Ambil Iktibar : Tidak Sedar Tuhan Pula Dipersalahkan


Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dgn saya.

"Tak makan ka?" Dia menegur.

"Tidak,saya masih kenyang". Balas saya.

"Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.." Dia merungut.

"Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah,Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dgn apa yg ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat REZEKI DITANGAN TUHAN. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir Tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga. Apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa Kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan saja, makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam lagi sebab Tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan Tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dgn apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dgn rasa lega dan redha,moga Tuhan juga meredhai.


Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

Ini aku copy paste dari facebook. Pinjam dari status Saudara Az Li. Semoga sama-sama bermanfaat perkongsian yang ada ni untuk kita semua ;)


13 comments:

  1. Betul akak setuju..usahalah mcm mn pun kalau belum dan bukan rezeki..bersabarlah..yang penting mensyukuri setiap nikmat..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Setuju sangat. Kalau tak dapat ke, terkurang sana-sini ke, itu memang rezeki kita.

    ReplyDelete
  3. Betul tu, walau apa pun yang terjadi, kita semua orang Islam ni kena sentiasa beringat, jangan SEKALI-KALI menyalahkan Tuhan, yakni Allah SWT. Setiap perkara yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya, dan setiap rezeki yang kena tangguh sekejap atau tidak kesampaian setelah berusaha itu juga ada sebabnya. Allah maha mengetahui segala, dan hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik bagi setiap hambaNya :)

    ReplyDelete
  4. Betul tu, jangan bersungut... Nak makanan banyak datang la awal, tak kan tuan rumah nak tambah2 lauk sampai tak habis jadi membazir pula...

    ReplyDelete
  5. setuju gak.. memang kalau bukan ditakdirkan bukan rezeki kita, buat macam mana pun tetap takkan jadio rezeki kita. Kalau kenduri kahwin ni memang tuan rumah dah plan ikut kiraan dia. Cuma kadang2 x sangka je jemputan yg datang tu lebih ramai dari yg dijangkaan.

    ReplyDelete
  6. Allahu, kadang-kadang kite selalu je terlepas cakap. Takutnya. Nice sharing kaka Ana :)

    ReplyDelete
  7. saya ambil entri ni sbg peringatan sbb kita manusia selalu lupa, thanks share kak ana! ;)

    ReplyDelete
  8. saya ambil entri ni sbg peringatan sbb kita manusia selalu lupa, thanks share kak ana! ;)

    ReplyDelete
  9. ishh...x suka tul dgn org yg suka mengomel mcm tu...dia tak tahu ke cakap mcm tu dh kita mengumpat kerana boleh menyakitkan hati tuan rumah..mkn je lah apa yg ada kan...aduhai!

    ReplyDelete
  10. Krn pulut santan binasa krn mulut, rosak amal pahala

    ReplyDelete
  11. betul tu..setuju dengan entry ni...sama2 kita muhasabah diri kita :)syukur dengan apa yang ada :)

    ReplyDelete
  12. Assalam ana,
    betoi3
    niat pergi kenduri tu bukan nak mentekedarah
    niat sebab nak meraikan
    memenuhi undangan sahabat/kenalan/saudara

    ReplyDelete