Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Anugerah

16 December 33 Comments

12 Disember baru-baru ni Team kerja guwa join satu seminar persidangan berkenaan jalulrlebar di One World Hotel, Bandar Utama.. seminar yang start seawal jam 9 pagi tu memerlukan guwa dan Team kerja guwa hadir kerana ada sesi pengumuman pemenang bagi Pertandingan Video sempena Anugerah Transformasi Komuniti U-pustaka (ATKU 2012)..

Sepanjang pagi sampailah ke petang seminar tu berlangsung, ramai yang hanya dengar dan telan camtu saja kot rasanya.. mata semua pon pakat layu je.. guwa pon tak berapa hadap sangat sebenarnye bab-bab seminar ni.. siape yang minat nak dengar kalo kata “seminar” ni kan? kecuali terpaksa.. kehkehkeh

Sampai je part last – pengumuman pemenang, baru segar bijik mata.. dan Alhamdulillah video gabungan PJK Felda Gunung Bongsu + PJK Felda Ijok berjaya mendapat Naib Johan dan video gabungan PJK Felda Besout 1,2,4 & 5 dapat saguhati tempat kelima.. sesungguhnya guwa saaaangat bersyukur dengan kemenangan ni.. memandangkan baaaanyak dugaan semasa proses shooting --- editing --- rendering untuk submit video pertandingan ni.. dapat tercalon dalam top ten finalis pon guwa dah cukup terharu..


-hasil video team guwa-

Anugerah ni jugak merupakan penutup dan kenangan terindah yang kami dapat share with our beloved Incik Boss yang dah pon bertukar company dan tak lagi bersama company P1 Wimax.. 



Pesanan untuk Incik Boss : Terima kaseh untuk segalanya.. baaaaaanyak sangat yang Incik Boss dah buat untuk Team PJK dan terutamanya pada saye.. sesungguhnya hanya DOA yang mampu saye kirimkan setiap kali sujud.. DOA saye sentiasa bersama Incik.. anytime Incik rasa rindu pada Team ni, roger² je kami ;)



rasa itu

08 December 29 Comments
Alhamdulillah dah selesai semua site.. karnival jalurlebar untuk kali ni pon dah habes.. takde lagi dah guwa bizi terkejar sana-sini.. hidop pon kembali normal --- hanya pegi keje --- balik keje.. dok dalam ofis hadap komputer dan manusia² seperti sebelumnya.. 



dan guwa sangat syahdu bila Incik Boss guwa sendiri adelah silent reader diary kecil guwa selama ni.. macam yang guwa dah tulis dalam Grand Finale sebelum ni guwa memang tak cukup kuat untuk pandang Incik Boss on his final speech, so memang guwa tak mampu pandang.. hentian terakhir kamiorang masa tu di Petronas Sungkai.. ditemani pulak dengan titisan hujan.. seolah² mengerti rasa sebak -- syahdu guwa pada masa tu.. kawan² laen pakat bagi ucapan untuk Incik Boss, guwa tak mampu mengeluarkan kata² .. 

sesungguhnya guwa memohon ampun dan maaf pada Incik Boss kerana tak mampu menzahirkan kata² untuk diungkapkan.. Terima kaseh untuk segalanya.. banyak sebenarnya nak diucapkan tapi airmata mendahului segalanya.. tapi guwa yakin, Incik Boss memahami rasa itu

insyaAllah ukhwah yang dah terjalin akan kita pastikan kekal selamanya.. macam Optimus Prime cakap :


“..Our races united by a history long forgotten and a future we shall face together. I am Optimus Prime and I send this message so that our past will always be remembered. For in those memories, we live on…” – Optimus Prime

dimana pon kita, apa pon yang kita buat, our relationship will remain. insyaAllah :)
*guwa nampak je macam gengster tapi hati tisu sebenarnye.. kehkehkeh

Grand Finale

30 November 28 Comments

Alhamdulillah setel dah lagi 2 site Karnival Jalurlebar.. tinggal 1 je lagi final destination kat Felda Ijok, Selama Perak..

Kat entry sebelum ni Syazana Zainn ade tanye pasal karnival ni.. sebenarnye Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar yang guwa dok pulun update ni memang takde kuar promosi kat mane² channel tv.. dan jugak bukan semua Pusat Jalurlebar terlibat.. 

ada beratus Pusat Jalurlebar kat Malaysia ni.. dan ada pelbagai syarikat penyedia jalurlebar yang terlibat sebenarnye tapi yang terlibat dalam Projek Karnival yang guwa dok update ni hanyalah Pusat Jalurlebar under company telco P1 Wimax saje.. dan hanya ada 9 saje site yang berada di bawah kendalian P1 Wimax.. 9 site tu pulak adelah :

  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 2, Sungkai Perak (tempat guwa)
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 4, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Trolak Utara, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Sg Klah, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Sg Behrang, Slim River Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Ijok, Selama Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Bongsu, Kedah


memang tak mustahil lah ramai je yang tak tahu pape pon pasal Karnival ni sebabnye die tak la grand macam karnival jom heboh tu.. kehkehkeh

dan InsyaAllah pagi sabtu ni kamiorang akan berkonvoi beramai² untuk ke destinasi terakhir iaitu di Felda Ijok.. semoga segalanya dipermudahkan.. aminnn

part yang agak sedih adelah -- bila berakhirnya Karnival di Felda Ijok, maka berakhirlah jugak kontrak tugasan Incik Boss bersama kami.. Incik Boss bakal berpindah ke Telco lain.. tidak lagi bersama kami selepas ni.. kepada kauorang yang selalu jejak ke diary kecil guwa ni mungkin  faham betapa erat dan kukuhnya ukhwah yang terjalin antara kami (pekerja) dengan Incik boss.. 

tempoh 3 tahun lebih kamiorang bersama, mengajar baaaaaanyak ilmu.. baaaaaanyak pengalaman yang kami dapat bersama.. dan Karnival di 9 site ni jugak sebenarnye adelah seumpama countdown buat Incik Boss.. jadi bila dah sampai ke destinasi terakhir ni memang sangat mencengkam jiwa dan ragalah.. 

guwa rasa guwa tak cukup kuat untuk pandang wajah Incik Boss bila sampai part Incik Boss akan bagi final speech nanti.. seriyesly guwa tak cukup kental.. 

Doakan kami ---- 

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)

sistem barter

25 November 16 Comments
Alhamdulillah dah selesai 3 lagi site Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar.. guwa rasa dah agak lama tak menjenguk ke sini.. maklumla agak sibuk dengan perkara² yang perlu diselesaikan untuk karnival..
Gap antara karnival site Felda Besout 1 (17 November), Felda Besout 2 (21 November) dan Felda Trolak Utara (24 November) tak jauh sangat.. tak sempat nak benafas la orang kata =P  tapi Alhamdulillah dah selesai jugak tempuh segala dugaan..
Site tempat guwa sendiri Felda Besout 2 selesai dengan jayanya.. guwa sangat bersyukur dikurniakan Team Kerja yang sangat ohsem.. walaupun masing² masih tak hilang penat, masih mampu tersenyum ceria je bantu untuk jayakan karnival tempat lain..

*************************************
Karnival di Felda Besout 1 :
-Alhamdulillah Guwa masih diberi kepercayaan sebagai cameraman bersama partner guwa (Asmah).. maka kami memang menggunakan sepenuhnyelah kuasa sebagai cameraman tu untuk snap segala apa yang ada =P

Karnival di Felda Besout 2 :
-Kat tempat guwa, Alhamdulillah cuaca sangat bagus dari pagi sampailah selesai sesi pemberian hadiah kepada pemenang.. lepas tu je baru turun hujan.. hujan rahmat barangkali.. hehe

Karnival di Trolak Utara :
-Sekali lagi guwa dan partner guwa Asmah ditugaskan jadi cameraman.. tapi masa di Trolak Utara ada sikit cabaranlah sebab awal pagi hujan turun.. sebelah petangnye pulak guwa diberi kepercayaan untuk jadi Pengerusi Majlis bagi Majlis Penutup.. dan Alhamdulillah sebab perasmi hadir awal.. dapat kami setelkan sesi closing awal..
*************************************

Guwa rasa Sistem Barter dalam kehidupan saaaaangat penting.. Senang cerita kena ada “give and take”, memberi dan menerima. Memang penting itu semua andai takde kita akan jadi pentingkan diri sendiri. Tak sudi menerima, apatah lagi memberi.. 
Guwa ingatkan diri sendiri supaya jangan sesekali lupa jasa orang lain yang pernah tolong kita.. tak kira lah sekecil mana pon bantuan yang diberi, jangan sesekali sakitkan hati insan lain.. selalu ingat frasa ni :

“what u give, u get back”

berbaki lagi 3 site.. doakan segalanya dipermudakan :)

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)


Bukan Pengemis Chinta

15 November 12 Comments


Mr H   : wahh lama tak dengar khabar.. sehat ke skang? Bile nak kawen ? ke dah bertunang ke cane skang ?

Hani  : err aku sehat Alhamdulillah. Belom kawen.bertunang pon belom.
so ko plak cane skang ni ? ummi dengan abah ade mendesak ape² ke about relationship ?

Mr H   : agak mendesak gak la... sebab adik pon dah kawen.. so calon terbaek aku adelah “kamu.. kamu.. kamu dihatiku”

Hani   : alah aku ni sape la.. u deserve someone better la.. hehe

Mr H : U are d best. Camne nak cari better :(
Ko pandai jaga family, adik beradik, community, comel... sgt comel... prihatin, caring..

Hani : ish aku ni tak pandai masak
tak reti amek hati
tak reti pujuk
tak reti nak romantik²
tak reti banyak benda la weyhh

Mr H : dan aku pulak --
tak perlu org tolong masak sebab pandai masak sendiri
tak perlu amek hati sebab berbesar hati
tak  payah pujuk² sebab aku akan pastikan ko je yang akan merajuk
tak  kisah bab romantik sebab aku akan pastikan every single second I will be romantica d amor for u –


bersambung nanti—
kehkehkeh

Pulun Kedah Pulun !

12 November 40 Comments

*loghat utara activated*

Alhamdulillah setel satu lagi Karnival Hari Terbuka kat Felda Gunung Bongsu 11 November aritu.. sekali lagi kami diuji hebat dengan faktor cuaca.. sampai je pepagi hari kat atas padang awam tu memang hangat la baq hang ! tambah plak hari sebelumnya hujan.. memang berselut abeh sampai ke lutut arrr jalan ataih padang tu.. phewww dugaan =.=

Guwa sekali lagi diberi kepercayaan untuk jadi cameramanwoman.. ini mungkin disebabkan faktor ke’terer’ran guwa yang berjaya menangkap moment² yang dianggap berharga.. berharga la sangat kononnya kan.. pada hal guwa dok fokus tang mana ada marka hensem.. ahakkss ~ jyeahhhh ! *kembang-kembang lobang hidong (perhh gila berbaur riak di situ) kehkehkeh

Tapi yang sebenaqnya guwa rasa bukan disebabkan ittew kot.. mungkin disebabkan guwa sangat tak malu dalam mencelah di khalayak ramai plus tak pedulik panas terik bahang mentari, itu yang menjadi punca kenapa guwa diletakkan sebagai insan terpilih untuk amek gambaq.. Nak kata smart sangat gambaq yang guwa amek tu tak la pon rasanya =P

Baaaanyak sangat aktiviti ada.. jenuh gak guwa dengan member guwa dok berlari berkejaran tengah panaih tu dok pulun nak amek gambaq segala aktiviti.. tak peduli dah hangat ka apa ka.. yang penting gambaq maw cun.. cheyyy cun la sangatt kan =P




dan hasilnya adalah muka guwa telah sunburn.. abeh jadi dayang senandung.. dah la tak berapa nak putih.. dok bejemoq plak sana sini p amek gambaq tetengah panaih, ha last² memang bebelang arrr wajah ku ini.. abeh turun saham seribu..uwawawawa


  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)

Maaf Encik Boss

08 November 38 Comments

Dear Diary ( konon² bajet omputih sangatla ni ana ? ahaksss ~ )


***********************************
Dalam meniti hari² mendatang yang penuh barakah ni sebenarnye banyak perkara baru yang kita dapat.. macam Encik Boss guwa selalu cakap :

“normally i will learn new things each and everytime i am with U”

Dan sebenarnye, kalo Encik Boss nak tawu, kamiorang pon learn a lottttttttt of new things since the first day u step in.. Encik Boss je yang tak sedar kot..
U teach us a lot. Sangat banyak..
terutamanya Lin, Sha and me. 

***********************************

Dan errrr sebenarnye.. errr Lin, Sha and me nak mintak ampun dan maaf dari Encik Boss sebab kamiorang prank Encik Boss dengan tepung + pewarna + telur + tolak dalam pool itu hari.. seriyesly kami sangat memohon keampunan.. 

"ampunkan kami penunggu gua.. ampunkan kami penunggu gua.." 



ampunkan kami Encik Boss.. sesungguhnye kami takde niat lain selain nak make it memorable.. tu saje.. uwawawawa 

Urus + Setia

07 November 25 Comments
Alhamdulillah dah setel Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti di Felda Sg Behrang pada 3 November yang lepas.. dua hari gak la kamiorang berkampung kat sana.. Banyak aktiviti menarik yang ada masa karnival tu.. semput gak la kalo nak listdownkan.. tapi takpe, guwa wrap-up kan dengan bantuan gambar je lah.. cuci mata nengok gelagat masa aktiviti =P



Angry Bird
 Giant Dam Ular
 Lucky Ducky 
Score Goal
 Bercerita kanak-kanak
Tarik King Queen
Paintball

Urusetia yang memang sangat setia depan camera =P

our beloved incik Boss =P
senyum leborrrrr aje ek incik.. eheee

event edisi Sg Behrang kali ni guwa lebih rileks dan enjoy gile arrr.. sebabnye guwa dengan partner guwa (Asmah) dapat part jadi cameraman.. so memang kamiorang bebasla berkeliaran sambil cucimata di segenap ruang karnival pada hari ittew.. sememangnyelah kamiorang sangat bersyukur sebab sepanjang karnival berlangsung pagi tak hujan.. tapi memang panas taktau nak kata la.. guwa dok repeat tanya soklan "skang jam pukul bape asmah ? dah pukul 1 ke ? " pada hal masa tu baru pukul 10.30 pagi.. dia punya panas perhh tak hengat.. tapi bila masuk je sesi petang, memang Allah turunkan hujan.. patutla pagi tu panas dia lain macam.. 

Alhamdulillah dah selesai pun karnival di Felda Sg Behrang.. punyela komited nak menjayakan event tu sampaikan ada antara Team Members demam la.. sebab cuaca agaknye.. panasss yang amat sangat pastu berlari-lari dalam hujan plak untuk menjayakan program tu.. guwa sangaaaat berdoa harap² dorang sempat recover lah sebelum upcoming event on this 10 November di Felda Gunung Bongsu, Kedah.. ada lagi 2---3 hari untuk pulun makan ubat betol² dan jaga kesihatan.. 

Sipbekla antibodi guwa kira masih mampu bertahan dalam meredah segala onak dan duri dan pertukaran cuaca.. Syukurrr Ya Allah :)

Dua site dah setel.. next event Jumaat ni will be at Felda Gunung Bongsu.. tunggu kehadiran rombongan cik kiah kami ! kehkehkeh

*kat sana guwa dengar bunyi² bahawasanya guwa dengan partner guwa (Lin) akan dapat part jadi pengerusi majlis... habes huru hara la karang kalo guwa dengan Lin dapat pegang microfon tu =P

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)

lukisan tangan

22 October 43 Comments

Baru-baru ni guwa dengan Team kerja guwa baru setel buat Karnival Jalurlebar kat Felda Sungai Kelah, Sungkai Perak.. Karnival atau Hari Terbuka ni jadi event wajib setiap Broadband Center under P1 wimax bagi suku terkahir tahun duaribuduabelas ni lah.. kira ini event untuk penutup tahun ni lah jugak..

setakat ni ada 9 site center yang under P1 wimax.. guwa jugak salah satunya.. event satu hari kat Sg Kelah itu hari memerlukan kamiorang datang awal satu hari sebelumnya lah untuk buat last preparation..

sampai tengah malam jugakla kamiorang buat kerja.. daripada balut hadiah + set up khemah untuk orang berniaga + khemah urusetia + ruang untuk pameran.. 

Besok paginya (13 Oktober) seawal jam 7 pagi kamiorang dah terpacak kat tapak karnival.. dengan ujian hujan lebat sepanjang pagi.. fuhhh memang dugaan.. dan macam biasalah event besar, konfemlah ada pembahagian tugas masing-masing.. 

mulanya guwa kena jadi cameraman untuk snap gambar segala benda masa hari kejadian.. tapi atas sebab² tertentu guwa kena handel booth face painting and cloth painting.. memula nerves gak guwa sebabnye mane la pernah guwa conteng muka orang.. ini bukan conteng sesedap rasa tu okeh ? ini conteng art punye cerita.. gile engko tak cuak ! tapi bila guwa dapat tau guwa kena handel booth tu dengan itu adik manisss Lin (member guwa) hilang rase debor weyhh ! 



kamiorang pun layannnnnkan je lah apa yang orang request.. dan majoritinya yang mai adalah kanak-kanak comel.. maybe sebab tengok kamiorang yang comel ni handel tu la deme mai ramai² agaknye.. hahaha gile perasan ko ana =P

dan sepatutnye painting ni should be "face painting " ---- kat muka tapi bila deme nengok guwa painting Bee comel tu kat tangan, pakat sua tangan jugak.. sipbekla jugak sebabnya kalo deme sua pipi, ketaQ jugak guwa nak lukih kat muka deme tu agaknye.. kehkehkeh

ada lagi 8 site yang belom setel.. 

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)
memang agak sibuklah bulan ni dan bulan berikutnya.. phewwww~ Semoga dipermudahkan segalanya hendaknya. aminnnn --- 


p/s : Encik Boss, i know u watching me and my diary.. semoga Encik Boss sihat selalu.. doakan segalanya dipermudahkan.. and if u read dis, plisss do leave some footprints yaaa.. need some motivation =.=

kerana zikrullah

18 October 17 Comments

" Selamat pagi wahai bidadari syurga..

eh takdelah awak.. saya pun insan biasa.. hambaNya yang lemah.. kadang-kadang saya menangis kerana Allah.. dan kadang-kadang bila membayangkan indahnya Syurga, saya senyum sendiri.. macam budak kecik pulak rasa.. hehe

awak.. jom kita solat Dhuha.. bila kita selalu buat sesuatu tu, akan jadi rasa rindu bila kita tinggalkan.. kan ? dan.. dekat syurga nanti ada 1 pintu yang dinamakan Dhuha.. khas untuk mereka yang melakukan solat Dhuha.. indah kan awak ? 

saya ni banyak kekurangan.. banyak kelemahan.. kadang-kadang saya menangis bila terfikir rumput yang kita selalu pijak tu pun sentiasa bertasbih dan berzikir memuji Allah.. kenapalah saya tak mampu untuk sentiasa basahkan bibir saya ni dengan zikrullah camtu.. semoga saya akan dipertemukan dengan insan yang mampu membimbing saya hanya keranaNya.. insyaAllah kan awak :) ... "


celik mata di hening subuh.. gosok-gosok mata.. check inbox dapat ayat camtu.. tak ke terasa tersentuh jiwa dan raga ? tak ke terasa bahagianya masih diberi peluang bernafas ? tak ke terasa betapa indahnya ciptaan Allah yang bernama Manusia ni pabila berada pada landasan syariat yang lurus ? 

semoga esok sentiasa ada untuk kita menginsafi diri ini :)



Tips | Hati Wanita

05 October 25 Comments

jangan gurau sebarangan dengan hati wanita. mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya HATI mereka mudah terusik.


"... jangan mengusik jika tidak berniat mahu memetik... "

bumi, matahari dan planet

04 October 24 Comments

Dari si suami,
Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari.Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku.Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang..Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasakan silauanku..Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku,Lalu.. relakanlah aku menyinari planet lain,Menyampaikan faedah adanya aku,Kerana sudah takdir illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

Balasan dari si isteri :
Suamiku, andai engkau memang mentari,Sang suria yang memberi cahaya,Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planetyang telah Tuhan ciptakan,kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu..DanAku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu..Akan TETAPIBila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,Janganlah engkau bermimpi untuk menyinari planet lain !!!Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum tentu sanggup kau terangi.Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengahRemang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…Cuba lihat siapa dirimu…MATAHARI atau LILIN ?Atau jangan-jangan Cuma mancis saja.Please lah.. jangan nak berangan --

guwa dapat dari fesbuk.. intro dia kemain lagi.. hehe. kalo bab nak menyinari planet lain, waaaahh kemain bermadah pujangga lagi die kan ? kalo mampu, silekanla.. tapi kalo hanya sejengkal lilin, baik try terangi bilik tido sendiri dulu la ye.. kehkehkeh

keputusan

03 October 34 Comments

tengah guwa khusyuk update daily report.  tetibe ringtone mesej kat henfon member guwa berbunyi ----

A : mesej kat B
B : tunjuk kat guwa mesej yang A bagi 

mesej A kat B :

"... korang, N tengah sedih sangat ni.. dia moody dari tadi.. tadi air mata dia tumpah masa luahkan kat saya. saya tak tahu nak buat camne ni.. jom kita bawak N kuar.. nanti mane tahu die sudi nak share problem dia tadi tu kat korang ke.. jom la.."

B pun terus kol N ajak kuar sesame.. setel keja, kamiorang pon gerak naik keta si A.. sampai destinasi. kamiorang pon pakat beli lah eskrem.. memasing beli perasa lelain.. saja takmo beli perasa sama sebab nak rasa yang lain-lain perasa =P

makan eskrem tangan bersilang-silang sebab pakat cedok sana sini.. belaga tangan sebab nak merasa orang tu orang ni punya.. kehkehkeh

sampai dah setel bedal eskrem, si N masih tak bukak mulut. dia memang lain dari dia yang selalu.. banyak diam.. tak banyak bunyi.. last-last member guwa si B dah tak tahan.. dia bukak mulut tanya..

B : nape aku tengok ko lain je ? macam penat sangat je arini.. 
N : emm biase la.. keje banyak tadi. kena cover training class lagi..
B : eleh yeke ? selalunye kalo ajak kuar, ko la paling exited.. tapi tadi tak pon.
     ko ade masalah ek ?? lain macam je aku tengok muke ko..
N : emm.. ala takde pape la.. penat keje je..
B : baik ko cakap cepat.. ko ade problem kan?? baik ko cite..
N : (muke dah lain.. air mata dah berlinang) ala takyahla tanye lagi dah.. 
B : cite cepat ko kenape.. aku tau ko ade sorok something.. 
N : *tahan air mata ---

A, B dan guwa tengokkan je N..

last-last N give up.. dia bukak mulut jugak..

yelah.. nak citela ni.. nahh (hulur galaxy note die -- baca mesej whatsapp dia dengan kekaseh hati dia)
banyak.. antaranya :

N : ".. awak dah ada calon lain ke?.."

kekaseh : "hermm.. "

N : "hermm tu maknenye ade la ey?"

kekaseh : "susahla awk.. banyak hati nak kena jage.. family lagi.."

N : "..dah lama ke awak berkawan dengan dia ? "

kekaseh : "lebih kurang sama macam saya kenal awak.. "

****************************************

susah jugak bila masuk bab family ni.. guwa harap si N tabah untuk hadap apa saja unexpected answer dari kekaseh hati dia.. dan guwa sangat berdoa supaya N tak down.. i know u can be better N ----

contoh najis besar ?

30 September 30 Comments

assalamualaikum..

weekend memang selalunya ada majlis kawen lah kan.. macam guwa ni kerja plak dalam felda, memang dah jadi aktiviti wajib hujung minggulah untuk pergi majlis ceni.. maklumlah orang dah jemput kena lah pegi.. tambah plak bab makan free kan.. memang sory lah guwa nak lepaskan camtu je.. kehkehkeh

minggu ni sorang lagi kawan sekolah guwa dah tamatkan zaman bujang.. Shahrizam namenye.. permaisuri hatinya orang Keratong 4.. last week majlis kat umah pompuan.. minggu ni umah shah plak..cite bab nikah kawen ni guwa teringat ada satu cite pasal bab nikah.. camni cite die :

"...cuti hari minggu yang lepas, aku pergi satu majlis akad nikah kawan pada kawan aku. Waktu tu aku bercuti kat kampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut lah sekali.
Masa tu majlis akad nikah dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok.. sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.
 Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit² untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam² jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.. errr ape kes aku plak yang malu besarr ??Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima".
Tok kadi tanya lagi, bagi contoh² najis kecil .. ?
dia pun jawab kencing baby yang kecik lagi.
Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.
Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu..bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi.tok kadi mula senyum.Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi',
tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. ciss ! Aku tak tahu apa yang jadi lepas itu tapi yang pasti majlis tu jadi kecoh sebab ramai orang sekeliling yang tengah minum air sirap waktu tu tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang.. aku pun sama, masa tu aku pon tengah baekkk punya dok layann air sirap tu, tiba² aku semburkan balik !dah kene member kat tepi².. kecoh jadinya.. aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi gila ! Tapi bila pengantin tu jawab "Taik Gajah" suasana jadi hingaQ terus dengan gelak ketawa orang yang dah takleh tahan.. nak control cemana ?? “taik gajah ?”besar betul najis tu !nak² bila gajah makan durian dengan bijik sekali..."

ha jangan dok gelak kat orang sangat. kena kat batang idong sendiri baru tau langit tinggi rendah. jangan taktau ada pengantin lelaki siap pengsan 2---3 kali masa nak akad nikah tak lepas²... sampaikan pak dia kena tulung urut belakang la baru buleh lepas akad nikah.. hehe




shahrizam dan isteri (sham) dikerumuni kami---kami kawan satu kelas dedulu.. tak lama lagi ada sorang lagi bakal menyusul.. semoga segalanya dipermudahkan.. amin ---

guwa ? errr doakan je ye. ada tu ada la nanti sampai kad jemputan ;)


sumber cite guwa dapat dari email.

Tips | cara mengorat sebenar

23 September 45 Comments


mempersembahkan  ------- TIPS MENGORAT EDISI… errr edisi benar kot =P

Maaf le kat entry sebelum ni guwa macam memain plak kan.. yelah kekononnye nak bagi Tips mengorat lah sangat kan.. last² takde pon.. ketiak wangi gak  yang ade.. ahakss =P

Tapi !

Ahah ade tapi kat situ.. macam ada aura telepati plak bila tetibe Ejam mai singgah pastu siap bagi tips mengorat Lenglui (awek) yang betol ! guwa pon terjahla kan.. wahhhh kemain meriah lagi tips ejam bagi.. haaa meh sini nak kongsi meh.. ada la sikit tips yang perlu diambil tahu kalo nak mulekan mengorat awek ni...

*tips ini selalunye untuk mengorat awek yang situasinye kite boleh jumpe die kerapla contohnye kat tempat keje ke.. kat kedai area rumah kite ke..
*kalo yang jumpe sekali je kat konsert jom heboh, keberkesanan untuk guna tips ni tak tahulah ye. It’s on your own risk. Ahakss =P

  • Senyum

Kalo muka jenis ketaaaaaat je, sory la bro. belom pape lagi dah nak buat muke ketaaat je kan ? manela awek nak sangkut bro. tapi takyah la dok semyuuuum manjang plak. Satgi awek tu ingat ada wayar shot ke hape.. naya plak.

  • Wangi

Ini harus! Macam ejam cakap la pompuan akan tertarik dengan bau wangi.. kadang² dia akan jadi rindu bau wangian yang tiap hari dia selalu bau.. pastu pulak kan,bila tiba² bau tu takde dalam satu hari, normally gegerl akan tertanye² dan rindu bau tu.. tak kisahlah pakai jenis ape.. asalkan wangi.
Part mulut, ketiak, kaki ape semua tu memang haruslah jugak wangi.kalo yang tu busuk, tak jadi jugak.

  • Segak / Kemas

Ha part ni memang kena jagala.. bukanla maksud segak tu wajib muka kena hensem. Pompuan ni sebenarnye dia bukanla pandang sangat rupa. Seriyesly, gegerl sebenarnye takdela sangat nak kejar yang hensem. Tapi memadailah kalo segak atau kemas. Paham dak ? dia macam biarlah muka macam pecah rumah sekalipon tapi usaha la pakai kemas², rambut janganla serabai.
Pastu plak, pakaian plak janganla jenis koyak kat lutut ke hape. Tu macam nak p konsert rock boleh la kot. Kalo tiap kali nak mengorat, ko pakai cantu rasenye baik lupekan je lah kot.

  • Caring / ambil berat

Ambik berat ni tak perlulah ko pegi amek penimbang berat pastu siap tanye plak lagi berat awek tu bape kilo.. kalo camtu sah-sah dapat penampar free je kot =P
Kalo kebarangkalian ko terserempak dengan die tu banyak kali, ko spontan je tanye contohnye :

“dah makan ke ?” die plak jawab “haah baru je dah tadi”
Pastu jawabla “ala dah ke ? baru nak belanje”

konfem die senyum manje je. Pastu next time try la ajak betol² plak. Tapi make sure ko belanje la. Janganla pulak die yang bayar. Memang tak dapat arrr kalo camtu =P

okeh cukup takat ni dulu.
nanti guwa sambung.
membantu tak kali ni ? =P

* Ejam , jangan marahh ha. guwa eksploitasi tips yang lu kasi ;)
demi membantu kawan guwa tu. kehkehkeh