Menu Ramadhan 5 & 6

19 March 11 Comments

 


Untuk Ramadhan Ke 5 dan Ke 6 pula, aku sekeluarga makan Siakap Ala Thai menu Khairul Aming.
Di tiktok kerap sangat lalu lalang menu-menu Khairul Aming & Hamdan Mubarak.

Mak & Bong cakap teringin nak rasa siakap macam Khairul Aming buat tu.
Jadi lepas balik je dari kerja, berkejaranlah kita tung tang di dapur.
Sambil siapkan menu siakap tu, sempat jugak si Bong wasap bagitahu teringin nak makan donut.

Selesai siapkan menu lauk yang Mak dan Bong teringin.
Terus siapkan pula bancuhan untuk menDonut sebab Bong taknak beli donut di bazar.


Abah pula tak banyak permintaan. Selalunya akan ikutkan aje apa yang ada.
Dan lauk wajib Abah selalunya musti mau ada lauk berdasarkan gulai.

Tapi syaratnya mesti harus ada buah-buahan dan selalunya Abah suka buah jambu batu.
Aku pula suka mangga tak kira lah harum manis ke, harum semerbak ke (yang penting tak masam).

Sambil tung tang siapkan menu siakap ala thai Khairul Aming tu, kita uli-uli adunan donut ni.
Buat tak banyak anggaran 2 cawan tepung macam tu (jadikan frozen stock untuk Si Bong).

Mauripan (yis) bagi kerjasama baik dan nampak cepat naik kembang donut.
Tak ambil masa yang lama. Sempat lah untuk goreng sebelum waktu berbuka.


Naik kembang helok bila dah goreng dan bedakkan kasi cantik si donut tu semua.
Macam biasa kita goreng lebih sikit dan bertukar juadah dengan jiran sebelah hehehe

Minggu Satu : Bubur Lambuk Perdana

19 March 13 Comments

 




Masa Jumaat Minggu Pertama Ramadhan (15 Mac) ahli Qariah Masjid buat program bubur lambuk.
Program ni dijalankan setiap tahun pada setiap Jumaat dalam bulan Ramadhan.

Seawal jam 7.30 pagi semua ahli Qariah mula berkumpul dan bergotong-royong.
Aku ambil kesempatan juga berlarian sekejapan terlibat sama bantu mana yang patut.
Syukur masih ramai anak-anak muda dapat turut serta bantu ibu dan ayah sesi kalini.

Kesemua 3 periuk besar diagihkan untuk seluruh komuniti di sini dengan cara setiap seorang ahli jemaah masjid akan diberikan 1-2 bekas (bergantung pada jumlah isi rumah).

Syukur kesemua berjaya diagihkan di ruang legar masjid sebelum bermula solat Jumaat.
Moga ada peluang lagi untuk kita semua sama-sama berbuat pahala setiap hari kan?


Menu Ramahan 3 & 4

18 March 16 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 3 menu aku sekeluarga pula adalah :

NASI AYAM MADU ALAH AMBOI AMBOI


Menu paling lengkap 1 sajian. Ada karbohidrat, protein, serat.
Sepinggan lengkap dan mudah kerja kan? hehehe

Menu Ramadhan Ke 4 pula adalah :

LONTONG KUAH LODEH HAI MAK LODEH

Lontong Kuah Lodeh ni pun ada lengkap dalam satu sajian.
Karbohidrat, protein,serat dalam satu hidangan.
Memudahkan kerja orang dapur juga, tak perlu banyak fikir hehehe

Kuih ni pulak karipap, popia sira pedas dan kuih kaswi pandan.
Ini pemberian daripada Mak Lang Jiran Sebelah (Ahli Mesyuarat Tingkap Geng Mak) hehehe

Selesai juadah untuk Ramadhan ke 3 & Ramadhan ke 4.
Bua masa ni aku masih belum jejak kaki ke Bazar Ramadhan hehehe

Menjemur Agar-Agar Kering

18 March 14 Comments

 






Memandangkan cuaca amat panas kaw kaw tak hengat dunia, jadi datang mood rajin buat agar-agar kering ni. Disebabkan cuaca panas stabil sepanjang minggu lepas iaitu 34-36°C, jemur 3 hari dah boleh kering helokkkk kejadian agar-agar kering ni.

RESEPI AGAR-AGAR KERING 

-2 atau 3 paket agar-agar tali
-1/2 kilo gula (kurangkan jika mahu kurang manis)
-1 paket gula batu
-nisbah air ( 1 paket agar-agar = 1.5L air)
-pewarna 

CARA BUAT AGAR-AGAR KERING

-rebus agar-agar hingga cair semua
-masukkan gula & gula batu
-setelah larut, tuangkan ke dalam loyang & masukkan pewarna
-setelah sejuk, potong & susun dalam dulang
-jemur pada terik matahari (paling cepat 3-4 hari)

Dannnnnn apabila sudah kering keluar kerak gula (daripada gula batu), sudah boleh masukkan ke dalam bekas simpanan kedap udara. Benda ni nak buat dia agak leceh tapiiii bila makan, sekejapannnnnn saja sudah licinnnn. 

Tapi zaman sekarang lebih mudah sebab ada Food Dehydrator Machine. 
Lebih mudah dan membantu lebih cepat proses mengeringkan agar-agar.
Terutama pada yang berniaga memang sangat membantu. 
Tapi sebab kitonyo oghe kampung, kito jemur jahhhhhh hehehe

Milk Tea Ginger

15 March 13 Comments

 






Haritu ada jiran sebelah rumah (Anak Maklang Sebelah Rumah) bagi Ginger Milk Tea ni.
Mula-mula aku skeptikal apa lah rasa halia dalam air tu nanti tapi rupanya bila dah rasa, 
wowwww boleh tahan sedap jugak di tekak aku.

Kombinasi air teh tu dengan halia jadi amazingggggg jugak (pada tekak aku lah).
Sebelum ni selalu juga dengar orang minum air teh o halia.
Tapi untuk Teh Susu dan Berhalia ini kali pertama aku cuba minum dan sedap juga.
Halia ni umumnya memang tahu bagus untuk keluarkan angin dalam badan.
Jadi untuk sesiapa yang beranginnnnn tu boleh lah minum.
Tapi awassss minum di malam hari saja ya sepannjang Ramadhan ni hehehe





Menu Iftar & Sahur

15 March 14 Comments

 

Menu Iftar Ramadhan Hari Ke 2 aku sekeluarga mudah je sebab Mak & Abah cakap teringin nak makan Bubur Nasi atau Bubur Lambuk.

Mudah je nak sediakan Bubur Nasi ni.

Terjunkan saja segala jenis sayur yang kita suka.

Mak dan Abah aku suka jagung muda dan Bunga Kobis.

Jadi memang lebihkan sayur yang itu lah.

Tambah lobak merah, lobak masin dan daging kalau suka.

Jangan lupa sambal kicapnya untuk lebih kickkkk waktu makan berbuka puasa hehe


Untuk kerang rebus pulak permintaan adikku si Bong.

Nak kerang rebus yang ada rasa pedas-pedas sikit katanya.

Mudah kerja kakaknya sebab memang mudah langkah menyediakannya hehehe

Lebih bertambah mudah adalah waktu sahur makan menu ini saja.
Tekak memang agak susah nak terima makanan di waktu subuh.
Jadi sahur bubur nasi adalah salah satu pilihan mudah untuk Mak & Abah aku untuk telan hehehe

Marhaban Ya Ramadhan!

14 March 15 Comments

 

Salam Ramadhan pada semua. Moga sihat-sihat saja dalam menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan.

Iftar Ramadhan Day 1 aku dan keluarga dimulakan dengan menu : 

CRUNCHY CRABSTICK ROLL & AYAM BAKAR MADU 


Crunchy Crabstick Roll ni mudah sangat buatnya.
Guna roti putih saja. Roll hingga roti tu leper & gulungkan crabstick (rebus dulu).
Untuk lekatkan gulungan tu gunakan bancuhan tepung gandum sikit.
Selesai gulung tu celup dalam telur & salutkan serbuk roti.
Siapa yang suka cheese, boleh tambah masa nak gulung bersama crabstick tu.
Masukkan dalam peti ais sekejap (30 - 40 minit macam tu) & goreng dan hidang panas-panas.
Ini permintaan Mak untuk iftar hari pertama.

Bong (Adik Bongsu aku Si Aiman) pula request nak ayam bakar madu katanya.
Taknak yang beli kat bazar ramadhan katanya sebab nanti tak kena dengan tekak dia.
Yelah dik mujurlah engkau ada kakak yang masih bujangan ni ha boleh memenuhi tekak tu.
Ayam bakar madu ni aku perapkan dengan 11 rempah ratus resepi rahsia hehehehe (gurau je)
Bahan perap yang selalu digunakan macam halia,bawang putih,lada hitam,garam,sos cili,minyak..
Perap simpan 1 malam sebelum bakar untuk lebih masyukkk bahan perap tu pada ayam.
Bila dah siap bakar tu,aku terjunkan semula ayam dalam kuah ayam madu yang dimasak. Fuhhhh~


Mesyuarat Agong Dapat Beras!

08 March 16 Comments

 



Tak berapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan.
Setiap tahun, sempena kehadiran Ramadhan, komuniti di sini akan gotong-royong.
Bersama-sama bersihkan segala peralatan seperti pinggan mangkuk, cawan dan lain-lain,
sebab nanti peralatan akan digunakan untuk sesi Moreh berbuka puasa selama sebulan.







Selesai sama-sama gotong-royong sesi pagi, masa sesi petang pulak ada Mesyuarat Agong Masjid.
Perlantikan AJK Masjid yang baharu (sebab AJK lama ramai yang sudah berusia & uzur).

Dannnn syukurrr Alhamdulillah rezeki nombor kupon aku terpilih bertuah!
Dapatlah sekampit beras 5 kilogram yang amat berharga pada zaman sekarang ni hehe


Menchoba Lagi : Homemade Takoyaki

07 March 15 Comments

 


Haritu dah buat octopus takoyaki atas permintaan Bong (adik bongsu aku). Kalini Bong request lagi tapi sebab takda octopus, kita gunakan apa yang ada dalam peti ais tu.


Acuan Takoyaki ni aku dah pernah share haritu : 


RESEPI HOMEMADE TAKOYAKI SIMPLE

-1 cawan tepung gandum
-1 sudu besar tepung jagung
-1 biji telur
-3/4 cawan air panas
-1/2 kiub pati ayam
-1 cawan air
-1 sudu kecil kicap cair
*Blend saja semua (pastikan adunan cair)

BAHAN LAIN / TOPPING

-baby sotong / crab stick / isi ayam (pilihan masing-masing)
-kepingan bonito (Mak aku sebut 'sampah' ) hehehehe
-serbuk seaweed , mayonis (ikut selera masing-masing)





Pastikan acuan betul-betul panas, sapukan minyak pada acuan & tuangkan adunan hingga penuh, masukkan bahan sayur kobis cincang, potongan sotong / crabstick / sosej / isi ayam. 

Bila adunan dah agak masak,pisahkan adunan yang melekat menggunakan chopstick. Tolak pusing adunan & tuang tambah adunan golek-golek hingga terbentuk bulat cantik. Keluarkan & hiaskan dengan serbuk seaweed dan mayonis.


 

Mencari Bloglist Baru

06 March 13 Comments

 


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Bermula 20 Feb - 15 Mac 2024


Ehhhh bukan Ana nak cari bloglist tapi kalini nak join Segmen Mencari Bloglist Baru by Sis Nieza Cantikkkkkk hehehe.. tersinggah tanpa sengaja di Blog Sis Nieza dan ternampak ada segmen ni jadi dengan muka tak malu Ana terus nak join walaupun Sis Nieza tak jemput kikikiki


Merajinkan Diri : Kuih Cara Berlauk

06 March 11 Comments

 


Haritu dah buat Kuih Cara Manis (Kurang Manis) permintaan Abah.

Petang semalam Abah request nak makan Kuih Cara Berlauk.

Selalunya Abah beli je kat sorang Akak Kuih tu, tapi dah dua minggu akak tu tak niaga.
Sibuk sikit uruskan hal anak-anak nak kembali ke sekolah katanya.

Disebabkan permintaan Big Boss, kita tunaikan sedaya mungkin hehehe
Bahan-bahan guna je apa yang ada dalam peti ais tu.

BAHAN-BAHAN
-2 cawan tepung gandum
-2 biji telur
-4 cawan santan cair
-1/2 sudu kecil garam
-1/4 sudu kecil pewarna kuning
*Blend kan semua bahan & tapis supaya tak berketul
*Panaskan acuan & griskan minyak untuk elak melekat
*Pastikan acuan betul-betul panas sebelum tuang adunan

BAHAN UNTUK INTI
-300gm daging kisar (kalau takda,guna daging burger pun boleh)
-2 sudu besar serbuk kari
-1 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
-sedikit lada putih atau lada sulah
*Tumiskan daging hingga pecah minyak
*Perasakan dengan garam gula & letakkan di atas adunan kuih

BAHAN HIASAN ATAS
-2 biji cili merah dihiris halus
-Sedikit bawang goreng
-Daun Bawang / Daun Sup
*Lepas dah tuang adunan ke dalam acuan,tunggu 8-10 saat & letak inti & hiasan.
*Tutup sekejap gunakan penutup periuk yang sesuai (supaya cepat masak)
*Masak lebih kurang 3-4 minit gunakan api perlahan (api kecil)

Aku guna acuan pemberian arwah nenek pada Mak sebagai hadiah kahwin Mak.

2 cawan tepung ni boleh dapat lebih kurang 25-30 biji macam tu.

Puaslah makan untuk 4 hingga 5 orang satu rumah hehehe

Membuat Rayuan Kemasukan KV 2024

05 March 8 Comments

 

Untuk ibu bapa yang ada anak yang memasuki tingkatan 4 sesi 2024,

mesti dah berdebar-debar menanti keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV),

atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT).

Semua calon yang sudah memohon boleh buat semakan bermula 01 Mac 2024.

Dan pelajar yang layak akan mula hadir membuat pendaftaran ke sekolah masing-masing

bermula pada 18 Mac 2024.

TAPI seandainya anak dapat keputusan TIDAK BERJAYA dalam permohonan tu apa perlu buat?

Sebenarnya jika semakan memberi jawapan tidak berjaya, bukanlah bermakna kita gagal.

Boleh buat rayuan dengan terus walk in ke sekolah yang kita nak tu.

Contohnya jika anak memang berminat untuk masuk ke Kolej Vokasional Kuala Selangor,

jadi ibu bapa boleh bantu dengan sediakan dokumen yang ditetapkan (boleh hubungi pihak sekolah berkenaan terlebih dahulu dan pastikan apa dokumen yang diperlukan).

Tapi permohonan rayuan ni bergantung juga pada kekosongan.

Jika terdapat kekosongan di sekolah tersebut, inshaAllah akan ada lah peluang anak kita.

Walau apa pun, sebagai ibu bapa / penjaga, perlu kuat demi beri kekuatan juga pada anak-anak.

Sebab ibu bapa / penjaga yang lebih arif bidang apa yang anak mahukan?

Makan-Makan : Roti Jala Pandan

04 March 11 Comments



Hujung minggu yang lepas Abah cakap teringin nak makan Wadai Kipeng.

Wadai Kipeng sejenis menu popular di kalangan Kaum Banjar.

Cara buat dan bahannya lebih kurang macam Puteri Mandi / Badak Berendam,

tapi saiznya lebih kecil (ada juga yang buat besar supaya cepat siap) hehehe


Wadai Kipeng Juadah Popular Kaum Banjar

RESEPI WADAI KIPENG

-1 cawan tepung pulut
-Air secukupnya
-Pewarna (ikut apa yang kita suka)
-Secubit garam

CARA BUAT 

-masukkan tepung,garam & air (uli hingga doh jadi lembut)
-bulat-bulatkan saiz kecil atau sederhana & picitkan tengahnya

BAHAN KUAH SANTAN

-1 keping gula melaka
-2 cawan santan pekat
-1 helai daun pandan
-Secubit garam
-Sedikit gula pasir (ikut kadar manis yang kita suka)


CARA MASAK KUAHNYA

-masak gula melaka dengan air hingga hancur / cair.
-masukkan santan,garam & gula pasir (masak lagi hinggah mendidih)
-bila kuah mendidih,masukkan ulian tepung tadi
-bila semua keping-keping tadi timbul, tandanya sudah masak
-boleh dihidang (makan begitu saja atau cicah dengan roti putih / roti jala)


Roti Jala Pandan

RESEPI ROTI JALA PANDAN

-3 cawan tepung gandum
-2 1/2 cawan air pandan
-1/2 cawan santan pekat
-2 biji telur
-3 sudu besar minyak masak
-sedikit garam dan pewarna hijau

CARA BUAT ROTI JALA PANDAN

-masukkan semua bahan (blend hingga halus & tapiskan)
-masukkan adunan ke dalam botol bermuncung (botol roti jala)
-kirai / jala di atas kuali non stick 
-7-8 saat boleh angkat & lipatkan ikut citarasa kita


Bila Abah teringin nak makan Wadai Kipeng Kuah Durian, 
Mak pula teringin nak makan Roti Jala Pandan.
Kebetulan kawan Abah ada sedekah Buah Durian yang baru jatuh,
Jadi teruslah kita tung tang bersilat di dapur buatkan Wadai Kipeng untuk Abah.
Dan lepas tu siapkan pula menjala Roti Jala Pandan untuk Mak.

Ada sesetengah orang suka buat Wadai Kipeng warna-warni sebab anak-anak suka katanya.
Abah aku pula lebih suka yang original taknak ada warna-warni.
Dan Abah suka kuah yang ada durian.
Sekali jalan kita siapkan terus dua menu untuk minum petang hehehe

Mood Rajin Datang

01 March 11 Comments

 



Hai engkorang semuaaa! Januari & Februari sudah menutup muka suratnya. 

Sekarang kita berpindah masuk ke Mac pula. 

Dannnn guestt what?? Seorang Anamizu datang Mood Rajin tukar template blog! hehehe

Almaklonglah template yang sebelum ini sudah 4 tahun.

Berasa lama benar mood kerajinan tak muncul.



*Template Blog Yang Sebelum Ini*




*Template Blog Yang Terkini*
(Lebih segar berbunga-bungaaa gitteewww~)




Dannnnnn yang paliing template terkini boleh display Archive seperti normal begini (dropdown menu)
(Template yang sebelum ini tidak boleh display sebegini kerana default settingnya auto set)


Nahhhh bila senarai archive nya display cara begini, nampak lebih tersusun.
Nampak lebih terserlah kerajinan entry mengikut abjad gitu kannnn? ahaakss~

Moga bulan baru ini memberi kita lebih semangat ya semua teman-teman! hehe