Dua biji mata yang awak ada, gunakan sebelah untuk melihat keburukan diri sendiri dan gunakan sebelah lagi untuk melihat kebaikan orang lain, agar awak sentiasa bersangka baik. Salahnya awak ialah sibuk gunakan kedua-dua biji mata mencari salah orang. Padahal manusia yang berbuat salah itu fitrah. Kita ni tulus, tutup mata dari melihat kekurangan awak. Tapi awak membuat kita seperti tak ada harga diri.
Kita di anggap jahat setelah tidak peduli, tak
bersimpati, tidak lagi merespon dan tidak lagi menghargai. Ketahuilah, kita hanya manusia biasa dan kita berubah saat ada sesuatu yang membuat kita berubah. Sometimes kita takde niat pun nak kurang ajar dengan orang lain. Tapi, ada setengah orang ni rasa dia je yang terpaling betul. Dia sorang je bagus, sampai hilang rasa hormat. Ingat ye, semua orang ada limit kesabaran. So, don't test me. I can be 100% rude if you start first.
Kita tak akan lupa orang yang memburukkan diri kita sehingga kita hilang kepercayaan pada diri sendiri. Hati-hati ye, ketika awak berani menjatuhkan orang lain sejatuh-jatuhnya. Awak fitnah, buat orang lain dibenci dan susah. Apa yang awak buat sesuatu yang jahat itu akan berbalik kepada diri awak sendiri. Awak tabur hal yang jahat, akan menuai hal yang jahat juga. Kita tidak dendam tapi memendam dan itu sangat menyakitkan. Luka dihati kita terlalu parah, jadi kita mengadu kepada ALLAH. Suatu saat, awak serta keluarga awak dan keturunan awak akan rasa apa yang kita rasakan. Bahkan lebih parah dari apa yang awak torehkan.
Sumber : Perkongsian Facebook
***********************************
Semoga kita dijauhkan dengan sifat "membahan" / memalukan orang lain.
Kerana jika kita sendiri berada dalam situasi dimalukan, nescaya pedih kan?
Setuju. Lebih baik diam dari berkata yang bukan². Zaman skrg tak takut dosa.
ReplyDelete