Jangan Lupa Bersyukur



Alhamdulillah sekali lagi kita diberi peluang bertemu Ramadhan pada tahun ni.. dah setel 3 Ramadhan kita tempuh.. untuk harini esok dan seterusnya belum tahu lagi.. moga-moga ada peluang kita.. aku bersyukur sangat disebabkan aku dapat bekerja dan bermastautin dalam kampung halaman aku sendiri.. Tahu tak makna dia apa? Maknanya aku tak perlu susah-susah stuck dalam traffic jemm tiap kali balik dari kerja, aku tak perlu susah hati nak fikir berbuka nanti nak beli lauk ape dan yang paling heaven adalah aku jugak tak perlu fikir apa lah menu untuk bersahur nanti .. 

Itu semua aku tak perlu fikir sebab aku ada Supermom yang hebat dalam segala hal.. Aku cuma perlu jadi assistant je.. kehkehkeh.. memandangkan aku duduk dengan family, perkara-perkara tu semua aku tak perlu serabut nak fikir.. Aku memang tak sanggup nak bayangkan andainya aku kena bekerja kat kawasan-kawasan sesak di Selangor atau KL.. Perhh sesungguhnya aku tak sanggup.. Balik kerja je kena tempuh jemm.. sampaikan kadang tu terpaksa berbuka puasa dalam kereta je.. 

Walaupon ramai je kawan-kawan aku tanya :



"weyhh hang tak boring ke asyik dok dalam kampung je? "
"dah la belajar sampai habeh skolah dalam kampung,
ni bekerja pon kat kampung ? "



Pada aku, aku masih bersyukur. Biarlah apa orang nak kata yang penting aku selesa dengan apa yang aku hadap sekarang.. Yup memang kadang-kadang ade je terasa bosan bila time aura bosan tu datang tapi Alhamdulillah DIA sentiasa ada je tunjuk jalan terbaik untuk hambaNYA :)







6 comments:

  1. setiap perkara adalah ujian
    yg penting apakah kita bersyukur ataupown tidak =)


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..kita pon keja kat kampung juga..xpalah kan dapat tolong komuniti.

    ReplyDelete
  3. best apa kat kampung. aman. nyaman. damai. x jem. x hiruk pikuk.

    lagi2 bekerja di kampung sendiri. tinggal ngan mak bapak. sangat la ohsem.

    dah cukup belajar jauh2 dari family. ni dah keja dapat kat kampung sendiri, nikmat yg tak terhingga. :)

    ReplyDelete
  4. betslah dukk kampung, udara segar, tak stress sgt, boleh jimattt;)

    ReplyDelete
  5. dok kg la best...udara tak tercemar macam kat bando ni..kalau de plhan saya mmg nk dok kg.tp majuk nak lik kg pun xde umah dah....;(

    ReplyDelete
  6. keje kat kmpung la best.. boleh simpan duit byk2 sbb taraf hidup kat kg xsame ngn bndr.. hihi.. kite pon keje kat kmpung jeeeee! seronok!

    ReplyDelete