah cari, takda yang jual.

Selalunya tiap tahun Abah memang beli dari sorang akak tu di Pasar Langkap,Perak.
Tahun ni akak tu takda berniaga di lokasi yang selalu dia berjualan tu.
Abah ada juga tanya peniaga-peniaga situ & diorang kata tak pasti mungkin tular lokasi lain.

Disebabkan Abah tak jumpa orang jual Kuih Batang Buruk,
aku cakap kat Mak takpelah cuba buatkan sendiri sajalah untuk Abah.

Sebenarnya bahan-bahannya mudah saja tapi nak buatnya tu agak renyah (rumit) :

RESEPI BATANG BURUK ASLI

  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Tepung Kacang Hijau
  • Gula Aising

RESEPI BATANG BURUK MUDAH

  • Kulit Popia
  • Tepung Kacang Hijau
  • Gula Aising
  • Bancuhan Tepung (untuk pelekat)

Pilihan aku? Sudah semestinya yang paling mudah dan segera siapnya! hehehe
Gulungkan kulit popia gunakan straw sebagai sukatan saiz yang sama.
Potong dan gorengkan hingga masak & toskan sebentar hingga sejuk
Sumbatkan dan padatkan tepung kacang hijau ke dalam gorengan kulit popia tu.
Salutkan dengan campuran tepung tu beserta dengan gula aising.
Salutkan setebal mungkin kerana homemade, jadi pastikan optimum padatnya hehehe



4 comments:

  1. tahun ni lum jumpa lagi...kuih batang buruk ni.. fav arwah suami MA, dulu 3-4 tahun jugak la x beli... but now alhamdulillah..ok dah. tapi tu la... tahun ni x jumpa lagi
    MA buat kuih raya ngan Ibu..banyak jenis jugak la

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan batang buruk homemade.
    Raya tahun ini saya tak buat kuih, cuma goreng kerepek jejari ketam saja. Itu pun atas permintaan Firdaus, dia tukang siat saya tukang goreng.

    ReplyDelete
  3. sy x tahu laa sekarang punya batang buruk
    lebih rasa manis semata
    kdg rasa lemak2 kacang tu x de langsung

    ReplyDelete
  4. Batang buruk ni kuih lagend ..sedapp

    ReplyDelete