Jeruk Kulit Cempedak / Mandai

31 July 15 Comments

 


Iye kulit cempedak boleh dimakan tapi perlu ikut langkah yang betul lah hehehe

Jeruk Kulit Cempedak atau disebut juga sebagai Mandai adalah satu makanan Kaum Banjar.

Nak menyediakannya mudah saja cuma perlukan sedikittttt kerajinan hehehe


BAHAN-BAHAN MANDAI GORENG (KULIT CEMPEDAK GORENG)

-Kulit cempedak perlu dibersihkan dahulu (buang bahagian kulit luar hijau berkerutu)

-Jerukkan kulit cempedak dengan cara letakkan lebih kurang 4 sudu garam ke dalam bekas berisi air.

-Dijerukkan lebih kurang 1 - 2 minggu untuk melembutkan kulit cempedak.

-Ambil kulit cempedak yang sudah dijeruk, perahkan airnya hingga kering & dihiris kecil-kecil.

-Potong bawang besar & cili.

-Tumiskan bawang besar,cili & ikan bilis hingga layu. 

(makin banyak bawang,cili & ikan bilis, makin sedap)

-Masukkan kulit cempedak yang dihiris kecil tadi (tak perlu masuk garam kerana dijeruk sudah masin)

-Masak dengan api sederhana & hingga garing. 


Mandai Goreng Garing tadi, kita lawankan pula dengan sup tulang.

Makan nasi panas waktu hujan sejuk-sejuk fuhhhh tak pandang belakang dah! hehehe



Javanese Mee

31 July 11 Comments




Disebabkan hujan turun bermula dari semalam, cuaca sejuk nyaman je.
Syukur setelah terasa lama bumi kering takda hujan turun.
Rumput-rumput dan pokok bunga pun banyak kering layu.

Dan Alhamdulillah juga buah pulasan sudah boleh dituai hasilnya.
Dapat juga berbagi merasa sorang sikit sesama jiran.

Buat juga Mee Rebus / Mee Jawa & kongsi juga dengan jiran.
Mee Jawa ke tu? Mee Jawa tak berapa nak Jawa sebab bukan orang jawa yang buat hehe



Jangan Simpan

30 July 13 Comments

 


Jangan simpan barang yang tak dipakai.
Orang perempuan selalunya banyak barang ni.
Orang lelaki selalunya tak banyak sangat.
Mencari harta dan kekayaan tak salah.
Mengumpul & menghimpun harta hingga tak terpakai itu yang tak betulnya.

Jom kita sama-sama check koleksi yang kita ada.
Mana-mana yang dah lama tak digunakan, jom kita berbagi.
Barang make up, tipuware, koleksi panggan mangkuk cawan, koleksi tudung.

Jual pre-love, berbagi pada saudara atau hantar ke pusat pengumpulan.
Moga kita sama-sama dapat kumpul pahala menambah berat amal kita kan?

Jom Berkungfu

30 July 14 Comments


 Ini permintaan Bong. Teringin nak makan Kueh Teow Kungfu katanya.

Salah satu kegemaran Mak juga jenis K.Teow Kungfu / K.Teow Ladna.

Ini versi kungfu hasil di dapur rumah kita sendiri, kita campak-campak saja bahan apa yang ada hehe

Syukur hujan membasahi bumi di Selatan Perak yang sudah agak lama kering takda hujan.

Cuaca sejuk-sejuk dapat menghirup kuah panas-panas nikmat sungguh.

Moga dipermudahkan urusan kita semua aminnnn

Jika Mampu...

29 July 8 Comments

 


Dalam hidup ni ada banyak pilihan. 
Jika kita mampu, jadilah orang yang redha.
Redha dengan apa saja yang berlaku.
Bukanlah maksudnya redha mengalah kalah.

Redha maksud di sini - kita ajar hati kita supaya terima takdir Allah.
Apa saja yang berlaku sama ada baik atau buruk, semua dengan izin Allah.

Kita perlu belajar terima walaupun pahit.
Biar kita didik hati kita supaya selalu rendah diri.
Kita bukan siapa-siapa untuk memberontak.
Belajar berdamai dengan keadaan.

Mungkin kita rasa teruknya ujian ni.
Takpa, percayalah ada orang lain lebih berat ujian daripada kita.
Yakin je InshaAllah mesti ada sesuatu yang indah di depan sana.

Apa pun yang jadi harini, terus kuat melangkah okay?
Kita hadap sama-sama, kita kuatkan jiwa okay?



Jom Berkungfu

29 July 2 Comments

 


Ini permintaan Bong. Teringin nak makan Kueh Teow Kungfu katanya.

Salah satu kegemaran Mak juga jenis K.Teow Kungfu / K.Teow Ladna.

Ini versi kungfu hasil di dapur rumah kita sendiri, kita campak-campak saja bahan apa yang ada hehe

Syukur hujan membasahi bumi di Selatan Perak yang sudah agak lama kering takda hujan.

Cuaca sejuk-sejuk dapat menghirup kuah panas-panas nikmat sungguh.

Moga dipermudahkan urusan kita semua aminnnn



Japanese Karaage Chicken

28 July 10 Comments

 



Resepi Japanese Karaage Chicken yang sebenar adalah goreng deep fry tanpa marinate.

Tapi yelah resepi kita, terpulang pada citarasa kitalah nak olah ikut sesedap tekak kan? hehehe

Untuk kalini permintaan Bong nak ayam goreng tapi ada special coating (corn flakes).

Iye cornflakes yang kita guna untuk sarapan & buat biskut raya tu.

Celupkan je daging ayam yang kita potong ikut saiz yang kita suka ke dalam telur.

Kemudian salutkan dengan cornflakes hingga menutupi daging ayam & deep fry kan dia.

Kalau rajin lebih, boleh buat double coating lagi rangup sedap marvelessssss! 

Boleh makan meratah begitu saja, makan-makan panas-panas sekejap saja licin hehehe


Jenuh Tunggu

27 July 9 Comments

 

Anda masih ingat Tragedi Bong Kemalangan ?
Bong adalah panggilan untuk adik Bongsu aku si Aiman.
Kisah pasal kemalangan tu aku pernah kongsi Fuhh Syukur Panjang Umur Bong! 
Tragedi  tu berlaku pada Februari 2024 yang lalu.

Bersyukur sangat Bong masih dipanjangkan umur.
Hanya motorsikal Bong saja 70% (beberapa bahagian pecah & patah).
Disebabkan banyak juga yang perlu diganti, kami nekad untuk claim insurans.

TAPI 

Proses untuk buat tuntutan insurans kemalangan motor / kereta bukan mudah.
Ramai memang sudah sedia maklum, proses akan ambil masa berbulan lamanya.
Dan yesss ia sangat perit jika hanya SATU tu saja kenderaan yang kita ada.
Untuk kes Bong ni, syukur juga masih ada kenderaan lain untuk pergi kerja.
Jadi masih boleh berulang pergi kerja walaupun jiwa gelora memikirkan motor dia.



Dan setelah 5 bulan sengsara menunggu, akhirnya harini 27.07.2024 siap juga motor Bong!
Hantar masuk bengkel Februari 2024 - siap semula Julai 2024 ( 5 BULAN ! )

Mak kata : "Kalau orang mengandung, daripada belum nampak perut, sampai dah nak dekat beranak baru selesai siap motor Bong ni" 

Orang kata kena kerap check dengan workshop tu & insurans tu.
Ye itulah yang Bong & Aku buat.
Kerap pergi check ulang bengkel tu & tanya bila boleh siap.
Sampai Uncle Bengkel tu bagi nombor orang insurans suruh call push jugak.
Aku & Bong call nombor insurans tu tapi harammm tak pernah berjawab.

Takpe takpe. Ini hari engkau buat macam tu kat kami.
Doa orang teraniaya tiada hijab.
Kalau harini kita susahkan orang, nanti Allah balas setimpal silap-silap lebih lagi.

Okay Bong dah boleh senyum lega sebab tenggiling merah dia dah kembali sihat hehehe

Jalan Pasar Pagi

27 July 5 Comments

 



Seronoknya jalan-jalan ke pasar pagi / pasar hari bukan apa.
Dapat cuci mata ada pelbagai jenis ulam yang segar!
Lauk basah macam udang, ketam, sotong & ikan pun segar-segar!

Tak kurang juga segala ikan kering,ikan masin, sotong kering, udang kering.
Segala jenis mak nenek basah dan kering mudah nak cari di pasar pagi.



Tak lepaskan peluang tapaw juga yong taufu tapi perlu kesabaran tinggi.

Nak kena beratur panjanggggg sebelum dapat peluang untuk kutip-kutip yongtaufu tu.

Bukan takda orang lain yang jual tapi kuahnya tu yang "berhantu" & sanggup tunggu.

Pernah beli dari yang lain tapi kecewa kuahnya kurang pekat & kurang menepati selera.


Jantan Keparat

25 July 9 Comments

 


Segala macam rasa marah, sedih, kecewa semua ada bila terbaca perkongsian ni.

Dah lah tak pernah tanggung beri nafkah untuk anak isteri,

Ehhhh suami minta isteri buat loan atas nama isteri - untuk suami beli superbike!

Emang dasar jantan keparat apa ini ya?

Aduhai moga dijauhkanlah ujian sebegini pada keluarga kita.

Permudahkanlah urusan golongan insan-insan yang teraniaya macam ni T__T


Jaga Kesihatan

24 July 13 Comments

 


Terasa baru je lagi aku update berkenaan Maaf Tumpas masa awal Mei haritu.

Dua hari yang lepas, sekali lagi hidung & tekak aku terasa perit.

Ada gejala yang sama jugak macam awal Mei haritu.

Untuk kejadian diserang demam dalam jarak 2 bulan macam ni,

ia agak kurang menyenangkan untuk aku disebabkan belum pernah lagi terjadi macam ni.

Di kalangan rakan sekerja aku, aku adalah antara orang yang jarang demam teruk.

Batuk selsema sikit-sikit tu memang biasalah.

Untuk diserang demam yang sampai pening lalat & perlu baring saja tak boleh buat kerja.

Itu sangatlah bukan aku. 

Hurmmm apakah benar teori konspirasi yang digembar-gemburkan selama ini? hurmmm¬

Jaga kesihatan sahabat semua.



Jadi Beginilah Lauk Orang Kampung

22 July 19 Comments



Lauk ikan puyu goreng rangup cicah cili kicap (terlior masa singgah Blog SA).
Jadi kita tiruvasi menu SA sambal udang petai (tapi takda pic cili kicap) hehehe

Beginilah lauk orang kampung rakyat marhaiennn.
Jika masa hidup di Bendang (Sawah) dulu, Mak & Abah kata makan kena berjimat.
Al-maklumlah bukan orang senang jadi tak boleh memilih.

Apa saja ikan yang boleh ditangkap itulah menjadi lauk.
Apa saja ulam-ulaman di sekiling rumah, itulah dibuat juadah.

Dan mungkin sebab itu juga orang dulu-dulu jarang sakit demam.
Makan semua homemade & bekerja kuat (keluar peluh).

Orang sekarang, kerja banyak duduk (kurang keluar peluh)
Banyak stress, tekanan di sana sini.

Moga dipermudahkan urusan semua dengan kehidupan seharian aminnnnn :)



 

Jaga Privasi Hidup Kita

22 July 16 Comments


Bahagia kita, jangan dicanang sebab bukan semua orang suka.
Senang kita, jangan dicakap sebab bukan semua orang boleh terima.
Baik kita, jangan diungkit sebab bukan semua orang selesa.
Apa yang kita rasa, itu untuk kita..
Apa yang kita buat, itu juga untuk kita..
Kita tak buat untuk orang maka tak perlu nak orang lain rasa..
Privasikan sedikit hidup kita daripada orang lain..
Supaya tidak terkena hasad mata orang..
Kebahagian, kesenangan & kebaikan kita cukup untuk kita & Dia Yang Maha Tahu..





 

Jangan Buang Peti Ais Rosak

19 July 18 Comments

 


Ini lebih terpakai kalau tinggal di rumah jenis kampung (sebab rumah kampung lebih luas).
Peti Ais yang rosak usah dibuang & boleh digunakan untuk simpan stock bahan kering macam ni.

Cik Ti & lain-lain haiwan perosak pun susah nak akses masuk dalam peti besi ni.
Kalau rumah di bandar kurang sesuai disebabkan ruang yang sangat terhad.

Jadi lebih mudah gunakan rak troli lebih mudah nak gerak sana-sini hehehe




Jadi Mudah Buat Bubur Asyura

19 July 9 Comments

 


Kisah semalam sempat turut serta Program Bubur Asyura bersama dengan pesatuan penduduk di kawasan sekitar Kampung Ayer Kuning, ChuiChak Teluk Intan. 

Bergabung sekali dengan belia dan Kelab Rukun Tetangga. 

Ramai-ramai gotong-royong, kerja pun jadi mudah hehehe


Selesai dua periuk besar, semua dimasukkan ke dalam bekas & diminta tabur biji bijan.

Dapat lebih kurang 300 bekas untuk diagihkan pada komuniti sekitar.


Aku lebih suka makan tanpa tabur biji bijan. 

Makan suam-suam atau sejukkan sekejap ke dalam peti ais, memang sedap.





JKPTG Cara Isi Urusan Tanah Si Mati

18 July 11 Comments

 




Tahun sebelum-sebelum ni, apabila ada kematian seseorang pemilik tanah, waris si mati perlu dapatkan borang di Pejabat Tanah tapi bermula pada tahun 2017 semua urusan pengisian permohonan pertukaran hak milik tanah perlu dibuat secara online menggunakan sistem yang dikenali sebagai MyEtapp.

Kemudian pada 20 November 2023 , sistem MyEtapp telah ditambahbaik dan segala urusan perlu menggunakan sistem terkini pada laman web https://www.myland.gov.my 

Namun begitu, sistem tersebut masih terdapat beberapa item masih dalam penambahbaikan dan sistem MyLand dapat diakses dan digunakan secara penuh bermula 16 Julai 2024.

Jadi, untuk yang terkini, segala urusan pertukaran hak milik tanah perlu menggunakan sistem MyLand dan tiada lagi borang secara manual.

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui email : myetappsupport@jkptg.gov.my 
Urusan email boleh dibuat Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 5.00 petang) supaya urusan mendapat respon segera.

Aku dan rakan setugas yang lain turut terlibat sama dalam usaha membantu komuniti sekitar seandainya ada yang memerlukan bantuan untuk urusan ini.

Aku ada juga terima aduan beberapa orang komuniti yang mengatakan bahawa, terdapat segelintir petugas di beberapa Pusat Komuniti yang mukanya agak ketat melayan komuniti yang datang buat urusan. 

Buat masa ni aku ambil maklum & kumpulkan maklumat.
Kemudian kita serahkan pada pihak yang sepatutnya.

Kita ni jika bertugas di barisan hadapan, penat macam mana pun, muka harus manis.
Kalau rasa menyampah nak layan customer, berhenti je. 
Ramai lagi orang lain yang boleh lebih manissss bertugas di kaunter hadapan.

Tanyalah pada sesiapa pun, mesti tak suka dilayan endah tak endah atau kasar kan?
Tambah pula urusan selepas kematian.



Jangan Pernah Persoalkan

18 July 5 Comments


Kehidupan ni diuji dengan pelbagai keadaan.

Ada yang sudah kahwin berbelas tahun tapi belum masih ada anak.

Ada yang sudah kahwin, ada anak, kemudian diceraikan suami.

Ada yang sudah kahwin,ada anak, isteri buat hal di belakang suami.

Ada yang sudah kahwin,ada anak, hidup PJJ, suami buat hal.

Ada yang belum kahwin, kerana perlu jaga ibu ayah meniti hari tua.

Ada yang belum kahwin kerana pernah kecewa disakiti insan yang disayangi.

Setiap hari pun ada pelbagai episod kita perlu tempuh.

Ada manusia suka tanya sindir-sindir.

Ada manusia suka bercakap-cakap di belakang.

Ada manusia suka tanya direct berdepan muka, kerana taknak buat dosa katanya cakap belakang.

Takpa biarkanlah apa juga orang kata, kita tetap terus buat kebaikan.

Bukan untuk siapa-siapa tapi untuk keindahan kita pada masa depan ;)