Dijodohkan Berjumpa

by - 12:29 PM



Hai semua. Semoga sihat sajelah hendaknya. Mood tak berapa datang nak menulis. Banyak nak cerita tapi disebabkan GANGGUAN YANG SATU (semenjak dua tiga menjak ni boss makin menjadi-jadi bagi arahan last minit). 

Rakan-rakan sekerja pun seorang demi seorang bertukar / berhenti kerja. Mood swing makin bertambah-tambah T______T

Tapi

tapi

tapi

hidup kena teruskan juga hehehe

Alkisahnya untuk satu bulan November dan masih berterusan pada bulan Disember, banyak event kami perlu selesaikan dalam masa yang sangat singkat. Itu pasal satu bulan sepanjang November tak sempat ngadap nak hapdet ape langsung blog ni.








Nak dijadikan cerita-
Masa hujung bulan November haritu ada beberapa orang rakan sekelas ajak gathering sebab maklumlah ramai yang nak pulang bercuti ke kampung halaman katanya. Alang-alang dapat balik kampung itu yang diorang plan nak buat makan-makan dan berjumpa.



Maklumlah lepas tamat je zaman sekolah tingkatan lima masa tahun 2003 dulu, ramai yang tak pernah berjumpa langsung dah. Aku pon macam tak percaya rupanya dah 16 tahun habes zaman sekolah. Nampak benor tua tapi jiwa tetap muda gittewwww kehkehkeh

Masa bincang punya bincang dalam whatsapp group kelas tu kemain lagi macam 20 lebih orang yang dapat hadir tapi yelah kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Ada yang last minit ada tugasan lain dan sebagainya.

Jadi yang betul-betul berjodoh dapat berkumpul hanya kami SEMBILAN ORANG sahaja. Ada yang dah anak 4 orang. Ada yang on the way nak tambah anak lagi dua. Tak kurang jugak yang masih bujang (tawu kan siape? kehkehkeh)

Memandangkan yang ada anak-anak plan nak gathering sambil BBQ & bagi anak-anak seronok jadi kami pun pilih The Nahara Kalumpang Resort, Selangor sebagai lokasi pertemuan. Makanan tu masing-masing bawak sorang sikit je sebab bukan nak makan sangat pun lebih pada nak borak panjang sebab banyak sangat berita yang nak ditanya hehehe

The Nahara Kalumpang ni bagus tempatnya bersih cuma perjalanan nak masuk ke dalam kawasan tu agak mencabar & sunyi sikit kalau gegerls pergi sendiri tanpa ada lelaki teman. Macam aku ni nasib baik bawak bodyguard adik-adik untuk teman. Next time boleh repeat gathering lagi on next location hehehe

You May Also Like

17 Lovenote(S)

  1. ya alllahh sedapnye makanan huhuhhu.. salam kenal done follow sini.

    ReplyDelete
  2. Wah...busynya......apa pun terbaik ana...dahulukan mana yang penting...

    ReplyDelete
  3. bila muncul je tayang makanan sedap2, lapar terus perut akak ni... hehehe

    ReplyDelete
  4. Yay.. dah update.. Cantik pemandangan..sedAP jugak tengok makanan tu. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Gambar gambar ni buat saya lapar... XD

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah dapat kumpul2. biasalah kan kalau plan2 nak gather2 ni sellaunya cam tu lah. memula ramai. then tup2. tapi tak pe. yang penting food sedap tu.

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt jumpa geng sklah dlu..
    sy ni plan bertahun2 sampai sdh xjd.. haha..
    masing2 ade komitmen tu yg pyh nk jmpa..

    mcm awk la plan asl rmai nk join last2 tgl 9org kan..

    tu pon dh kira ok.. blh jgk jumpa geng lame.. hehe

    ReplyDelete
  8. kuatkan semangat dik! inshaAllah pasti boleh hadapi dugaan dalam kerja ^_^

    ReplyDelete
  9. Oh wow all the food looks amazing
    xx

    ReplyDelete
  10. Eh dekat kalumpang je ke. Boleh pergi nanti ni. Nampak lawa tempat dia.

    ReplyDelete
  11. abe kie yg SPM 90 ni pun dah terasa tuanya dek non.
    In Shaa Allah thn dpn nak buat grand reunion...yg ke 30 thn!

    ReplyDelete
  12. Itulah penyakit bos-bos kot suka bagi kerja last minit, sabar dan bertabahlah ya adat makan gaji samalah kita huhuhuhu...

    Hehehee... takpe memula sembilan orang 2nd and 3rd reunion InSyaAllah bertambah ramai lagi tu.

    ReplyDelete
  13. wah !

    hebat penulisan ini.

    santai dan bersahaja..

    menarik untuk dibaca

    ReplyDelete
  14. dah lupa nak baca yg bawah n komen apa bila nmpk gmbr makanan. hahaha

    ReplyDelete
  15. reunion sekolah mendekatkan yg jauh.. merapatkan yg dekat.. :p

    ReplyDelete
  16. cantinya chalet tu..konfem mandi sungai kan :-)

    ReplyDelete
  17. cantik tempatnya.. dekat sangat dah dengan Sha.. hehehe

    ReplyDelete