Mana Menghilang?

09 March 21 Comments
Hai engkorang. Moga sihat hendaknya. Phewwww terasa lama tak berkongsi apa-apa di sini. Februari takda entry langsung ? Sibuk mengalahkan menteri engkau ni Ana kehkehkeh. Maaf ye sebab tiba-tiba arahan datang tanpa di duga. 

Takda hilang ke mana pun sebenarnya sebab masih bekerja di tempat lama dengan gaji yang lama juga. Cuma haritu jadual agak padat dengan Program Kursus bermula 03 hingga 06 Februari di Lost World Of Tambun Ipoh,Perak.

 Tugasan Pertama : Treasure Hunt dalam Lost World Waterpark
Perlu fahamkan clue yang dijumpai & selesaikan untuk dapatkan lokasi terakhir harta karun.


 Tugasan Kedua : Setiap pasukan perlu hantar wakil untuk dapatkan Clue
 tapi dengan syarat perlu naik dalam swing ship tu. 
Kumpulan aku pilih aku arghhhhhhhh aku gayaaaaaaat !

 Tugasan Ketiga : Water Sport 
Perlu keseimbangan & fizikal & kerjasama yang kuat
Sebab setiap ahli pasukan perlu berenang ke seberang sana ambil gulungan tali & clip pada life jacket & berenang semula sampai ke rakit & pass pada ahli seterusnya.
Letih gilaaaaaaaaaaa tugasan yang ni. 
Tugasan Keempat : Rampas !!!

Ini paling aku benci sebab kena hati kering walaupun semua akan basah kat air tu.
Perlu rampas 'foam pool noodle' tu sebab setiap pasukan (4 orang) diberikan 1 benda tu.
Jadi setiap team perlu usaha jaga pelampung masing-masing jangan terbalik dalam masa yang sama perlu rampas dan dapatkan foam pasukan lain. Masa ni tak peduli kawan dah. Demmmmmm semua pentingkan kemenangan je masa nih hahahaha benciiiiiiiiiii~

Tugasan Kelima : Create The Pirate

Yang ni setiap pasukan kena rebut alatan yang disediakan di atas pentas.
Dan perlu hasilkan alatan bertemakan Pirate mengikut cabutan undian.
Ada team yang kena buat 'Pirate Ship'
Ada team yang kena buat 'Pirate Costume'
Malam Akhir pakat melaram bertemakan Pirate Of The Carribean


Dannnn alhamdulillah Pusat Internet aku sekali lagi berjaya mencapai KPI individu terbaik dan terbaik keseluruhan untuk sepanjang tahun 2019 yang lalu. Walaupun aku banyak kali mengadu kat engkorang itu ini, alhamdulillah masih terselit rezeki di situ. 

Mohon doa dari semua agar Projek Pusat Internet ni akan diteruskanlah tak kira siapa pun memerintah sebab Pusat Internet ni dah menjadi hub paling penting dalam petempatan Felda macam di tempat aku ni sebab agak jauh untuk ke bandar kalau semata-mata nak gunakan komputer dan kemudahan internet.

Moga baik-baik sajalah Negara Malaysia.

Jom Fly Drone!

13 January 24 Comments
Hai semua ! Permulaan Tahun 2020 diteruskan lagi dengan Videography , Photography and Drone (VPD) Training. Untuk yang baru singgah ke blog ni, salam kenal & terima kasih ya sudi tersinggah ke sini hehehe. Saya Anamizu (Ana) dan bekerja sebagai petugas Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd (a TM Unifi company) semenjak tahun 2010 hingga kini 2020.



Dua hari Short Course yang padat gila tapi apa pun tetap syukurrrrrrr sebab dapat peluang belajar TIGA ILMU BARU :

1)Drone Take Off and Landing
2)FilmoraGo Software (Video Editing)
3)DSLR Canon EOS 250D

Set Drone Mavic Pro 2 yang dibekalkan untuk dikongsi 9 lokasi antara kami cukup membuatkan rasa teruja gila! Maklumlah nak beli sendiri memang idok mampu. Jadi peluang yang datang jangan di sia-siakan hehehe


Jalan Baru Buat Dia

09 January 10 Comments
Hai engkorang. Macam di entry sebelum ni aku kongsikan DUA cerita suka kan? Untuk entry kalini ada satu cerita suka yang bercampur sedikit hiba. Bukan apa. Kisahnya begini -

Selepas je selesai Majlis Pernikahan partner kerja aku si Wawa, aku dan #TeamGegerls terus beransur cepat-cepat sebab kami ada majlis lain pulak yang perlu diselesaikan.

Dan majlis kalini bukan biasa-biasa sebab melibatkan PERPISAHAN DUA ORANG SEKALIGUS iaitu Majlis Perpisahan Rihan dan juga seorang lagi Kak Aini.

Rihan dan Kak Aini merupakan rakan sekerja yang sama-sama bermula bertugas sejak Februari tahun 2010 dulu lagi dengan aku. Kami yang Batch Asal Team Pusat Internet ni hanya tinggal TIGA ORANG sahaja lagi.

Lain-lain semua staff baru. Pihak Pengurusan pun sudah bertukar tangan beberapa kali. Aku je masih teguh setia lagi walaupon sudah masuk tahun ke sepuluh.







Macam biasalah #TeamGegerls selfie-wefie sebelum sesi sedih nanges-nanges huhuhu. Yang ni #TeamGegerls buat Special Celebration Private Farewell Party kat hotel room sebab nak Pillow Talk lama-lama sambil baling-baling balloon gittewww~ 

Ini pulak Majlis Farewell bersama-sama dengan keseluruhan petugas bersama pihak pengurusan yang turun padang hadir dari HQ Petaling Jaya. Seronok bercampur hiba sebenarnya. 

Seronok - sebab dapat bertukar bidang dan tugas persekitaran yang baru yang lebih segar dengan cabaran-cabaran baru.

Sedikit Hiba - sebab yelah terpaksa buat pilihan untuk meninggalkan #TeamGegerls yang selalu menceriakan suasana kerja tak kiralah apa juga dugaan dan cabaran yang datang.

DUA majlis perpisahan berbeza buat sahabat sekerja dalam satu Team Yang Sama.

Perpisahan Rihan.
Perpisahan Aini.

Majlis Perpisahan kalini jadi berganda lah rasa sedih bercampur hiba tu sebab DUA ORANG sekali perlu pergi meninggalkan team kerja dan berhijrah ke tempat lain. Moga lebih maju dan padu di tempat kerja yang baru. Dengan suasana dan sahabat baru di sana.

Itulah kisah Jalan Baru Buat Dia.
Moga jalan baru buat kita juga tak kurang indahnya. Kan?

Januari Dua Puluh-Dua Puluh

07 January 10 Comments
Hai semuaaaaaaaaaa! Tak lambat lagi rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru 2020 ! Tahun baru kalini bermula dengan beberapa episod cerita yang bercampur rasa. Ada gembira, ada sedikit suka bercampur hiba tapi walau apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan juga tak gitu kan? hehehe
Cerita Suka Pertama : Rakan Sekerja aku yang terkini (Partner Yang Kelima) iaitu Si Wawa dah selamat majlis perkahwinannnya pada 14 Disember 2019 yang lalu. Setelah beberapa tahun menyemai cinta yang penuh suka duka onak duri terpaksa diharungi akhirnya sampai jugak ke jinjang pelamin. Waktu majlis ni berlangsung sebenarnya bertindih tarikh dengan beberapa Program Cuti Sekolah yang sedang berjalan pada waktu itu.

Dan macam biasalah aku tetap perlu selesaikan segala program yang sudah diatur atas arahan pihak atasan walaupun terpaksa harung segalanya sendirian. Wellllllll muka aku ni memang dah selalu sangat kena hadap kerja sorang diri semenjak bertukar-tukar rakan sekerja sebanyak LIMA orang tapi I olls tetap redha sebab muhasabah diri bahawa Allah akan bagi sesuatu yang indah nanti di akhirnya gittewww hehehe

***************************************************


Cerita Suka Kedua : Selesai sahaja Majlis Walimatul'urus partner kerja aku si Wawa tu, beberapa hari berikutnya masa aku tengah sibuk dengan urusan program di tempat kerja tiba-tiba datang seorang Abang Delivery dan serahkan bouquet tu pada aku. 

Disebabkan si Wawa masih bercuti kahwin, jadi aku lah yang perlu terima sebarang penghantaran. Masa sampainya Abang Delivery tu, aku tak perasan hinggalah salah seorang peserta program bagi signal pada aku yang ada seseorang sedang berdiri di depan pintu dan tak dapat nak buka pintu sebab dua-dua tangan sedang pegang flower bouquet dan sebelah lagi pegang kotak kek.

Aku agak barang tu untuk partner aku si Wawa lah sebab dia yang baru kahwin & mungkin delivery ni daripada sahabat-sahabat dia yang tak dapat hadir masa majlis dia.

Tapi no no no aku silap. Surprise Delivery tu untuk aku !
Dannn aku tak tahu siapa pemberinya! Aku iye-iye cakap Abang Delivery tu main-main dengan aku sebab banyak kali aku bagitahu Wawa masih cuti & lebih baik terus hantar ke rumah Wawa sebab Pengantin Baru bercuti Dua Minggu. 

Tapi Abang Delivery tu cakap ini semua bukan untuk Wawa. 
Untuk Ana katanya.
Ahhhh sudah. Aku paksa dia bagitahu daripada siapa tapi dia kata amanah tetap kena pegang.
Aku bukan apa, disebabkan zaman sekarang ni macam-macam perkara boleh berlaku, itu yang buatkan aku tak berani sebarang terima. Buatnya tiba-tiba ada virus antrax ke, bom ke ape ke dalam tu tak ke naya nanti. Pastu aku takut kot-kot ada yang mendrem aku ke nanti bila makan terus jadi gila bayang tak tentu pasal. Hahhh naya weyhhhhh hahaha (paranoid nya aku)

Aku suruh Abang Delivery tu bawak balik je lah sebab aku tak berani terima kalau tak tahu siapa pemberinya tapi dia cakap tak boleh. Ini amanah dan dia perlu sampaikan dan perlu ada bukti barang tu sudah selamat diterima. 

Penyudahnya ? Aku terpaksa ambil jugalah tapi aku tak berani makan segala chocolate yang ada tu. Pilihan apa je yang aku ada? Aku bagi je pada peserta-peserta program sebab alang-alang diorang dah nampak kan.

Hurmmmm aku takde idea daripada siapa.
Sepatutnya kena gembira lah kan? 
Itu kalau kita tahu siapa yang bagi.
Kalau tak tahu? Ater cemane? 
Tapi andai si pemberi tu baca di sini,
terima kasih sangat atas pemberian tu,
Aku doakan moga terus murah rezeki & sihat selalu.
Tapi andai tuan/puan pemberi terbaca di sini,
sudilah kiranya beri hint pada email saya ya? 
Salam tahun baru 2020 dan moga terus bahagia :)

p/s : Terima kasih En.Jeb sudi hadir & tinggal footprint. And yess memang rilek-rilek je kerja hehe

Dijodohkan Berjumpa

09 December 17 Comments


Hai semua. Semoga sihat sajelah hendaknya. Mood tak berapa datang nak menulis. Banyak nak cerita tapi disebabkan GANGGUAN YANG SATU (semenjak dua tiga menjak ni boss makin menjadi-jadi bagi arahan last minit). 

Rakan-rakan sekerja pun seorang demi seorang bertukar / berhenti kerja. Mood swing makin bertambah-tambah T______T

Tapi

tapi

tapi

hidup kena teruskan juga hehehe

Alkisahnya untuk satu bulan November dan masih berterusan pada bulan Disember, banyak event kami perlu selesaikan dalam masa yang sangat singkat. Itu pasal satu bulan sepanjang November tak sempat ngadap nak hapdet ape langsung blog ni.








Nak dijadikan cerita-
Masa hujung bulan November haritu ada beberapa orang rakan sekelas ajak gathering sebab maklumlah ramai yang nak pulang bercuti ke kampung halaman katanya. Alang-alang dapat balik kampung itu yang diorang plan nak buat makan-makan dan berjumpa.



Maklumlah lepas tamat je zaman sekolah tingkatan lima masa tahun 2003 dulu, ramai yang tak pernah berjumpa langsung dah. Aku pon macam tak percaya rupanya dah 16 tahun habes zaman sekolah. Nampak benor tua tapi jiwa tetap muda gittewwww kehkehkeh

Masa bincang punya bincang dalam whatsapp group kelas tu kemain lagi macam 20 lebih orang yang dapat hadir tapi yelah kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Ada yang last minit ada tugasan lain dan sebagainya.

Jadi yang betul-betul berjodoh dapat berkumpul hanya kami SEMBILAN ORANG sahaja. Ada yang dah anak 4 orang. Ada yang on the way nak tambah anak lagi dua. Tak kurang jugak yang masih bujang (tawu kan siape? kehkehkeh)

Memandangkan yang ada anak-anak plan nak gathering sambil BBQ & bagi anak-anak seronok jadi kami pun pilih The Nahara Kalumpang Resort, Selangor sebagai lokasi pertemuan. Makanan tu masing-masing bawak sorang sikit je sebab bukan nak makan sangat pun lebih pada nak borak panjang sebab banyak sangat berita yang nak ditanya hehehe

The Nahara Kalumpang ni bagus tempatnya bersih cuma perjalanan nak masuk ke dalam kawasan tu agak mencabar & sunyi sikit kalau gegerls pergi sendiri tanpa ada lelaki teman. Macam aku ni nasib baik bawak bodyguard adik-adik untuk teman. Next time boleh repeat gathering lagi on next location hehehe

Omaigod ! Siapa Menang Mesin Basuh ?

13 October 20 Comments

Hai engkorang. Maaf ye sibuk sikit dengan Program Siri Jelajah Karnival Hari Terbuka Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd. Macam yang aku ada cerita pada entry sebelum ini- 

Ada SEMBILAN LOKASI ke semuanya yang terlibat. 8 di Negeri Perak dan 1 di Negeri Kedah. Memandangkan tarikh program ada yang clash / bertindih antara satu dengan lain jadi ada lokasi yang tak dapat dihadiri.

Antara lokasi yang sempat aku turun padang dari mula sampai habis adalah :

1)Pusat Internet Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak
2)Pusat Internet Felda Gunung Besout 2, Sungkai Perak (lokasi sendiri)
3)Pusat Internet Felda Gunung Besout 4,Sungkai Perak
4)Pusat Internet Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak
5)Pusat Internet Felda Sg Klah,Sungkai Perak
6)Pusat Internet Felda Trolak Utara,Sungkai,Perak
7)Pusat Internet Felda Sg Behrang,Slim River Perak

Lokasi yang tak dapat hadir :

8)Pusat Internet Felda Selama,Ijok Perak
9)Pusat Internet Felda Gunung Bongsu,Kedah

Dan di setiap lokasi ini, konsepnya adalah kupon RM 1.00 perlu dibeli untuk melayakkan pengunjung merasai sendiri permainan berkonsepkan sains di setiap booth pameran Fun STEM Booth (Science, Technology, Engineering, Mathematics) .

Di setiap kupon seringgit itu juga terdapat nombor bertuah bermula dari angka 001 - 2000 disebabkan jumlah target crowd yang hadir adalah dalam dua ribu pengunjung.

Dan aku sangat bersyukur kerana di Lokasi Karnival Hari Terbuka Pusat Internet Felda Gunung Besout 5, nombor yang tertera pada kupon di tangan aku rupa-rupanya ditakdirkan memenangi hadiah utama iaitu sebuah MESIN BASUH SEPARA AUTOMATIK JENAMA PENSONIC !

Aku sendiri pun tak sangka. Yelah dalam beribu kupon yang ada dalam balang kaca tu, ditakdirkan rezeki mesin basuh tu dapat kat aku. 

Aku kira ini adalah rezeki untuk mak aku memandangkan mesin basuh kat rumah tu memang tunggu masa je nak roboh dah hehehe. Dan mungkin jugak ini rezeki disebabkan aku belum sempat cuti sepanjang tempoh 2 minggu terkejar-kejar untuk setelkan event Karnival Siri Jelajah ni.

Betul lah orang selalu kata-
Rezeki tak pernah salah alamat.

Syukur Ya Allah. 
Saya menang mesin basuh !!!
kehkehkeh

Ops : #UkhwahSelamanya

02 October 6 Comments
Dalam pada sibuk terkejar-kejar nak selesaikan Jelajah Karnival Hari Terbuka Pusat Internet kendalian Webe Digital Sdn Bhd yang masih berbaki beberapa lokasi lagi, kami sempatkan jugak curi-curi masa untuk celebrate 'Farewell Private Party' untuk salah sorang daripada rakan sekerja kami (si Rihan) sebab dia perlu pindah untuk ikut suami tinggal di Cheras.




Selama Rihan bekerja dalam team ni sejak tahun 2010 lagi -
Rihan adalah #TeamAsal bersama dengan aku, Abang Mazeslan, Suhaila, Kak Aini, Asmah & Kak Normah merupakan batch asal dalam team Pusat Internet ni. Kami adalah fasa mula-mula dulu lokasi ini diwujudkan dan kami masih kekal meneruskan legasi hingga kini. Tak pasti sampai bila kami akan ditakdirkan di sini.

Cadangnya nak buat farewell ni di taman (outdoor) tapi memandangkan cuaca tak menentu jadi kami ambil keputusan untuk berjimba-ria dalam bilik je. 

Sebenarnye farewell dalam bilik ni lebih kepada nak duduk borak-borak menghabiskan baki masa yang ada sama-sama kongsi moment-moment sementara Rihan masih ada di sini. Mata masing-masing berkaca je semua, dalam hati Allah je yang tahu.

Semoga Rihan gembira di tempat baru dan moga dipermudahkan semua urusan di sana. ENAM tahun PJJ dengan suami katanya sekarang dah tiba masa untuk Rihan ambil keputusan terbaik ni demi masa depan dia dan suami. 

Semoga yang baik-baik saje untuk semua sahabat aku tak kira di mana pun berada. 
Andai sedang diduga-
redhalah inshaAllah pasti indah.