Al-Fatihah : Tun Abdullah Ahmad Badawi

 

 
Negara berduka atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia yang Kelima, 
Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang menghembuskan nafas terakhir pada 
jam 7.10 malam (14 April 2025) di Institut Jantung Negara (IJN). 

Berita menyayat hati ini disahkan oleh 
bekas Ahli Parlimen Rembau - Khairy Jamaluddin (KJ) 
yang juga menantu Allahyarham, melalui satu hantaran di media sosial.
 
Tun Abdullah, atau lebih mesra dikenali sebagai "Pak Lah", 
meninggalkan legai besar dalam pentadbiran negara 
sepanjang tempoh perkhidmatan dari 2003 hingga 2009. 
Pemergian beliau pastinya dirasai seluruh rakyat Malaysia, 
terutamanya mereka yang permah berkhidmat di bawah kepimpinannnya.
 
Latar belakang kesihatan Allahyarham dikatakan 
semakin merosot sejak kebelakangan ini, 
namun ketabahan dan senyumannya tetap 
dikenang oleh mereka yang rapat dengannya.
 
Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Negara esok (15 April 2025) 
untuk disempurnakan solat jenazah sebelum dikebumikan. 
 
Al-Fatihah, semoga Allahyarham ditempatkan 
dikalangan orang-orang yang beriman aminnnnn....
 
 
 
 

8 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Terkejut juga baca khabar pasal ini.

    ReplyDelete
  2. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..
    Pemimpin yang disanjungi dan tak ada isu yg besar.. semoga ditempatkan bersama para ahli syurga amin..

    ReplyDelete
  3. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    ReplyDelete
  4. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻

    ReplyDelete
  5. Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un.
    Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

    ReplyDelete
  6. Moga roh beliau ditempatkan di tempat yang terbaik.

    ReplyDelete
  7. Semoga roh arwah Tun dirahmati allah

    ReplyDelete