Antara Menu Simple Jamuan Raya Sekolah


Sekarang masih dalam mood Hari Raya Aidilfitri. Dan banyak sekolah juga mengadakan sambutan Jamuan Hari Raya di sekolah-sekolah. 

Dan sebagai mak-mak selalunya mesti pening memikirkan apa juadah untuk anak-anak bawa kan?

Ini antara beberapa idea menu simple untuk Jamuan Raya Sekolah atau Menu Simple Potluck ke sekolah :


Pop Corn Chicken Cheese Leleh

Spageti Bolognese Pedas Manjahhhh


Baby Pancake Chocolate Leleh

Buah-Buahan Coklat Leleh


Sumber : Group Facebook MAHN

Dan menerusi kebanyakan testimoni daripada mak-mak dari group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di facebook, ramai yang setuju dan menyokong menu-menu ringkas begini laku kerassss (habis licin paliing awal) malah tanpa pembaziran & menjmatkan masa guru sebab tak perlu nak tolong packing hehe

Ramai anak-anak seronok bila juadah yang dibawa menjadi rebutan kawan-kawan semasa Jamuan Raya di sekolah. Kerja mak mudah dan hilang rasa penat bila anak pulang bawa feedback positif macam tu kan? Perasaan seronok tu hanya golongan mak-mak yang bertungkus-lumus menyediakannya saja yang tahu. 

Macam rasa nak melompat! hehehe

15 comments:

  1. Comel semua nya.. kecik2 lawa. cute aje.. Senang. Sorang dapat 1. Tak perlu nak cedok2 lagi kan.. Tak habis boleh bawak balik. Mudah keje.

    ReplyDelete
  2. So far sekolah anak2 Cie takde menu potluck. Cikgu sek collect duit je then dorg order makanan. Lepas tu siapa nak bawak makanan pun boleh. Takdela pening fikir nak bawak menu apa.

    ReplyDelete
  3. Rindu betul nak jamuan sekolah. Dulu kerjanya asyik bawak mihun goreng dengan tembikai saje hahaha. Sekarang banyak pilihan dan aneka juadah

    ReplyDelete
  4. Semua makanan portluck tu comel-comel . Bebudak mesti suka . Nie kalau buat jamuan kat sekolah memang sesuai .. letak dalam bekas kecil dengan portion yang kecil comel begini memang mudah bebudak nak ambil .

    ReplyDelete
  5. Ltk dlm bekas kecik2 lg mudah bdk2 nk mkn kn

    ReplyDelete
  6. Tq bagi idea Ana 🌹
    Jumaat ni anak² ada jamuan raya hehe

    ReplyDelete
  7. bayaknye kuih raya.. :D.. meriah nanti anak2..

    ReplyDelete
  8. Good idea..ofis sis esok nak buat jamuan raya..yang lain2 dah bawak makanan berat...kita jer tak tau nak bawak apa..buat salad buah letak dalam packing kecil2 ok gak..

    ReplyDelete
  9. penah hadiri jamuan raya tadika. student 90++ so menu dia semua hmpr sama. last2 bdk2 mkn mi goreng dgn pasta. kuih2 dlm cup dlm kotak (order by parents) tak terusik pun. kami yg dtg ni terpaksa bw blk hahaha

    ReplyDelete
  10. best2 idea manu raya ni.. boleh la ceduk idea ni hihi

    ReplyDelete
  11. menarik menu2 nya
    simple & memang bebudak suka kannn

    ReplyDelete
  12. Memang pening juga nak fikir menu apa sesuai untuk dibawa anak-anak untuk jamuan raya. Biasanya saya bekalkan Firdaus buah anggur dan ayam goreng. Memang habislah tak bawa pulang.

    ReplyDelete
  13. Tiap kali anak ada jamuan raya sekolah je saya akan buat biskut berasaskan cornflakes tak kisahlah cornflakes madu ke atau cornflakes coklat. Selalunya memang akan habis dan laku keras..

    ReplyDelete
  14. Memang lah kak. Hati pasti senaaaang sangat kalau dapat kabar makanan yg kita buat habis dimakan dan dapat pujian pula kan. Rasa hilang capek nya 😄👍

    ReplyDelete
  15. Memang senang kalau buat begini kan… tak messy… lagi mudah nak uruskan.

    ReplyDelete