Done | Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

24 December 20 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya. Sama² kita support segmen kawan² blogger ;)




Dell Latitude 3540

23 December 42 Comments
Ahah bertemu lagi kita dalam rancangaaaaaannnnnnnn.. Hang mimpi apa Ana hahaha =P  Ok jap. Tak mimpi. Ini betul-betul kejadian. Dulu aku pernah bermuram durja masa skrin laptop aku crack. Lima enam bulan jugak aku ikat perut saving untuk pulun beli yang baru. Yelah kalo skrin crack ni harga nak repair skrin tu lebih kurang sama macam beli je sebijik yang baru. 


Macam biasa stanby dari rumah menanti panggilan-panggilan hangit dari supplier perabot dan lain-lain. Kadang tu dok nganga saja melangut tunggu seharian tapi sampai ke sudah tak datang-datang jugak. Takpelah, redho ajelah nak. Nak melebih-lebih, awok kuli bacin aje hahaha

Ini hari kira macam lucky day gittew sebabnya partner kerja aku datang drop kan Dell Latitude 3540 ni ke rumah. Benda ni 2-3 hari lepas dah sampai di ofis kamiorang tapi aku pulak berada di luar kawasan masa tu. Jadi ini harilah baru dapat membelai si Mr Dell ni. 

Mr Dell ni untuk kerja-kerja ofis. Kalau 4 tahun sudah, hanya dibekalkan dengan 1 laptop sahaja, tapi alhamdulillah tahun ni kami dapat merasa sorang satu. Tak perlu lah bermadu berkongsi kaseh berebutkan laptop ofis yang satu dulu tu. Dah la dulu dapat laptop recon je. Slow gila pulak tu. Ditambah pulak lagi dengan lambat loading start nye hape segala. Senang kata simpan boh dalam kotak atau buat tukun je lah.

Kini tiada lagi kekusutan dengan adanya laptop Dell Latitude 3540. Dengan menggunakan perisian windows 8 ditambah dengan fungsi skrin-sesentuh (touchscreen) menambah lagi keterujaan aku untuk menggodek Mr Del ini.

Ok laptop private aku taruk tepi sat. Kasi rehat dulu. Boss bagi arahan suruh unbox Mr Dell ni and check lah segala apps dan software yang tertera dalam list sama ada cukup atau tak. Kalo ada yang kurang, terus inform katanya. Yessss hape lagi. Jangan kasi chance! Kita terjah blog terus guna Mr Dell jap kehkehkeh =P



Dilimpahi Rezeki

22 December 18 Comments

Harini kena attend Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Klik Dengan Bijak (KDB) Refresh Training & Excellant Award 2014 Negeri Perak. Aku pergi konvoi 4 bijik kereta dengan rakan-rakan kerja aku yang lain. Training & Award ni diadakan di Hotel Ibis, Ipoh yang berlangsung bermula jam 2.30 petang hinggalah jam 5.30 petang. 

Alhamdulillah dalam banyak-banyak Pi1M yang ada di serata negeri Perak ni, Pi1M kendalian aku dan rakan sekerja aku dinobatkan sebagai Pi1M Terbaik Negeri Perak. Syukur ada terselit rezeki kami kat situ. Tak sangka hehehe

Owhh dan bertambah tak sangka jugak bila nombor 12 tu menang cabutan bertuah pulak. Dapatlah aku hadiah jam dinding sebijik dan mug khas MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commisions ) atau SKMM. 

Owhh dan nantikan GiveAway by Blogger Amar nanti. Aku tompang collaborate sekali. Nanti bila beliau dah launching, aku share entry GA tu.. Dengaq kata hadiah casssshhh wo! Sabaq sat naaaaa ;)


Dare To Try?

22 December 45 Comments
credit : Atok Dean

Satu kajian mendapati bahawa memakai gincu merah ke tempat kerja akan membantu dalam mendapatkan promosi kerja dengan lebih cepat.Emma Leslie seorang editor dari Escentual dot com berkata bibir merah tidak semestinya hanya dipakai untuk majlis yang istimewa ataupun ketika keluar malam.

Memakai gincu merah melambangkan kuasa dan keberanian kerana ia menarik perhatian orang lain ke atas wanita itu terutamanya ke bibirnya. Dengan memakai gincu merah, wanita secara automatiknya akan mendapat keyakinan yang lebih tinggi di tempat kerja. Hasil kajian itu juga mendapati bahawa hampir separuh daripada wanita di Britain memakai gincu merah ke tempat kerja sebagai lambang keyakinan dan juga untuk mengagumkan bos mereka.
Ish beranila pakai lipstick merah menyala, karang tak memasal je kena rogol dek boss pulak. Dah katanya "menarik perhatian terutamanya ke bibirnya"
So sesape yang rase dah lama sangat dok kat position yang sama je bertahun-tahun tapi tak naik pangkat, boleh la try ni. Jangan pulak engko yang lelaki gatal nak try. Tobat aku takmo bertanggungjawab kalo jadi pape hahaha
Alah dalam islam pon ada pesan -- jangan berhias berlebih-lebihan. Kalo nak pakai jugak, pakailah. Hape jadi, engko tanggung la kan. Duit beli lisptick tu pon tak mintak kat orang yang cakap lebih-lebih tu kan kikiki

Ini satu lagi perangai aku yang pelik jugakla kot. Aku tak suka pakai any lipstick. Tak kiralah jenis matte ke tak ke memang aku tak suka. Kalo lipbalm aku ok =D