Hai engkorang semua. Ekceli ini kisah masa bulan Mac haritu tapi disebabkan mood aku kelaut dalam jadi banyak bulan dah tak hapdet ape-ape. Makanya banyaklah kisah yang tertunda gittteww.
Sebenarnya masa 05 hingga 08 Mac haritu aku dan team kerja kena pergi Kursus Refresher & Capacity Building di Suria Hotspring Bentong,Pahang. Selama empat hari kat sana macam-macam aktiviti kami kena buat antaranya Teambuilding perlu tempuh segala spiderweb, merangkak ala-ala macam dalam citer Paskal tu pastu tersangkut bontot kat dawai kawat duri pastu member sebelah baik hati tolong lepaskan yang tersangkut tu pastu tangkap cintan-cintun pulak tetibe kehkehkeh
Ekceli aktiviti Teambuilding & Outdoor aktiviti banyak pada sesi pagi je sebab nak elakkan pada cuaca terik. Maklumlah masa Mac haritu tengah musim cuaca panas terik gila baqhang. Jadi sesi pagi aje kami ade peluang nak berkubang sakan dalam kolam tu sebab setiap pagi ada sesi Water Polo akan lawan antara team. Team yang kalah akan didenda perlu hiburkan semua orang masa sesi dalam dewan seminar. Pikirlah idea ape nak buat tapi ada masa kurang dari 1 jam aje sementara nak mencekik waktu lunch hour tu. Nasib baik team aku menang jadi takdelah stress mikir dan boleh makan dengan tenang hehehe
Masa sesi hari terakhir Dinner Night bertemakan ala-ala Paskal iaitu ARMY THEME. Bercelorenglah kami semuanya malam tu pakat melaram fefeeling perwira di medan perang kate engko ahaksss!
Sesi itu jugak ada penyerahan anugerah untuk pencapaian sepanjang tahun 2017 yang lepas dan alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelum ni, site yang aku handle masih berjaya mengungguli carta teratas setelah ketiak basah berhempas pulas sepanjang tahun walaupun site aku yang paling banyak bertukar-tukar partner rakan sekerja atas beberapa faktor.
Syukur alhamdulillah site aku berjaya merangkul hahaha. Merangkul engko! udah serupa menang pingat sukan olimpik hahaha !
Ahhhh lantak pedulik hape aku nak kabor juge ! Site kendalian aku dapat TIGA award untuk pencapaian tahun 2017 :
- Anugerah KPI Terbaik 2nd Place
- Anugerah Pusat Internet Tercantik 2017
- Anugerah Pusat Internet Terbaik Keseluruhan 2017
Ini ajelah pencapaian dari semenjak aku mula bertugas mengendalikan site dari tahun 2010 hinggalah sekarang 2018. Untuk masa akan datang belum tahu lagi nasib kami pekerja-pekerja staff Pusat Internet camne gaya sebabnye maklumlah semenjak pertukaran tampuk pemerintahan dah banyak dan macam-macam perkara berlaku. Segala signboard yang ada '1 Malaysia' pun dah dicabut diturunkan. Kami ni menunggu nasib aje sebenarnye disebabkan kami hanya berstatus 'kontrak' sahaja. Mudahan masih lamalah rezeki di sini.
*Ramai yang email bertanyakan berkenaan Pusat Internet. Nanti aku cuba kongsikan setakat mana termampu untuk perkongsian engkorang ye.
Team building ni kalau kena team ramai satu kepala memang best
ReplyDeletehaah kalau satu kepala mmg best. tapi kalo kepala tak sama mmg haru jadinya.
DeleteHi Anamizu, mrs pip datang melawat ....:))
ReplyDeleteHi. TQ Mrs Pip sudi datang melawat :)
DeleteHi Ana....bagus lah team building ...yang tak tahan ayat
ReplyDelete"tersangkut bontot kat dawai kawat duri pastu member sebelah baik hati tolong lepaskan yang tersangkut tu pastu tangkap cintan-cintun pulak tetibe kehkehkeh"
apa pun kerjasama yang penting..keep it up!
Hi Amar. Chisss dalam banyak2 ayat, yang tu jugak dia nampak hahaha
Deletelama tak join team building macam ni.. mmg best
ReplyDeletesekali-sekala join ok lah hehehe
DeleteTahniah atas pencapaian tersebut. Seronok dpt join team building kan. Ana pernah sekali je ke suria hotspring bentong tu. Suka berendam dalam hotspring dia.
ReplyDeleteTerima kasih Ana Suhana. haah samalah sekali tu je pernah sampai Suria Hotspring Bentong & yesss hotspring dia besttttt ehehe~
DeleteTahniah yer. Lama zumal tak singgah sini
ReplyDeleteThanks Zumal sudi singgah balas ke sini. haah tu lah Ana pun lama tak update hehe
Deletedah lama kami cikgu2 x menghadiri kursus team building camnie sbb x cukup bajet. huhuhuhu. done follow back. TQ.
ReplyDeletewahhh TQ cikgu English @ Abam Kie sudi singgah balas kunjungan ehee. haah iye memang bajet sekarang makin tak cukuo dah huhuhu
DeleteWow! Tahniah Anamizu tiga sekali tu dapat awards.
ReplyDeleteExceli Mrs. A suka jugak join xtvt cenggini tapi tulah bila turn Mrs. A nak pergi teambuilding company cut cost la pulek!
So tak dapatlah ha nak merasa ke mana-mana kem berhuhuhu jer kat office.