Fareha : Mana Satu Pilihan Hati?
Ramai orang gemar menggunakan air
fryer yang dipercayai lebih sihat dan kurang berminyak berbanding
gorengan biasa. Ia juga dikatakan lebih mudah digunakan berbanding kuali biasa
selain mempunyai fungsi canggih lain seperti menggril atau membakar kek.
Namun, ada kalanya cara penggunaan
alat ini tidak tepat sehingga mendapat hasil kurang memuaskan. Berikut adalah
lima kesilapan ketika menggunakan air fryer yang mungkin kita
sering lakukan.
1. Letakkan air
fryer di tempat sesak
Sesetengah orang meletakkan air
fryer mereka di tempat yang tertutup atau dikelilingi perkakasan lain.
Pun begitu, menurut Thektchn, hal ini boleh menyebabkan ia tidak dapat
berfungsi dengan baik kerana ia bergantung kepada proses perolakan untuk
memasak makanan. Justeru, ia sebaiknya diletakkan dengan ruang keliling sekitar
lima inci minimum ketika digunakan.
2. Isi terlalu
penuh
Ada yang berfikir memaksimakan ruang
di dalam air fryer lebih mempercepatkan kerja. Namun,
sebenarnya adalah lebih baik untuk memasak pada kadar optimum bagi memastikan
makanan masak secara sekata. Malah, perolakan udara juga dapat berlaku dengan
lebih cekap jika terdapat ruangan antara makanan di dalam air fryer.
3. Menggunakan
terlalu sedikit atau terlalu banyak minyak
Ramai percaya makanan dimasak
dengan air fryer adalah lebih sihat kerana kurang menggunakan
minyak. Walaubagaimanapun, ia tetap memerlukan minyak pada kadar sekitar 1/2
sudu teh bagi menjadikan gorengan rangup tanpa ‘basah’ dengan minyak. Bagi
sayuran atau makanan berprotein seperti ayam atau stik, gaulkan terlebih dahulu
dengan 1/2 sudu teh minyak untuk mempermudah proses masakan.
4. Tak
panaskan air fryer terlebih dahulu
Sememangnya ada resipi yang tidak
mengarahkan kita memanaskan peralatan tersebut terlebih dahulu. Bagaimanapun,
sesetengah orang mendapati tidak memanaskan air fryer terlebih
dahulu membuatkan masakan mereka tidak menjadi. Oleh itu, adalah disarankan
memanaskan air fryer selama 10 hingga 15 minit terlebih dahulu
sepertimana dicadangkan dalam manual pengguna kebanyakan model perkakasan ini.
5. Tak cuci
peralatan dengan kerap
Setiap kali masak, kita mungkin akan
meninggalkan sisa seperti cebisan kerak roti dan minyak ketika menggoreng
makanan. Sekurang-kurangnya, lap air fryer setelah sejuk bagi
meyingkirkan sisa makanan serta basuh dengan sabun selepas penggunaan yang
lebih lama.
Walau bagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk mengikuti panduan dalam buku manual yang disediakan ketika anda membelinya.
Sumber : Kesilapan Menggunakan Air-Fryer
2.Beli mana-mana minuman Tealive yang pertama pada harga biasa dan nikmati minuman kedua secara percuma yang bernilai RM 6.60 di kedai Tealive yang mengambil bahagian.
3.Pengguna mesti membuat pembelian menggunakan Program Mini Touch 'n Go eWallet, dan mengaplikasikan kod promo B1F1. Promosi ini hanya sah untuk pembelian pengambilan (pickup purchase).
4.Minuman percuma terhad kepada 120,000 transaksi pertama.
Musim-musim covid ni ada macam-macam jugak promosi jualan.
Engkorang dah cuba ke beli promosi Tealive ni?
Hai engkorang moga semua sihat. Empat bulan tak hapdet ape-ape. Dah serupa duduk dalam pantang 'iddah'. Orang 'iddah' pun tiga bulan aje ye dak? Nak buat cemana mood nak menulis tak berapa datang kehkehkeh
Buat sahabat yang baru tersinggah ke blog aku ni, salam kenalan untuk semua. Aku merupakan petugas di Pusat Internet Komuniti dalam fasa Felda di negeri Perak. Mudahan mood menulis datang semula hehehe
"Eh kau bila lagi ni?""Weyhh engkau nak tunggu anak raja meminang ke?"