Ferrous Fumarate

 


“Maaf, Puan tidak dapat menderma darah hari ini kerana tahap hemoglobin (Hb) Puan rendah.”

Tahukah anda? Zat besi dan asid folik adalah zat penting dalam pembentukan Hb dan sel darah merah! Ambil tablet zat besi sebelum makan dan pastikan ia diambil bersama-sama dengan Vitamin C (seperti air oren) untuk penyerapan yang lebih baik. Elakkan susu, serat, atau kafein dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan zat besi.

Anda juga digalakkan mengambil makanan kaya zat besi seperti kerang, daging merah, hati, kekacang, sayuran hijau dan brokoli. Jangan lupa, asid folik juga penting, jadi makanlah telur, buah sitrus, dan sayuran hijau untuk tahap Hb yang optimum.


Sumber : Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia


3 comments:

  1. Akk makan asid folik ni time preggy je :)

    ReplyDelete
  2. Pernah kena anemia. Ya allah tak sanggup rasanya sebab apa? nak naik tangga, nak berjalan pun tak larat. Kalau boleh tak nak kena lagi. Boleh effect jantung juga sebab tak cukup daya untuk mengepam darah.

    ReplyDelete
  3. semoga tahap darah puan akan kembali normal pd bln Ramadhan ini...

    ReplyDelete