Hai semua. Pada 18 hingga 21 Februari haritu aku dan juga rakan sekerja Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd telah menghadiri Refresher Program (Kursus Tahunan) yang diadakan di Pangkor Bayview Beach Resort di Pulau Pangkor.
Kesahnya kami semua diarahkan supaya berkumpul di Felda Sg Klah dan dari situ akan ada Bas Khas yang akan bawa kami semua ke Jetty Marina. Bila tiba je bas tu pada jam 9.45 pagi, kami pun semua susun-susun beg dan barang-barang & terus penuhkan bas tu.
Dari Felda Sg Klah untuk sampai ke Jetty Marina tu hanya ambil masa lebih kurang 2 jam macam tu. Bila tiba je di Jetty Marina tu kami semua diarahkan untuk tuurn berkumpul sementara Urusetia selesaikan urusan pembelian tiket feri dan dalam masa hanya 15 minit lebih kurang, kami pun tiba ke Jeti Pulau Pangkor. Tak sempat panas bontot pun tiba-tiba dah sampai hehehe
Bila tiba je di Jeti Pangkor tu lebih kurang 11.45 camtu, kami disambut oleh Encik Hamid selaku Petugas yang akan menguruskan kami selama 4 hari kursus di situ. Bila tiba di Jeti Pulau Pangkor tu, kita akan disambut dengan Van Pink tau dan kita akan bersumbat dalam van tu dalam lebih kurang 10 orang untuk sebuah van tu. Sesiapa yang pernah pergi ke Pangkor secara berjemaah dan menaiki van pink tu memang fahamlah rasanya macam mana naik 'Roller Coster Van Pink' kehkehkeh
Bayangkan engkau bersumbat 10 orang dalam tu.
Ditambah dengan beg luggage gedabak masing-masing?
Ditambah lagi dengan beg laptop masing-masing?
Boleh bayang tak? Ketat-sendat-padat.
Dah lah musim panas lit-lit takyah ceritalah.
Bila dah masuk dalam tu, driver yang memang dah makan tahun punya pengalaman drive van tu, perhhhhhh engkau tak payah tanyelah. Zup zap zup zap tau-tau sampai depan resort. Kepala pun naik pening, bijik mata berpinor. Kira nak mandi je masa tu tapi apakan daya terpaksa ikut arahan supaya turunkan segala mak nenek beg pastu tunggu sesi check in dan serahan kunci bilik.
Tiba-tiba masa tengah hangat tu zzassssssss takde elektrik !
Tudiaaaa punya baguihhhh baq hang !
ekarang mmg musim panas kan, bahang ket mana2 je, berpeluh2 lagi2 kalau tengahari
ReplyDeletehaah musim panas sekarang memang terasa bahang sangat nabila.
Deletecuaca panas ni mandi pool mmg terbaik
ReplyDeletememang bahagia kalau dapat mandi pool musim-musim panas ni
DeleteFuhh mesti sardin macam kat dalam lrt masa peak hour tu kan. Nasib la kat lrt takleh bawak corner ikut suka. Kalaulah lrt gerak sama macam van kau naik ni, tiap2 hari news pasal tragedi di lrt je haha...
ReplyDeleteAlaa takde letrik kat pulak ni standard la. Dulu aku pergi pulau stay kat chalet memang dia sengaja cut off elektrik masa siang. Berpanasan la kau kalau duk dalam tu. Saje nak paksa orang pergi snorkelling gak la tu haha..
aku belum pernah bersesak dalam LRT lagi setakat ni hahaha!
Deletemasalahnye kalau diorang saje nak cut off letrik tu pun agak2 lah sebab masa tu Pegawai-Pegawai Besar baru sampai untuk majlis perasmian petang hari pertama tu. Tak sesabor nak suruh pergi snorkeling nye pun hahaha~
Van pink tu masih ada trade mark pangkor island kot hhahahaa....
ReplyDeleteDulu Time Mrs. A pergi pangkor pun merasa naik van pink lama gila dah.
Dugaan betul tu dahlah cuaca panas berdenting elektrik pulak nan hado huhuhuu...
kalah sardin tu hehehe
ReplyDeletedulu kite honeymoon kat Pangkor wak.. best.. hee~ belum tercemar.. sekarang ni terlampau ramai keluar - masuk Pangkor..
ReplyDeleteramai2 sumbat 1 van aiyoo boleh faham. sementara nak sampai hotel tu naya jugakla.
ReplyDeletebtw bestnya pool tu.. mengundang untuk terjun dalam tu =D