Ahad
lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja.
Saya lihat tray buffet kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg
mengambil makanan datang duduk sekali dgn saya.
"Tak makan ka?" Dia menegur.
"Tidak,saya masih
kenyang". Balas saya.
"Tak ada lauk dah. Buat
kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah
saja.." Dia merungut.
"Saya rasa kita kena
ingat,rezeki itu ditangan Allah,Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan.
Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan
rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang
utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak
cukuplah. Jadi bersyukurlah dgn apa yg ada meskipun sekadar kuah dan nasi.
Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin
ukhwah itu yg lebih utama"
Dia terdiam,merah padam mukanya.
Saya
nak mengajak semua pembaca kpd hakikat REZEKI
DITANGAN TUHAN. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap
ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki
kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya
merungut takdir Tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup,
bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R
& R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga.
Apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada
nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa Kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal
belacan saja, makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg
memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan
kucing dan serba macam lagi sebab Tuhan akan jadikan.
Berlapang
dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita
tersalahkan Tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri.
Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dgn apa yg ada.
Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dgn rasa lega dan redha,moga Tuhan
juga meredhai.
Sabda
nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita
suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita
itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada
lidah kita,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada
rezeki yg Allah beri.
Ini aku copy paste dari facebook. Pinjam dari status Saudara Az Li. Semoga sama-sama bermanfaat perkongsian yang ada ni untuk kita semua ;)