Jom Check : Kereta Persona Tak Boleh Hidup


Sekuel kisah Bimbo aku tak berbunyi langsung 2-3 hari lepas. Konfemlah aku gelabah bila chobaan menghidupkan dia tak berjaya. Nasib baiklah jugak masa kejadian dia takmau hidup tu betul² kat parking rumah. Kalaulah kejadian tu kat perjalanan ke hape entahlah cemane pulak aku nak hadap agaknye.


Masa kejadian kereta aku : Persona tak boleh hidup haritu, ada beberapa langkah yang perlu dibuat. Terutamanya kalau engkorang jenis gegerl yang noob dalam hal-hal kereta (macam aku ni lah =P). Ada beberapa sebab kereta tak boleh hidup antaranya :

1.Check bateri 

Kemungkinan bateri dah sampai jangka hayat perlu ditukar. Selalunya ada DUA JENIS bateri : jenis kering dan jenis air. Kalau yang jenis air kena selalu periksa. Biasanya kalau servis setiap 5000KM tu periksa air dia cukup ke tak. Bagi bateri yang berusia 2-3 tahun ke atas kena keraplah periksa. Kalau bateri yang jenis kering pulak (free maintenance), periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau masih ok, warna dia hijau. Kalau ada cincin hitam tu dah mula lemah dan kalau hitam, memang dah sampai masa untuk tukar.Bimbo aku guna bateri kering (selalunya jangka hayat dalam 2 tahun lebih kurang perlu ditukar)

Jangan biarkan kereta hidup dalam jangkamasa yang lama kalau takde sesiapa yang memandu. Pastikan lampu kereta dipadam selepas guna. Apa yang perlu kita buat kalau bateri lemah dan kereta tak boleh hidup? Boleh guna cara 'jump start' sambung dengan bateri kereta yang lain. Kalau tak dapat start juga, memang kena beli bateri baru teruslah (ini kena mintak kepastian daripada mekanik yang kita percayalah)

Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak.

Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu langsung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain.Jadi penyelesaiannya? Kena la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! Jadi lupakanlah bateri tu dan pergi tukar alternator baru.

Untuk kereta manual? (kes Bimbo aku ni manual lah) Takyah tukar bateri. Masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape² tolong tolak, agak² dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia² je.

Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.

Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul²ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak?

Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah.
*Abah aku tak galakkan aku guna bateri basah sebabnye aku ni konfem takkan reti nak jaga maintenance bateri tu karang =P

2.Minyak Petrol

Ini pun boleh jadi faktor kereta tak boleh hidup. Kemungkinan minyak habis atau pun minyak tak sampai atau tersumbat.Pam petrol kereta atau 'oil filter' mungkin bermasalah dan menyebabkan minyak tak sampai ke bahagian komponen² dalam kereta.

3.Starter Problem

Starter ni digunakan untuk menghidupkan enjin dan jika kereta rosak memang tak dapat hidup. Starter yang rosak akan menghasilkan bunyi seperti geseran besi bila dihidupkan. Kalau ada dengar bunyi yang lain dari kebiasaan masa menghidupkan enjin, berkemungkinan starter kereta tu dah mula haus dan perlu ditukar sebelum dia terus tak boleh hidup langsung.

4.Spark Plug dan Ignition Coil Rosak

Ahah! Yang ini antara petanda benda ni rosak, pick up kereta mula tak memuaskan. susah nak hidup dan semput-semput, kereta terasa berat dan perlahan walaupun dah tekan habis rapat ke dinding dah pedal minyak tu. Fungsi spark plug ni sebagai pencucuh untuk memulakan pembakaran (ignite) kereta kita. Kalau rosak biasanya memang kena beli baru sebab rasanya memang takde orang yang membaiki Spark Plug ni. Buatlah cemana pun memang konfem kereta takkan mau hidup kalau spark plug tu rosak walaupun guna cara jump start. Ignition Coil rosak lebih kurang sama kesan dan petanda dengan kerosakan Spark Plug.


5.Steering Lock dan Gear Level

Yang ni tak mungkinlah dalam kes Bimbo aku, sebabnye beliau kategori MANUAL. Pernah jugak terjadi kes kereta takleh hidup pastu punye la panik! (terutamanya gegerl yang noob lah citernye) Tapi bile sedar tengok gear tu kat D lah, kat R lah, kat 2 atau L. Memang lah tak hidup dek non. Untuk kereta jenis automatik, kena pastikan gear level tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan hehehe

6.ECU Bermasalah

ECU ni adalah komputer atau otak kereta. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor pastu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. Kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki. Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je dan kos dia memang Allahuakbar nak telan ayaq lioq pon boleh tercekik wo hehehe.



Dan kalau dah mintak tolong mekanik yang kita percaya untuk tolong check apa masalah berkenaan macam yang kat atas tadi tu, masih jugak kereta tak boleh hidup (ataupun mekanik tu sendiri pun dah pening dan redha sebab tak mampu nak dapat kesan apa punca sebenar masalah kereta kita tu takmau hidup jugak), cara terakhir adalah kena tahu kereta kita tu under insurance apa (untuk minta bantuan towing).

Dalam kes Bimbo, dia under ETIQA Insurance & Takaful . Jadinya, lepas dah tak dapat jugak kenalpasti apa masalah dia takmau hidup tu, aku terus je call Etiqa Oneline:

Nombor telefon ETIQA ONELINE :  
1 300 13 8888 (untuk kerosakan dalam Malaysia sahaja)

Kalau under insurance lain, engkorang kena dapatkan nombor untuk call pihak berkenaanlah. Dalam kes Bimbo, aku call je Etiqa pastu pihak diorang akan dapatkan beberapa butiran penting dan bila dah buat semakan dan pengesahan barulah akan hantar pihak towing ke lokasi kat mana kereta kita tersadai tu. 

Dalam kes Bimbo, kereta aku tersadai kat parking rumah aku sendiri dan dalam kawasan kampung yang agak jauh dari pekan. (Jadi kita kena alert dan make sure sentiasa dapat latest updates dengan pihak insurance dan jugak pihak towing).

Under Etiqa Insurance, bayaran untuk towing adalah :

50KM pertama (PERCUMA) 
selebihnya akan dikenakan RM3.00 per 1KM

Total bayaran untuk towing Bimbo : PERCUMA (jarak rumah aku untuk sampai ke Proton Service terdekat di Pekan Bidor adalah lebih kurang 45KM camtu. Jadi FREE ajelah part towing. Phewwww lega jugak kat situ.

Bila dah selamat sampai je kat Proton Service tu, Bimbo pon dimasukkan ke ICU dan mengadaplah sesi 'bedah siasat' kat situ sampailah dapat tawu apa masalahnye. Bermalam jugaklah Bimbo kat situ sebabnya waktu sampai kat service center tu dah jam 4.00 petang.

Esoknye lepas selesai orang solat Jumaat, pihak Proton Service tu pon call dan inform Bimbo dah berjaya dibaikpulih dan sihat sepenuhnya. Ok lega dengar bila dah ok. Cumanya nak mendengar part 'bayaran' tu yang berdebar. Rasa macam nak tekeluar jantung aku.

Jadinya, apa masalah Bimbo aku tu sebenarnye?

Sudahnye, tudia charge yang aku kena bayar :


  • Diagnostic Test                            RM63.60
  • Labour Change S/Cam Cover    RM31.80
  • Seal Cam Cover                            RM51.13
  • Spark Plug                                     RM40.28
  • Total (Include GST)                   RM186.80

Owhhhh rupanya Bimbo aku tu masuk kategori 'Spark Plug Bermasalah'.

Berangkatlah aku ke Proton Service tu naik motor dengan Abah aku. (Betapa panasnye kena bahang matahari yang panas terik gila waktu sekarang). Terus masa tu kepala hotak aku terbayanglah cemana rasa mak dan abah aku balik kampung naik motor masa kematian Nenek aku aritu sobssss sobssss :(

Itu sahajalah charge yang aku perlu bayar untuk 'sakit' Bimbo buat masa ni. Dan nasib baik jugak bukan melibatkan ECU bermasalah. Kalau yang tu yang problem, aku sempatlah jugak tanya kat tauke Proton Service tu, lebih kurang 5-6 ratuslah katanya. Adehhh mak aihhh.

Syukur Alhamdulillah Bimbo dah kembali 'bernyawa'. Barulah lega. Kalau tidak tido malam pon tak lena punya dok pikiaq pasal dia sesaja =P


30 Lovenote(S):

  1. fuhhh anis pon jenis tau bawak je.. banyaknye nak kena ambik tau..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Ana pun gitu jugak. tawu bawak je. bile dah jadi gini barula celik mata huhuhu

      Delete
  2. Nani langsung takk tahu bab bab kereta ni. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pon sama jugak sbnrnye. dah jd gini baru amek tawu sesikit mana yg perlu. hahaha!

      Delete
  3. alamakk nak kena belajar semua ni huhuhu. echa tau drive je. yg lain lain tak tau x'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Echa amek tawu je sesikit. kalo tanak amek tawu pon takpe. kikiki

      Delete
  4. Kalau ada kereta memang nak tak nak kena ambil tahu sikit2. Kalau tak,..mati akal juga bila meragam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu la betul kak Farrah. bile dah ade kete terpakselah jugak amek tawu hehe

      Delete
  5. semoga penghidupan cik ana kembali tenang semula setelah kete dpt dihidupkan kann., ;p

    psst. hadiah top commentator wak dh trime yee., timekaseh byk2 daun keladi jugakk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah moga penghidupan Wak juga begitu hehe
      pstst~ ok sama-sama daun keladi jugak Wak kikiki

      Delete
  6. waaa...bila kete meragam...mmg leh buat kita gelisah kan.....nasib baik dia meragam sikit...kalau x....huihhhh......boleh tepuk dahi tuhhh heheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasalnye Deanna. mmg gelisah habes. tu sipbaikla kategori 'sikit' tu. kalo tidak adehh jenuhla ikat perut tepuk dahi hehehe

      Delete
  7. Bagus entri ni.
    Bukan nak jadi seksis tapi sangat jarang perempuan nak amik tahu punca masalah kereta macam ni. Biasanya bila ada masalah dgn kereta, sama ada call mana-mana lelaki yang boleh bantu ataupun terus call pomen.

    Satu usaha yang baik utk menambahkan kefahaman. Good job Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak call mana-mana 'lelaki' sbbnye 'lelaki' yang aku boleh percaya tu ada dpn mata aku je (Abah aku). beliau lah yg byk support aku untuk hadap perkara-perkara sebegini cEro. 'lelaki' lain yg aku mohon rujukan ada jugak yakni Abang Long & adik lelaki aku kikiki. Based on suggestion 'lelaki-lelaki' tu td barulah aku call pomen utk check hehe

      Delete
  8. Wuu wardah penah banyak kali fikir kalaulah kereta prob tepi jalan ape nak buat. Ni kene stady yg kak ana cite ni. Thanks kak ana for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mcm Ana ni dah hadap 2 kali kes berkenaan kereta. dulu pernah ade eksiden (scratch) dgn trailer pastu yg ni pulak. pastu pulak Ana ni takde org lain dah yg boleh tlg ps kereta ni, tu psl Ana kena bljr gak sikit2 psl kete hehe

      Delete
    2. Huhu. Samalah kitaa kak. Tak ada sape2 lagi nak tengok2kan kete :(

      Delete
  9. tau bw je..sapa? sayalah ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pon gitu jugaklah Kak Anies kikiki

      Delete
  10. kad da smpi...terima kasih ana ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sampai ek? sama-sama kasih K.Anies :)

      Delete
  11. Alhamdulillah la dah ok... selain jaga kereta kena jugak jaga diri...^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sipbaik dah ok. jaga diri inshaAllah ^__^

      Delete
  12. biasalah kereta pasti ada beberapa masalah. Tapi alhamdulillah hanya perkara yang tidak melibatkan harga yang mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu arz sipbaikla tak mahal sangat. kalo tidak maw nanges gak la mikir nak bayaq =P

      Delete
  13. Sdg mengadap ni...xboleh hidup tpi lampi sume nyala..pe la nasib ..sob sob dtgh bln ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannye ila.. hermm bertabahlah ila.. saya haritu kena 2-3 kali.
      sampai sekarang masih tak tawu pon apa mslh sbnrnye..

      Delete
  14. Apa mslh kalau btri,lampu semua ok..semua ok..
    Tapi mmng tak bokeh start
    Bunyi starter pun tda..
    Mohon bantu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh chek lain-lain bhgian yg sy senaraikan di atas tu juga.kalau dah check semua tu masih tak boleh start juga, kemungkinan besar tuan perlu bantuan dari mekanik juga untuk pastikan apa masalahnya.

      Delete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu