Sudah separuh Februari.
Dan Februari aku bermula agak kurang enaknya.
Bonda sekali lagi perlu rawatan rapi.
Sudah beberapa hari di kamar hospital.
Ayahanda setia bertandang setiap hari.
Aku sebagai anak perempuan tunggal satu-satunya perlu berkorban lebih.
Almaklum kerana Bonda di kamar wanita.
Mujur juga ada Bong boleh singgah bantu sebentar.
Moga Ramadhan yang bakal menghampiri, membawa rahmat & beri sinar kesihatan buat Bondaku.
Lekas sembuh semula Mak.
Nanti kita jalan-jalan cari makan lagi sebelum puasa.



No comments:
Post a Comment