Bonda ajak berbagi jaudah untuk ahli jemaah di surau kawasan perumahan kami.
Mungkin ada yang pernah lihat juadah ni.
Ada di sesetengah kawasan disebut Bubur Butir Nangka.
Ada juga tempat menyebut namanya Puteri Mandi.
Kaum Banjar pula lebih sinonim dengan gelaran "Wadai Kipeng".
Dan memandangkan sekarang musim Buah Durian di mana-mana,
Entah dari mana datang kerajinan buat berwarna-warni.
Kata Datin Bonda, biarlah cantik di mata & cantik pada rasanya juga.
Bubur Butir Nangka & Roti Jala Pandan ni kami bungkus-bungkus.
Dan disertakan dengan kuah durian (Serawa / Bubur Durian).
Moga Allah beri rasa sedap untuk semua jemaah.
Dan moga Allah beri kesihatan yang baik buat kita semua aminnnnnn.


.png)
.png)
.png)
.png)

Cantiknya butir nangka disusun macam tu. Warna warni....
ReplyDeleteCantik! MasyaAllah rajin Ana.
ReplyDeleteCie panggil puteri mandi. Kalau butir nangka tu staf Cie ajar kena gentel bujur sikit. Sedapnya ni selalu buat bulan puasa je. Cantik pulak berwarna warni.
ReplyDelete