Nak pergi Krabi?

Baru-baru ni kawan kerja aku (dari site lain) 
berpeluang menjejakkan kaki ke Thailand. 
Aku pulak? 
Macam biasalah.
Masih duduk kat kerusi dalam ofis tu. 
Hadap kerja-kerja harian. 
Punya tak bes life aku ahahaha



Kawan aku si A ni berpeluang p ke sana pon,
disebabkan dia ikat perut beberapa bulan 
untuk saving tabung ayam dia semata-mata nak pergi ke sana. 
Dah lama dah teringin katanya nak pergi 
dan akhirnya dapat jugak dia merealisasikan impian dia.

Si A pergi bawak kereta sendiri aje ke sana. Dua buah kereta. Satu dia drive dan satu kereta lagi adik dia drive. Pergi satu family dia. Saja nak cuba bawak kereta sendiri katanya. Aku pun belum sempat soal jawab dia lagi tentang pro n cons membawa kenderaan sendiri ke negara orang. Nanti kalau dia agak free sikit, aku buat sesi soal jawab. Kalau engkorang ada soalan drop kat komen nanti aku tolong tanyakan. Pengerasnye senang je : belanje kepsi kehkehkeh =P

Pastu dapatlah seketul coin purse yang comel ni special edition dari Krabi. Tak dapat jejak kaki, dapat orang yang tak lupa kat kita masa dia p travel pun jadilah nakkkkkkkk hehehe

Nak tunggu aku p sana entah bila aku pon tak tawulah nak cakap. Banyak kali jugak aku dok bercakap pasal ni (pasal nak travel jauh tapi .. ermm tapi... ermm ) 

Maybe one fine day. 
Gittewwwww =P




9 Lovenote(S):

  1. Tak nak, nk pegi yurop. Hahaha

    ReplyDelete
  2. laaa ingt ana nk ajak ka... baru nk angkat tgan..nk ikut

    ReplyDelete
  3. Insya Allah...boleh...tapi memang kena simpan duit....baru puas shopping di sana....

    ReplyDelete
  4. nak pergi ke satu hari nanti?
    nak ikutt boleh? hehehe :D

    ReplyDelete
  5. waaa...bestnyer dia leh g skali ngn family dia....sonok tuhhhh hehehhe

    ReplyDelete
  6. Krabi adalah antara tempat yg teringin nak sampai, tapi bukan yg list atas laa...
    Banyak lagi tempat ada atas dri Krabi...
    Tokyo contohnya...hehehehe

    ReplyDelete
  7. Krabi kawan2 kata dekat sempadan.. bahaya. ada jugak kawan ajak pergiihuhu

    ReplyDelete
  8. Krabi aku dah sampai. Tapi kalau kat pulau2 terkenal tu memang penuh giler org la kalau kau pergi sana. Macam pasar malam ramai dia..hahaha...Nak pergi sana tak berapa best kalau nak snorkelling semata2 sebab ikan x banyak, air pun biasa2 je. Cuma view pulau2 dia je lawa utk amik gambar.

    Tapi, byk lagi yg boleh buat kat Krabi, macam naik gajah ke, water rafting ke, Kayak ke..... Kalau macam water rafting tu best gak la sbb rasa mcm naik roller coaster tapi dalam air. Kayak pulak bestnya sebab dia punya berkayak tu siap masuk dlm gua. So, tu je aku nak citer...hahaha...

    ReplyDelete
  9. wuu, krabi in list untuk pergi. hehe

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu