Masa Abah ke market pagi semalam, Abah terjumpa orang berjualan buah sukun.
Buah Sukun ni pun salah satu buah yang sukar nak jumpa di kawasan Ana ni.
Jarang-jarang sekali nak dapat bertemu dengan buah ni.
Beberapa tahun lepas ada sepokok sukun di belakang rumah Mak Lang jiran sebelah.
Tapi terpaksa ditebang waktu nak besarkan kawasan bilik air di belakang.
Jadi dah tinggal kenangan saja pokok sukun di rumah Mak Lang.
Ini permintaan si Bong lah nak makan kerepek sukun katanya.
Mak kata buat cucur sukun sajalah lebih mudah kerja.
Tapi macam biasalah tekak seorang Bong taknak.
Nak kerepek sukun lagi sedap katanya.
Demi memenuhi permintaan si Bong, gigihlah seorang kakak bersilat selepas balik kerja.
Nak selesaikan mengupas & menghiris nipis-nipis 3 biji sukun boleh tahan jugalah.
Berpeluh ketiak demi sesuap kerepek sukun.
Bukan taknak guna alat penyagat tu supaya lebih nipis, tapi dia buat hal.
Biasalah bila kita nak guna, waktu tu lah kejadian macam-macam.
Jadi kita hiris sajalah guna tenaga yang ada.
Tung tang tung tang, bersilat hadap api dapur,
Siaplahhhh kejadian kerepek sukun rangup.
Puas hati dapat juga 2 balang tinggi hehehe
Rajinnya ana buat kerepek sukun!
ReplyDeleteSedapnya! Dulu-dulu pernah sekali buat pengat sukun ni
ReplyDeletelady x pernah buat kerepek ni... buah pun pernah tgk dlu2...
ReplyDeleteBiasa makan sukun goreng aje.
ReplyDeleteKerepek sukun mesti lagi sedapkan sebab sukun semata
ya Allah bestnya
ReplyDeleterajin sungguh. dah la hiris pakai tangan sekeping sekeping. kat area akak pun susah dapat sukun ni ana
ReplyDeleteSedapnya kerepek sukun..kalau kat luar kerepek ni mahal gak...
ReplyDeletetk pernh mkn kerepek sukun...smlm opismate beli sukun goreng cucah cili kicap
ReplyDeleteDap nya..kalau goreng je pun sedappp...cicah plak ngan cili kicap ..lagi laju
ReplyDeleteKalau saya balik kampung, kerepek sukun antara kerepek yang emak bekalkan bawa balik LD selain kerepek ubi, keladi dan pisang. Entah di mana dibeli semua kerepek tu.
ReplyDeleteCCL pernah makan kerepek dari bauh sukun ni . Memang sedap .. tapi kalau buat sendiri ni mau ambil masa yg lama juga kan
ReplyDelete