Sempat bawa Bonda makan Roti Sarang sebelum tiba Ramadhan.
Syukur Alhamdulillah Bonda dibenarkan keluar wad dua hari sebelum puasa.
Doktor sahkan jantung, paru-paru, buah pinggang semua dalam keadaan baik.
Tapi memandangkan kandungan gula agak tinggi, maka Bonda perlu mengambil suntikan insulin.
Insulin Bonda perlu dilakukan 3 kali (siang hari) dan 1 kali (malam hari sebelum tidur)
Maka bermulalah permulaan suntikan insulin pada perut Bonda setiap hari.
Buat masa sekarang ni hanya aku dan abah bergilir lakukan suntikan insulin.
Bong belum ada kekuatan untuk lakukan suntikan (dasar muka ganas tapi hati lembut si Bong)
Cuaca agak mencabar panassssss sekarang ni.
Doktor had kan pengambilan air hanya 500ml sahaja untuk satu hari.
Moga Bonda diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa.
Dan moga kita semua juga diberi ketabahan menempuh hari-hari yang panas..






No comments:
Post a Comment