Ops Paskal 2 : Ops Saman


Hai engkorang.Sebenarnya aku tersemak tanpa sengaja ke laman web MyEg ni sebab abang long aku minta tolong checkkan dia ada saman atau tak. Bila dah siap tolong check tu aku pon teringat nak check nama aku jugak. 

Owhh ye pada yang tak tahu cara mudah untuk semak saman. Sama ada nama kita tersenarai dalam sebarang saman atau tidak caranya mudah je. Pergi je ke laman web MyEg Services atau sekarang lebih mudah boleh download apps MyEg dan boleh sign up kemudian log in dan pilih je bahagian JPJ ataupun PDRM untuk semak senarai saman.
 Paparan selepas kita dah log in masukkan : 

  1. Username
  2. Password



Paparan contoh selepas aku klik pada Polis Diraja Malaysia. Boleh pilih klik pada Check & Pay PDRM Summons (Semak & Bayar Saman PDRM).


Perlu masukkan IC Number / Nombor Kad Pengenalan kita atau sesiapa sahaja yang ada lesen memandu yang sah. Kalau lesen terbang rasanya takde keluarlah kot sebab kemungkinan tak masuk dalam sistem.

Lepas masukkan Nombor Kad Pengenalan perlu masukkan text ataupun huruf yang tertera di situ dan klik pada 'check summons'.

Dan kalau pemegang nombor kad pengenalan tersebut bersih suci murni terhindar dari sebarang saman paparan cenggini akan keluar :

"No outstanding summons found"

Yihaaaaa nama bersih daripada sebarang saman lettewww tapi sekiranya ada maka akan muncullah deretan saman lengkap dengan tarikh, masa, lokasi (kilometer berapa), sebab disaman (speeding dan sebagainya) dannnnnn siap dengan bukti bergambar lagi kereta engko kena tangkap dek camera speedtrap tu.

Bila dah keluar senarai tu maksudnya apa? Tanya lagi. Bayarlah. Dah buat salah tanya lagi? hehehe


4 comments:

  1. hahaha dulu masa lesen masih P rajin ngecek saman ni. La dah lepas, dah lama tak cek. confident yek hahahaha

    ReplyDelete
  2. Wah! tahniah pemandu berhemah ni.
    Dah lama tak cek jugak ni kejap lagi nak pi cek jugaklah

    ReplyDelete
  3. Ishhh xcek lama. ..Risau ada gak saman ni..main naik ja

    ReplyDelete