Sibuk Betul


Minggu ni agak sibuk dengan macam-macam agenda dan program luar.. mula dari isnin dan selasa aku ada program 1 citizen dengan adik-adik di SMK Sg Kruit, Sungkai Perak.. pagi isnin lagi kamiorang (team kerja aku + beberapa lagi rakan lain) gerak untuk handel program One Citizen kat skolah tu.. Untuk sesiapa yang tertanya-tanya apekebenda lah  Program One Citizen (1 Citizen) ni ? Apa itu 1 citizen ? Silalah rajin²kan jari jemari klik ke laman web ni untuk lebih info.

Seawal jam 8.20 pagi kamiorang sampai kat Makmal Komputer skolah tu dan kami disambut oleh murid kat situ yang dah ready tunggu kehadiran kami sebagai fasilitator dorang untuk hari itu.. Untuk hari pertama, nothing much -- cuma perlu setelkan 8 Modul dan selepas tu para pelajar dikehendaki menjawab soalan online -- 45 soalan dalam masa 50 minit dan selepas tu perlu buat 1 portfolio. Tapi untuk hari pertama kamiorang cuma go through beberapa contoh portfolio sajelah untuk bantu adik-adik tu lebih faham..

Hari kedua -- proceed dengan menjawab soalan dan lepas setel je sesi tu terus proceed siapkan portfolio masing-masing dengan bantuan dan tunjuk ajar kamiorang.. Sangat best bila program kita disambut baik oleh audience kita.. 

Rasa sangat heaven bila audience kita bersungguh-sungguh buat--
Bersungguh shoot scene tertentu--
Bersungguh bertanya mana yang tak tahu--

dan alhamdulillah kamiorang dapat setelkan pada tengah hari je untuk hari kedua tu.. so maksudnya takdelah adik-adik skolah tu balik lewat.. Kamiorang tutup program haritu dengan sesi fotografi dengan adik-adik tu semua.. disebabkan ada dua kelas yang terlibat so kamiorang snap ikot kelas memasinglah.. memang happy je semua adik-adik nih.. Terbaeklah korang ! Semoga kalian jadi anak yang baik dan berbakti pada ibubapa masing-masing ya :)



Kelas 4 K


Kelas 4 D




UPCOMING PROGRAMs :

1.Rabu | 25 September | Expert Workshop Jahitan Manik | Pi1M Besout 4, Sungkai Perak
2.Rabu | 25 September | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 5 SK Sri Besout, Sungkai Perak
3.Khamis | 26 September | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 6 SK Sri Besout, Sungkai Perak
4.Rabu | 2 Oktober 2013 | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 1 & 2 SK Sri Besout
5.Khamis | 3 Oktober 2013 | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 3 & 4 SK Sri Besout
6.Jumaat,Sabtu,Ahad | 22,23,24 November 2013 | Karnival Pi1M | Padang Awam Felda Sg Behrang


7 comments:

  1. macam2 event ye..nmpk sgt menarik.yg penting budak2 ni semua happy.nmpk ceria je muka memasing

    ReplyDelete
  2. wahh banyaknye event :) happy semua muka :)

    ReplyDelete
  3. huh bersusun jadual.. cayok2 :)

    ReplyDelete
  4. kunjungan perdana, izin nyimak dan follow ...sukses selalu untuk anda :)

    ReplyDelete
  5. dlu xde plak event2 cmni =) kt skolah sy kalau ada program cmni pasti best..Alhamdulillah berjalan dgn lancar

    ReplyDelete