Ops Paskal 1 : Spiderweb


Hai engkorang semua. Ekceli ini kisah masa bulan Mac haritu tapi disebabkan mood aku kelaut dalam jadi banyak bulan dah tak hapdet ape-ape. Makanya banyaklah kisah yang tertunda gittteww.

Sebenarnya masa 05 hingga 08 Mac haritu aku dan team kerja kena pergi Kursus Refresher & Capacity Building di Suria Hotspring Bentong,Pahang. Selama empat hari kat sana macam-macam aktiviti kami kena buat antaranya Teambuilding perlu tempuh segala spiderweb, merangkak ala-ala macam dalam citer Paskal tu pastu tersangkut bontot kat dawai kawat duri pastu member sebelah baik hati tolong lepaskan yang tersangkut tu pastu tangkap cintan-cintun pulak tetibe kehkehkeh 

Ekceli aktiviti Teambuilding & Outdoor aktiviti banyak pada sesi pagi je sebab nak elakkan pada cuaca terik. Maklumlah masa Mac haritu tengah musim cuaca panas terik gila baqhang. Jadi sesi pagi aje kami ade peluang nak berkubang sakan dalam kolam tu sebab setiap pagi ada sesi Water Polo akan lawan antara team. Team yang kalah akan didenda perlu hiburkan semua orang masa sesi dalam dewan seminar. Pikirlah idea ape nak buat tapi ada masa kurang dari 1 jam aje sementara nak mencekik waktu lunch hour tu. Nasib baik team aku menang jadi takdelah stress mikir dan boleh makan dengan tenang hehehe

Masa sesi hari terakhir Dinner Night bertemakan ala-ala Paskal iaitu ARMY THEME. Bercelorenglah kami semuanya malam tu pakat melaram fefeeling perwira di medan perang kate engko ahaksss! 

Sesi itu jugak ada penyerahan anugerah untuk pencapaian sepanjang tahun 2017 yang lepas dan alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelum ni, site yang aku handle masih berjaya mengungguli carta teratas setelah ketiak basah berhempas pulas sepanjang tahun walaupun site aku yang paling banyak bertukar-tukar partner rakan sekerja atas beberapa faktor.


Syukur alhamdulillah site aku berjaya merangkul hahaha. Merangkul engko! udah serupa menang pingat sukan olimpik hahaha !

Ahhhh lantak pedulik hape aku nak kabor juge ! Site kendalian aku dapat TIGA award untuk pencapaian tahun 2017 :

  1. Anugerah KPI Terbaik 2nd Place
  2. Anugerah Pusat Internet Tercantik 2017
  3. Anugerah Pusat Internet Terbaik Keseluruhan 2017



Ini ajelah pencapaian dari semenjak aku mula bertugas mengendalikan site dari tahun 2010 hinggalah sekarang 2018. Untuk masa akan datang belum tahu lagi nasib kami pekerja-pekerja staff Pusat Internet camne  gaya sebabnye maklumlah semenjak pertukaran tampuk pemerintahan dah banyak dan macam-macam perkara berlaku. Segala signboard yang ada '1 Malaysia' pun dah dicabut diturunkan. Kami ni menunggu nasib aje sebenarnye disebabkan kami hanya berstatus 'kontrak' sahaja. Mudahan masih lamalah rezeki di sini.

*Ramai yang email bertanyakan berkenaan Pusat Internet. Nanti aku cuba kongsikan setakat mana termampu untuk perkongsian engkorang ye.

15 comments:

  1. Team building ni kalau kena team ramai satu kepala memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau satu kepala mmg best. tapi kalo kepala tak sama mmg haru jadinya.

      Delete
  2. Hi Anamizu, mrs pip datang melawat ....:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. TQ Mrs Pip sudi datang melawat :)

      Delete
  3. Hi Ana....bagus lah team building ...yang tak tahan ayat

    "tersangkut bontot kat dawai kawat duri pastu member sebelah baik hati tolong lepaskan yang tersangkut tu pastu tangkap cintan-cintun pulak tetibe kehkehkeh"

    apa pun kerjasama yang penting..keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amar. Chisss dalam banyak2 ayat, yang tu jugak dia nampak hahaha

      Delete
  4. lama tak join team building macam ni.. mmg best

    ReplyDelete
  5. Tahniah atas pencapaian tersebut. Seronok dpt join team building kan. Ana pernah sekali je ke suria hotspring bentong tu. Suka berendam dalam hotspring dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana Suhana. haah samalah sekali tu je pernah sampai Suria Hotspring Bentong & yesss hotspring dia besttttt ehehe~

      Delete
  6. Tahniah yer. Lama zumal tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Zumal sudi singgah balas ke sini. haah tu lah Ana pun lama tak update hehe

      Delete
  7. dah lama kami cikgu2 x menghadiri kursus team building camnie sbb x cukup bajet. huhuhuhu. done follow back. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh TQ cikgu English @ Abam Kie sudi singgah balas kunjungan ehee. haah iye memang bajet sekarang makin tak cukuo dah huhuhu

      Delete
  8. Wow! Tahniah Anamizu tiga sekali tu dapat awards.
    Exceli Mrs. A suka jugak join xtvt cenggini tapi tulah bila turn Mrs. A nak pergi teambuilding company cut cost la pulek!
    So tak dapatlah ha nak merasa ke mana-mana kem berhuhuhu jer kat office.

    ReplyDelete