FREE | Daftar Lesen SSM Secara Percuma
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
(SPPP): Daftar SSM Percuma Untuk Golongan Ibu Tunggal, Belia & Pelajar
Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
(SPPP) dengan memperluaskan tawaran di bawah Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan
(S1P1P) kepada golongan belia dan ibu tunggal pada 23 Disember 2020.
Pelancaran
ini adalah lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato Sri Alexander Nanta
Linggi di sidang Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020.
YB
Dato Sri Alexander berkata di bawah SPPP, belia dan ibu tunggal dari golongan
B40 berpeluang untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma di SSM.
Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan
Prihatin (SPPP) SSM?
Skim
Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah manfaat skim pendaftaran SSM
percuma yang pertama kalinya dibentangkan melalui sidang di Dewan Rakyat pada
15 Disember 2020.
Ia
bertujuan membantu golongan belia dan ibu tunggal untuk menceburi bidang
perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan
harian seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan dan ekonomi
negara.
Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.
Cara Daftar SSM & Renew Lesen
Syarikat Online Melalui Portal EzBiz
Cara Daftar SSM & Renew Lesen
Syarikat Online Melalui Portal EzBiz
Daftar di Portal EzBiz SSM
·
Layari laman
web https://ezbiz.ssm.com.my/
·
Sila tekan
butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
·
Pada ruangan
ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
·
Masukkan
nombor kad pengenalan dan nama penuh pada ruang yang disediakan.
·
Tekan
REGISTER.
·
Anda kini
telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan
di SSM.
Akan terima email daripada SSM
·
Log masuk
pada portal EzBiz SSM (masukkan username & password).
·
Klik pada user
profile.
·
Klik pada
user verification.
·
Muatnaik
dokumen yang diminta :
o
Kad Pengenalan
Depan & Belakang ( dalam 1 pdf)
o
Lesen
Memandu / Bil Elektrik / Apa2 Bil (yang ada alamat terkini)
o
Selfie Pegang
Kad Pengenalan
·
Setelah muatnaik
semua dokumen tekan butang hantar / submit.
·
Status akan
menjadi “in proses”.
·
Perlu tunggu
24 – 48 jam untuk pengesahan daripada pihak SSM.
·
Setelah dokumen
disahkan, status permohonan akan jadi “approve”.
·
Jika status “pending”
, bermakna perlu klik pada gambar pensil di hujung (akan keluar penerangan
kenapa status pending & perlu lengkapkan & tekan hantar semula untuk
pengesahan)
·
Jika status “approved”
boleh klik pada “My Business Service” kemudian lihat pada New Business Registration
& klik “New Business”.
·
Lengkapkan
maklumat yang diminta & pada bahagian bayaran boleh pilih “Skim Pendaftaran
Perniagaan Prihatin” (PERCUMA pada 3 golongan yang dinyatakan)
· Setelah siap isi semua bahagian, permohonan akan diproses dalam tempoh 24-48 jam & boleh muat turun dan cetak dokumen Lesen Pendaftaran SSM anda.
Sepanjang tempoh PKP , SSM menggalakkan orang ramai menggunakan urusan secara dalam talian dan jika ada sebarang pertanyaan :
Untuk maklumat lanjut atau sebarang
pertanyaan, sila hubungi talian hotline SSM di 03-7721 4000, atau e-mel ke
enquiry@ssm.com.my.
Dapatkan info terkini melalui media
sosial rasmi SSM:
www.facebook.com/ssmofficialpage
www.twitter.com/ssmofficialpage
www.youtube.com/ssmofficialpage
www.instagram.com/ssmofficialpage
https://t.me/ssmofficialpage
Sumber : Cara Daftar SSM Online