Showing posts with label islam agamaku. Show all posts
Showing posts with label islam agamaku. Show all posts

bini-biniku gengster + payung emas

12 October 64 Comments

*gangster mood activated*




dah tengok bini-biniku gengster(BBG)?? belom? gua syorkan p tengokla.. kat astero first pun dah keluarkan? tak tengok jugak? gua pun tak tengok kat astero sebab rumah gua memang abah gua takmau pasang kuali astero tu.. MEMBAZIR kata abah.. gua pikir pun memang logik gak.. memilih alternatif lain, gua pun paksa member gua donlodkan.. sipbaik dia pun takde hal nak tolong.. gua pun hape lagi.. bantai layan movie sambil kerja la.. memang terasa cool! hoyehh~ partner kerja gua pulak memang p holiday ke sarawak.. 




tajuk dia camtu bukan pasal gua nk riview BBG ke hape.. lu orang pon dah tengok sendiri kan? sendiri pon dah bleh review.. gua bukan buat show FUHHH ke rancangan CINEMA,CINEMA,CINEMA ke nak review-review nih =P tu gua nak fokus yang lepas tanda + (tambah) tu "payung emas"... pernah dengar? *apsal gua rasa masih berlegar-legar dengan perKAHWINan lagi nih..cis~ gua bukan anti poligami ke hape.. seriyes gua tak kesah pun lu orang nak kawen berape pon selagi lu MAMPU..saja nak tambah ilmu yang serba kekurangan nih.. sebab telinga gua mcm seringkali diperdendangkan dengan frasa "payung emas" nih.. *maklumla nanti-nanti nak menghadapi alam rumahtangga senang.. hahaha




SOALAN :
-Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

-Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?


JAWAPAN OSTAD :


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah..
Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.


Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-


Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].


Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :

"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dan sebagainya..Wallahu'alam


sumber : soaljawabQuranDanHadis




kalau masih kabur penglihatan, pakat-pakatla kita p jumpa ostad-ostad & ostazah-ostazah yang lebih 'arif dalam hal yang berkenaan..kan orang terdahulu selalu pesan "malu bertanya, sesat jalan".. eventho zaman sekarang boleh google + GPS ke hape jadah lagi teknologi yang ade, rujukan pada yang 'ARIF tetap lebih releven bila berkaitan ilmu agama ;)