Dan sebenarnya pada hari pertama yang sama, aku berbagi tugas dengan Bong.
Pada hari pertama aku perlu ke MH Hotel Ipoh hadir kursus/seminar 3 hari.
Hari yang sama juga Abah perlu hadir temujanji pakar mata di Hospital Teluk Intan.
Syukur Bong dapat cuti ehsan tiga hari.
Aku pergi ke MH Hotel dengan sedikit berat hati.
Selalunya aku yang selesaikan urusan hospital Abah ataupun Mak.
Tapi kalini aku tak dapat serta kerna perlu ke MH Hotel Ipoh.
Hari pertama aku di MH Hotel, Bong juga hari pertama bawa Abah ke hospital.
Bong keluar sesudah Subuh kerna perlu jumpa Pakar Mata jam 8.00 pagi.
Dari pagi Bong angkut Mak & Abah, urusan Abah ambil masa lama.
Lewat petang baru Abah dapat pengesahan nombor katil untuk bermalam di wad.
Mak dah amat penat tak dapat digambar lagi kerna dari subuh keluar urusan.
Hampir maghrib baru Bong & Mak tiba semula ke rumah.
Abah ditahan di wad kerna esoknya awal pagi perlu masuk bilik pembedahan.
Mak mengadu voice whatsapp pada aku :
"rasa nak patah pinggang. urusan lama sangat"
Aku berkursus penuh galau.
Moga dipermudahkan urusan Mak & Abah.
Maafkan Kakak tak dapat bawa urusan hospital kalini T__T
walaupun ada yg bawa, kita tetap rasa gundah gulana...seminar di hotel mesti byk kali mkn..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan 🤲🏻
ReplyDeleteAna kuat ye
Semoga semuanya dipermudahkan..Amin...
ReplyDeletesemoga baik-baik sahaja buat abah Ana mendapat rawatan mata di HTI, aamiin
ReplyDeletekesian orang tua kan...kalau difikir memang serik nak berurusan dengan hospital,sebab tu orang tua sakit sikit2 kalau ajak ke hospital dia lebih rela tahan sakit,seksa nak menunggu giliran..moga dipermudahkan semuanya ye Ana
ReplyDeleteMoga tenang hati Ana ya. Moga urusan Abah Ana dipermudah oleh Allah. Moga cepat sembuh Abah Ana ya...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan emak dan abah, Ana dan Bong.
ReplyDeletemakanannya sedap2
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteMoga dipermudah kan semua urusannya, buat mak dan abah jugak.
ReplyDeletedari pagi sampai ke petang... lama betul tu! soga segalanya dipermudahkan utk abah ana nnt...
ReplyDeleteTakpe..kali ni Bong yg jadi insan terpilih berbakti pada mak dan abah..awak juga insan terpilih sebab bekerja..so boleh masak sedap2 untuk Bong.
ReplyDeleteKesiannya. Moga dipermudahkan urusan Abah Ana.
ReplyDeleteSedapnya aglo olio tu, rasa nak senduk sepinggan.
Semoga Allah beri kebaikan atas kesusahan yang dialami.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirajiun.
Nasib ada Bong yang boleh tolong uruskan hal orang tua...itulah hikmah adik beradik
ReplyDeleteTd sempat saya pikir kenapa seram nih di MH hotel. Berhantu kah. Oh ternyata urusan ayah yang kakak tak bisa temankan. Nasib baik Bong bisa temankan dulu ya kak. ☺️. Tp memang itulah, kakak beradik saling bantu apalagi utk orangtua juga ❤️. Dimudahkan urusan ayah kakak dlm hal pengobatannya
ReplyDeletebila kena pi kursus time parent tk sihat mmg susah hati...smoga dipermudahkan segala urusan mereka....tp part mkn bila kursus kt otel mmg syok
ReplyDeleteMa shaa Allah baik betul sikap anak-anak ni, berjasa pada orang tua..semoga Allah balas dengan kebaikan sentiasa
ReplyDeleteMacam tu la akak rasa tiap kali bawak arwah mak dan bawak abah akak pi dapatkan rawatan tiba hari kita x dapat nak bawak tu...rasa terkilan dan serba salah sangat- sanagt
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteBanyak betul pemanis mulut tu. 😲
Cantiknya susunan dessert table .colourful
ReplyDelete