Ini permintaan si Bong. Disebabkan kawan tempat kerja dia bawa ke ofis banyaaaaak,
maka si Bong pun minta izin untuk ambil bawa pulang beberapa biji buah mangga ni.
Pada mulanya, ingatkan Bong nak makan cicah colek macam yang Kuah Rojak Mak Bee tu.
Rupa-rupanya Bong kata boleh tak kalau tolong buatkan jeruk?
Tapi nak jeruk yang tak perlu letak serbuk asam tu,
sebab tak suka nanti jadi terlebih masin.
Bong hanya nak yang direndam dengan air garam,
dan kemudian bilas dan rendam dengan air gula.
Kemudian tambahkan beberapa biji asam boi
dan hirisan cili api untuk lebih kick katanya.
Masukkan ke dalam botol kaca.
Atau apa-apa bekas yang sesuai.
Dan peramkan ke dalam peti sejuk.
Ambil masa lebih kurang dua hari.
Selepas dua hari, sudah boleh buka dan makan yeayyy!
Suka ni tapi selalunya beli ajer. Buat sendiri lagi puas hati.
ReplyDeleteSedapnya. Cie suka juga jeruk asam boi je. Simpan dalam peti. Selalunya anak-anak takdan sejuk dah makan.
ReplyDeleteya Allah kecurlah air liur SS baca pasal mangga ni. sedapnyaaa mana nak cari malam-malam ni ~,~
ReplyDeleteSaya tak minat .. alahai yg masam2 ni... cukup la kena hadap bersama masa wife pregnant dulu hahahaha
ReplyDeleteAkak dah angkat tangan ni...nampak x?ya allah..menjejes air liur kalau dapat
ReplyDeleteKecur tgk.. makan tapi x leh byk sgt.. so angkat tangan setengah je la ek... 😅
ReplyDeletekecurrrr
ReplyDeletenak.. nak
Manisan mangga yg beginiii lah yg saya suka juga kak 🤤🤤🤤🤤🤤. Memang sedap. Asam manis menyatu. Kalo pakai bubuk itu saya tak suka. Rasanya jadi aneh semacam
ReplyDelete