Memiliki Pendapatan Sendiri

09 March 9 Comments



Wanita zaman sekarang carilah duit sendiri. Walau kau bersuami. Carilah. Usahalah. Jangan kau harap duit suami 100%.

Bukan kita nak melebihi suami. Tetapi jika sekali suami kau "berkira" kau akan makan hati selama hayat kau dengan dia.
Duit ni soal sensitif lagi² dalam rumahtangga. Walau hakikatnya nafkah itu wajib suami beri.
Korang nak makan sedap²
Korang nak gadget canggih²
Korang nak minum Zus
Korang nak beli handbag
Korang nak beli baju
Korang nak beli skincare
Korang nak bli libresse
Guna je duit sendiri..sebab tiada sape boleh ungkit..kerana itu adalah titik peluh kita sendiri.
Korang tak terhutang budi dengan sesiapa. Korang takkan perlu berkira kira dengan sesiapa. Korang takkan rasa maruah korang tercalar.
Jadilah wanita berdikari. Jadilah wanita mandiri.
Jadilah wanita hebat.
Jadilah wanita serba boleh.
Jangan sesekali kau bantu kewangan rumahtangga kerana pasti akan kesal di akhir nanti.
Sekian..
Perkongsian FB Hanie Ishak

**********************************

Wanita bergelar isteri lebih afdhal jika guna duit sendiri ye?
Takda siapa akan ungkit di kemudian hari if anything bad happen.

Menu Iftar Ramadhan 7

09 March 6 Comments

 



Menu iftar Ramadhan ke 7 kami dimulakan dengan Nasi Hujan Panas.
ayam masak merah, acar timun, papadom. 

Kita add on buah tembikai, begedil & dumpling goreng. 


Dannnn yang ni Puding Laici Ocean Blue namanya.
Ternampak resepinya melintas di fb & tiktok.
Jadi disebabkan terliur dek kecantikan dia ni, tanpa membuang masa terus buat.
(aku tak letak selasih sebab Bong taknak)


RESEPI 𝗣𝗨𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗖𝗜 𝗢𝗖𝗘𝗔𝗡 𝗕𝗟𝗨𝗘

BAHAGIAN BIRU :
10g serbuk agar-agar
300ml air laici
600ml air
1/2 cawan gula(ikut kemanisan masing2)
pewarna biru
1-2 sudu makan selasih-rendam dalam air panas.
Masak ke semua bahan hingga mendidih kecuali selasih. Pewarna jangan banyak sangat. Bagi jadi warna cair-cair je.
Buah laici carik-carikkan kecik-kecil. Masukkan kedalam acuan/loyang. Isi selasih yang dah rendam tadi.
Tuang adunan biru dalam acuan sampai separuh je sebab nanti nak tuang lapisan susu.Biar sejuk.

BAHAGIAN SUSU:
10g serbuk agar-agar
1 tin(390ml) susu cair
600ml air
3-4 sudu makan gula ( kalau boleh jangan bagi manis sangat.. nanti takde rasa lemak susu tu)
Masak ke semua hingga mendidih.
Tuang ke atas lapisan biru yang dah sejuk & separuh keras. Kalau dah keras lorek atau cucuk-cucuk sikit dengan garpu.
Adunan ni dapat 60 lebih biji acuan lompang kecik.
Biarkan sejuk. Kalau untuk jualan biarkan sejuk suhu bilik je, tak perlu isi dalam peti ais pun sebab nanti hantar pada customer taknak dia berair.
Kredit empunya resepi :
Mollyza Mokhtar

*************************************

Di selatan Perak cuaca panas terik betul harini.

Seawal jam 8.00 pagi lebih, matahari terik memancar.

Masuk ke tengah hari hanya Tuhan saja yang tahu betapa panasnya.

Perah sapu tangan celup dengan ais batu, lap ke muka, barulah sejuk sikit.

Syukur Alhamdulillah kita sudah melepasi Ramadhan ke 7.

Menu Iftar Ramadhan 6

07 March 9 Comments

 


Menu Iftar Ramadhan Ke 6 kami ada menu Nasi Kerabu.
Ini semua sebab abg long & kakak ipar pulang untuk puasa sama-sama minggu ni.
Nanti waktu raya diorang beraya di Terengganu.


Kita berbagi nasi kerabu dengan jiran sebelah.


Pau Kacang Merah pemberian Maksu Jiran Sebelah.


Kuih Kaswi pemberian Mak Lang Jiran Sebelah.

Syukur kita sudah selesai 6 hari berpuasa.
Moga kita semua diberi kesihatan yang baik,
dipermudahkan urusan sepanjang Ramadhan aminnnnnn


Menu Iftar Ramadhan 5

07 March 8 Comments



Menu iftar Ramadhan Ke 5 kami mulakan dengan kuehteow goreng.
Yang ni bukan permintaan Bong sebab tekak Bong kurang minat kueh teow goreng.


Haaaa yang ini permintaan Bong.
Ayam Panggang Air Fryer Sayur Campur.
Resepinya mudah & gunakan semua bahan yang selalu ada di dapur.


RESEPI AYAM PANGGANG AIR FRYER MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos chicken stock
  • Sos black pepper
  • Blackpepper kasar
  • Gula perang
  • Secubit garam
  • Satu sudu besar minyak

CARA-CARA : 

  1. Satukan semua bahan dan perap bersama ayam.
  2. Bakar pada suhu 200°C selama 25 minit.
  3. Lagi 10 minit nak masak, masukkan semua sayur dan sambung masak.
  4. Keluarkan & hidang mengikut selera kita.



Dan yang ini pula namanya Kuih Cara Manis Crispy.
Dulu pernah dengar kuih ni tapi Ramadhan kalini baru dapat merasa.
Itu pun Mak Lang jiran sebelah bagi asbab bertukar kueh teow goreng hehehe




Menu Iftar Ramadhan 4

05 March 10 Comments

 

Untuk menu iftar Ramadhan 4, lauk ayam masak kicap.
Masak lomak udang pucuk paku.
Ikan goreng rangup makan dengan nasi panas-panas fuhhhh!
Itu pun dah cukup buat rasa 'berdosa' sebab nak menambah lagi hehe



Kuih Pulut Sekaya pemberian Mak Lang sebelah rumah.
Asbab kita berbagi ayam masak kicap, ikan goreng & udang pucuk paku.

Dan macam biasa buah mangga harum manisss kemboja pemanis mulut hehe

3 hari puasa semalam-semalam berbuka banyak minum je.
Nasi tak sentuh pun waktu berbuka puasa.
Perut dah kenyang air & makanan yang lain hehe

Syukur Alhamdulillah 4 hari dah kita berpuasa.


Menu Iftar Ramadhan 3

04 March 14 Comments

 


Untuk Ramadhan hari ketiga, kami berbuka dengan cucur udang + timun.
Seperti biasa permintaan Bong nak makan cucur udang rangup homemade.

Dan Mak teringin nak berbuka makan Kuehteow Kungfu / Ladna.

Kita cuba tunaikan, moga memenuhi selera tekak mak waktu berbuka puasa.



Jambu Air atau Jambu Loceng ni pemberian Mak Lang jiran sebelah.
Asbab berbagi cucur udang & kuehteow kungfu pada Mak Lang hehehe


Kuih Tako & Kuih Limas / Tepung Pelita pula pemberian Mak Su jiran sebelah juga.
Semalam lain tuan Kuih Tako sebab bentuknya segitiga.
Harini tuannya orang lain sebab yang segitiga takda niaga harini katanya.

Syukur Alhamdulillah selesai tiga hari berpuasa.
Moga esok dapat peluang  selesaikan puasa keempat kan?

Menjahit Sarung Bantal

04 March 14 Comments

 



Ini semua sarung bantal untuk Si Kakak (anak saudara).
Fabrik ni asalnya kain tuala mandi (nampak tak tekstur dia tu?)



My Little Pony memang menjadi karakter kegemaran Si Kakak.
Tuala ni pemberian salah sorang Geng Mensyuarat Mak (Makcik Jah)
Makcik Jah takda cucu perempuan. Cucu dia 9 orang semua lelaki.
Jadi Makcik Jah belikan tuala Little Pony ni sebagai hadiah pada Si Kakak.



Tapi fabrik tuala ni kurang daya serapan air (kurang menyerap air).
Jadi, Mak kata tolong buatkan jadi sarung bantal untuk Si Kakak.

Aku pun terus setuju dengan cadangan Mak.
Dengan bantuan Mesin Jahit Tradisional (Raleigh),
tadaaaaa siap sarung bantal My Little Pony untuk Si Kakak! 
Tunggu Si Kakak balik kampung nanti.
Moga Kakak sukalah sarung bantal ni.


Menu Iftar Ramadhan 2

03 March 10 Comments

Spaghetti Goreng Pedas permintaan Bong.



Ubi Ketuk permintaan Abah. Dan kita buat lebih berbagi dengan jiran.
Mak kata takpa buat lebih boleh bagi Mak Lang & Mak Su jiran sebelah merasa.


Buah Tembikai Merah untuk aku dan Abah.
Aku lebih suka berbuka makan buah sebab perut tak terkejut.


Untuk kuih-muih pula ada Kuih Tako, Popia Sira Pedas, Kuih Sagu & Kuih Kaswi.
Ini semua pemberian Mak Lang & Mak Su sebab kita bagi Ubi Ketuk & Spagetti hehehe


Menu Iftar Ramadhan 1

03 March 11 Comments

 

Lemang dan Rendang menu Abah beli di bazar ramadhan.

Teringin nak makan lemang kata Abah.


Bihun Goreng merah menu pilihan mak.


Buah Mangga menu aku dan Abah.




Pisang Goreng dan Tempe Goreng ni macam biasa permintaan Bong.


Menu iftar kami sekeluarga untuk Ramadhan Pertama.
Walaupun Abah baru selesai pembedahan mata, Alhamdulillah Abah dapat berpuasa.
Moga kita semua diberi peluang meneruskan ibadah puasa tahun ni kan? 


Minat Mengayam

02 March 10 Comments

 


Balik rumah tengok nenek dah mengayam lagi
Tali baru sampai terus buat

Berbaki 2 bulan nenek di Selangor sebelum balik Sarawak

Sejak bulan lepas nenek dah siapkan
1 tikar
4 bakul kain
4 bakul utk kutip sayur😂
1 bakul isi perkakas dapur
1 bakul utk tampi2 beras konon nyer saya lah tu request nak menampi tak tau bilalah

Tapi nenek tak bagi jual
Dia suruh saya simpan tanda kenangan

Nenek tak boleh duduk diam
Kene ada aktiviti
Kalau tak dia akan demam atau sakit

Jadi saya kene standby beli tali supaya nenek ada kerja yg dia suka dan minat

Tq Nenek

Sumber : Facebook Wani

**********************************
Cantik betul anyaman tikar Nenek Wani ni.
Dan untung Wani masih ada Nenek yang masih mampu buat anyam tikar.
Hasil seni kraf tangan macam ni nilainya tinggi.
Tak ternilai kalau nak dijual.

Mak pernah cerita waktu dia kecil dulu, arwah nenek pun buat anyam tikar.
Tapi Mak tak sempat belajar sangat sebab masa tu banyak main-main.

Zaman sekarang apa saja 'ilmu kemahiran' yang ada memang berharga.
Apa yang bermula dari minat boleh menjana pendapatan memang tak rugi kan?

Menu Abah : Soto Ayam

01 March 13 Comments

 


Soto Ayam permintaan Abah sesudah selesai urusan pembedahan mata.
Ada juga pusing sekitar kawasan terdekat hospital tapi tak jumpa soto ayam.
Disebabkan tak jumpa, masa dalam perjalanan pulang dari hospital tu,
kami singgah di pasaraya basah berhampiran untuk beli barang.

Mak ajak buat soto ayam sebab nak penuhi permintaan Abah.
Dan Abah memang lebih suka bila buat sendiri di rumah,
sebab Abah kata dapat kawal segala gula garam dan sebagainya.

Betul juga tu. Berbeza beli di luar, kita tak dapat nak kawal kandungan tu.
Macam biasa kita buat lebih dan berbagi dengan Mak Lang jiran sebelah.

Moga kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun ni.
dan moga dapat selesaikan ibadah sepanjang Ramadhan aminnnnn.

Salam Ramadhan semua! 

Ferrous Fumarate

28 February 7 Comments

 


“Maaf, Puan tidak dapat menderma darah hari ini kerana tahap hemoglobin (Hb) Puan rendah.”

Tahukah anda? Zat besi dan asid folik adalah zat penting dalam pembentukan Hb dan sel darah merah! Ambil tablet zat besi sebelum makan dan pastikan ia diambil bersama-sama dengan Vitamin C (seperti air oren) untuk penyerapan yang lebih baik. Elakkan susu, serat, atau kafein dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan zat besi.

Anda juga digalakkan mengambil makanan kaya zat besi seperti kerang, daging merah, hati, kekacang, sayuran hijau dan brokoli. Jangan lupa, asid folik juga penting, jadi makanlah telur, buah sitrus, dan sayuran hijau untuk tahap Hb yang optimum.


Sumber : Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia


Feeling Relieve-Abah Operation Mata

28 February 4 Comments

 


Terima kasih pada semua sahabat blog yang menitipkan doa buat Abah.

Alhamdulillah Abah selesai menjalani pembedahan mata kanan.

Masa tahun 2021 dulu Abah Selesai Pembedahan Mata Kiri.

Aku selesai 3 hari berkampung kursus / seminar di MH Hotel Ipoh,

Abah juga selesai pembedahan mata di Hospital Teluk Intan.

Syukur ada Bong dapat cuti 3 hari untuk hantar & ambil Abah di hospital.

Dan lepas ni Abah perlu datang rawatan susulan.

1 minggu selepas pembedahan.

2-3 minggu selepas pembedahan.

1 bulan selepas pembedahan.

3-6 bulan selepas pembedahan.

Moga aku diberi peluang lagi untuk bawa Abah urusan akan datang.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua juga ya. 

Fidyah : Sudah Selesai?

27 February 6 Comments

 


Tak berapa hari saja lagi kita akan masuk ke Bulan Ramadhan.

Pada yang sudah puasa ganti (Qada) syukur Alhamdulillah.

Bagaimana pula jika ada yang belum selesai bayar Fidyah?

Sila rujuk  pada sumber yang sahih untuk dapatkan cara penyelesaian.

Jangan tangguh, jom bayar Fidyah sekarang ya.


Feeling Of Fear At MH Hotel Ipoh

25 February 21 Comments

 









Tiga hari berkampung di MH Hotel Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Dan sebenarnya pada hari pertama yang sama, aku berbagi tugas dengan Bong.

Pada hari pertama aku perlu ke MH Hotel Ipoh hadir kursus/seminar 3 hari.
Hari yang sama juga Abah perlu hadir temujanji pakar mata di Hospital Teluk Intan.

Syukur Bong dapat cuti ehsan tiga hari.
Aku pergi ke MH Hotel dengan sedikit berat hati.
Selalunya aku yang selesaikan urusan hospital Abah ataupun Mak.
Tapi kalini aku tak dapat serta kerna perlu ke MH Hotel Ipoh.

Hari pertama aku di MH Hotel, Bong juga hari pertama bawa Abah ke hospital.
Bong keluar sesudah Subuh kerna perlu jumpa Pakar Mata jam 8.00 pagi.
Dari pagi Bong angkut Mak & Abah, urusan Abah ambil masa lama.
Lewat petang baru Abah dapat pengesahan nombor katil untuk bermalam di wad.
Mak dah amat penat tak dapat digambar lagi kerna dari subuh keluar urusan.

Hampir maghrib baru Bong & Mak tiba semula ke rumah.
Abah ditahan di wad kerna esoknya awal pagi perlu masuk bilik pembedahan.
Mak mengadu voice whatsapp pada aku : 

"rasa nak patah pinggang. urusan lama sangat"

Aku berkursus penuh galau.
Moga dipermudahkan urusan Mak & Abah.
Maafkan Kakak tak dapat bawa urusan hospital kalini T__T

Foodilicious : Lontong Kuah Lodeh

24 February 15 Comments

 


Ini kalau di Malaysia kami panggil Lontong.

Kerna ada juga sesetengah daerah yang lebih gemar Lontong Goreng.

Kalini permintaan Mak teringin nak makan Lontong.

Jadi kita tunaikan permintaan bunda tercinta.

Resepinya tiruvasi saja daripada resepi Lontong Kuah Lodeh Che Nom.

Cuma kali ini mak minta lebihkan tempe dan tauhu.

Ok siappppp Lontong Kuah Lodeh untuk Bunda.

Moga dapat memenuhi rasa tekak Bunda ku.

Dan seperti biasa berbagi juga pada Mak Lang jiran sebelah hehehe


For My Beloved Abah

18 February 19 Comments

 


Pada tahun 2021 dulu aku pernah hilang sekejap daripada blog. 

Setahun juga menghilang masa tu macam-macam hal berlaku.

Salah satunya melibatkan urusan Pembedahan Mata Abah.

Setelah 4 tahun berlalu, kini sekali lagi Abah perlu hadir ke pemeriksaan mata.

Seperti biasa kami perlu keluar rumah sesudah Subuh kerana temujanji jam 8.00 pagi.

Tiba di Hospital Teluk Intan sebelum jam 8.00 pagi & Abah terus tunggu giliran.


Menjelang tengah hari baru selesai urusan pemeriksaan tekanan darah dan lain-lain.

Ingatkan Abah dapat check in dan bermalam di wad selepas selesai check up,

rupa-rupanya katil di wad semua penuh & Abah kena pulang & perlu hadir semula esok.

Alamak~



Foodilicious : Apam Belang Koko Pandan

18 February 11 Comments


 

Haritu buat Apam Koko Belang Putih.
Resepi pun guna sukatan yang sama ikut resepi Kak Zaidah.

Selagi mana tak derhaka resepi, inshaAllah apam akan cantik kejadian dia.

Ada waktu kadang-kadang derhaka resepi, boleh elok juga hasil.
Tapi selalunya siapa yang derhaka resepi, mesti akan ada beza sikit kejadian hasil tu.

Sebenarnya ikut resepi yang mana-mana pun ok je selagi mana sedap di tekak kita ehehe
Moga sedap di tekak kita & dapat berbagi rezeki dengan jiran hehehe


For Women Out There

17 February 10 Comments

 


Buat semua wanita berhati-hatilah jika nak memakai perhiasan emas.

Banyak mata jahat di luar sana yang hanya menunggu masa dan peluang saja.

Ini bukan kes pertama. Bukan kes terpencil juga. 

Ada kes samun sewaktu menyidai pakaian di ampaian hadapan rumah.

Perompak tertarik gelang emasnya yang bersaiz besar.

Kita ikhitiar soroklah sedikit perhiasan emas yang dipakai ke dalam handsocks contohnya.

Emas memang perhiasan wanita. Tapi nyawa juga kita perlu jaga.

Kita cuba sedaya upaya elak berlakunya jenayah ya.

Moga Allah lindungi kita semua...


Foodilicious : Spicy Sausage Crunch

17 February 7 Comments

 


Ini juga permintaan seorang insan bernama Bong.
Mak selalu kata "untunglah selagi Kakak belum diambil orang ni"

Sebut saja teringin nak makan apa, Kakak tunaikan.
Nanti-nanti kedepan hari belum pasti.

Tak mengapa Mak, selagi terdaya, Kakak cuba tunaikan.
Mak, Abah dan Bong cakap saja mahunya apa.

Ini orang Malaysia bilang Cucur Sosej Pedas.
Gulungkan saja sosej bersama roti putih.
Kemudian celupkan ke dalam telur yang dikocok.
Seterusnya golek-golek salutkan ke dalam serbuk roti.

Gorengkan ke dalam minyak yang panas.
Angkat dan toskan minyak.
Potong-potong dan picitkan sos cili atau mayonis.
Terpulang ikut keinginan tekak empunya diri hehehe