Jolok Buah Manggis

 



Belakang rumah kita ada satu je pokok Manggis.

Ini pun dapat hasil setelah berebut dengan tupai.

Kawasan rumah ni terpaksa berebut dengan tupai, musang buah & kelawar.

Diorang buat kerja selalunya waktu malam.

Kita ni waktu siang baru boleh nak melawat pokok.

Pokok Manggis ni last berbuah lebat masa musim PKP dulu.

Masa tu memang makan sampai lebam sebab ahli keluarga lain tak dapat rentas daerah.

Setelah beberapa tahun dia merajuk, tahun ni pulak dia berbuah.

Walau tak selebat yang dulu, syukur masih dapat merasa makan hasil pokok sendiri hehehe



12 comments:

  1. sama laa kat rumah kg tu. lambat kita petik habis jadi habuan diorg

    ReplyDelete
  2. Manggis, sedapnya. Lama tak makan. Belum musim kot sebab tak nampak org jual. Alhamdulillah bestnya ada pokok sendiri.

    ReplyDelete
  3. Biarkan binatang tu makan....kita berkongsi rezeki...in shaa Allah boleh berbuah lagi dengan lebat pada tahun yang mendatang

    ReplyDelete
  4. Seronoknya belakang rumah ada pokok buah.

    ReplyDelete
  5. Kat kampung asben dulu pun ada pokok manggis, tapi dah kena tebang sbb tanah tu kerajaan ambik balik untuk besarkan jalan raya. Pengalaman balik kampung suami first time dulu, suami panjat pokok manggis nak petik utk isterinya 😄

    ReplyDelete
  6. feveret baem ni buah ni ni... feveret ldy buah derian.. :D :D :D

    ReplyDelete
  7. Suka gak manggis tapi x leh makan banyak, cepat batuk, setakat 2 biji je boleh

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.best tu ada pokok manggis,teringat zaman kecik akk duk kampung. selalu panjat pokok manggis yg satu pokok ni petik yg saiz kecil sebab akk suka jenis kecik takda biji sangat. akak suka giler manggis yg kulit nya masih warna merah

    ReplyDelete
  9. belakang rumah kita hanya ada stray cats je yg asal kita buka tingkap nak memasak dia mengiau mintak makanan

    ReplyDelete
  10. Rumah CCL pun lebat berbuah si pokok manggis ni ..sama laa kadang ada juga tupai menyinggah tebuk si buah manggis ni

    ReplyDelete
  11. fav buah manggis...syok tu petik dr pokok blkng rumah...puas makan

    ReplyDelete