Memori
anamizu
01 March
20 Comments
cenderahati Phuket. Encik Boss bagi sorang satu. Mekaseh Encik Boss :)
Ini kesah kelmarin. Encik Boss (Boss yang mula-mula dulu) roger cakap nak turun ke site kamiorang sebab dah lama tak open table belanja anak-anak buah die semua ni. Terharu gila rasa bila Encik Boss cakap cenggitu T____T
Yelah mane tak nye, selama Encik Boss yang memegang tampuk pemerintahan dulu, kami ditatang bagai minyak yang penuh namun semenjak perpindahan beliau ke company lain, kami semua hanya bagaikan pungguk rindukan bulan sahaja. sobsss sobsss (hahahaha sesuka hati aku main taruk peribahasa cenggitu)
Alhamdulillah proses open table berjalan lancar. Tapi, aku terpaksa mohon undur diri awal sebabnya aku on duty masa tu. Tu pun berani mati je tutup ofis kejap kengkononnye waktu lunch hour la. Aku off ofis pukul 12.00 tengah hari yang mana sepatutnya pukul 1.00 baru buleh tutup. Pastu pulak lepak-lepak sambil borak & tunggu order sampai, jam pun dah pukul 2.00 petang dan sepatutnya waktu tu dah kena open ofis semula. Tapi aku drag jugak sampai ke pukul 2.30 sebabnya tak puas lagi borak. Maklumla lama tak jumpa, sekali sekala dapat jumpa empat mata tu lah nak borak macam-macam kan?
Jam 2.30 aku kena jugak gerak balik. Karang kalo lambat, naya lak kena sound dengan Boss yang sedia ada sekarang ni. Matilah kena tiawwwww sampai bernanah telinga karang ahahahaha
Dedulu ada jugakla Encik Boss tempat nak mengadu nasib kalo kena marah. Sekarang ni, sebab Encik Boss pon dah makin bizi dengan kerja, tak beranila nak ngadu sangat dah. Telan la sensorang kikiki =P
To Encik Boss:
Mekaseh Encik sebab sudi cari masa untuk jumpak kami.Borak-borak kisah-kisah kita. Semoga bertambah rezeki Encik.Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.Semoga sentiasa dikurniakan kebahagiaan untuk Encik :)