fuhhhh~ dah masuk april! guwa ditinggalkan bekerja sesorang sebab partner guwa (cik ida) p kursus di SKMM Penang start 26 sampai 29 mac aritu.. finally cik ida dah balik.. and part yang bestnye sebab kepulangan cik ida bukan dengan tangan kosong.. beliau tak lupa kat guwa ni.. guwa dapat souvinier dari penang-jeruk! Trime kaseh cik ida!!! i lap u lah ceni!!!! wohooooo~
tak sempat nak kuarkan dari plastik dah habes guwa bedal =P
itu part jeruk..
now part "bawaku pergi".. dah diharamkan
ea lagu tu?? sebabnye??? based on rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu
tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja
lari dari rumah...
tapi ramai je yang respon cakap tulis takde kene mengena pon lirik lagu ni dengan kes remaja nak lari dari rumah ke hape.. takyah tunggu lirik lagu pon kalo dorang nak lari.. kalo ada berita pasal kes lari rumah pon takde plak tulis penyebabnye : "terpengaruh dengan lirik lagu" <--releven gak kan? mungkin ini kot yang worang kate marahkan nyamuk, pigi bakar itu kelambu =P lu orang remaja rase????
and now part "demo anti PTPTN"... pasal hutang pon nak kecoh gak ke? siap nak buat demonstrasi bagai.. dah hutang,pandaila bayar.. semua benda nak free.. masa nak hutang taknak pikir,bila dah time kena bayar, macam-macam alasan plak.. orang len rilek je bayar.. kalo nak free, mintak bapak sendiri buat Universiti arrr bro!
"Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun
berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.Perhimpunan
itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang."Ia
sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai,
untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya."
guwa setuju dengan satu komen reply nih :
"...aku
baru selesai bayar PTPTN. charge..3%. Satu sen tak boleh discount. Ujrah, aku
tak layan. 8 tahun bayar. Adilkah jika kalian sume berhutang dan kemudiannya
mahu tuntut lupus. Bukan soal politik atau soal kerajaan, soalnya kamu
berhutang. Lepas grad dengan bangga kamu memiliki kereta baru, isteri anggun,
apartment moden... lagi hutang belajar mau lari. Ada maruah tak? Kalu ada
maruah, bertindaklah sebagai seorang muslim yang bermaruah. Hutang wajib
dibayar walau tidak dituntut... Tanyalah ustaz."
komen yang ni pon guwa setuju :
"Orang
nak ke universiti, engkau pun nak ke universiti. Orang dapat biasiswa, engkau
pinjam daripada PTPTN. Orang berbiasiswa dapat ijazah tak payah bayar kos
pengajian, engkau yang pinjam daripada PTPTN iri hati.Ni
lah perangai orang kita - tak boleh tengok orang lain lebih sikit.Pinjam
duit nak belajar, pasal kemudian hari, engkau nak hidup senang, bukan? Kalau
tak sanggup bayar, kenapa engkau pergi pinjam duit kerajaan?Nak
beli rumah, pinjam duit bank, bukan? Adake masuk akal, bila dah dapat rumah,
engkau tak nak bayar balik duit bank?Dah
banyak dah kerajaan beri benda free-free. Sudah-sudahlah tu. Jangan menagih
subsidi kerajaan memanjang..."
banyak lagi komen balas yang ada.. guwa bukan anti mana-mana pihak.. guwa jugak bukan penyokong tegar mana-mana pihak..tapi akal allah bagi,tolongla guna sebaik-baiknya.. jangan sampai gelap bijik mata sebab harta dunia.. orang lain pon ramai je susah + kena bayar hutang tapi hidup aman je.. rilek je bayar.. pandai hutang,mau pandai bayar balik arrr.. lu yang cari tempat nak p pinjam, lu yang sign agreement, lu sendiri bayar la bro!
guwa pon pinjam PTPTN..guwa tak pernah joli pon sepanjang guwa study sebab guwa tau guwa bkn dari family senang.. duit PTPTN tu je la cukup² untuk guwa makan+minum+belanja masa kat Uni.. guwa tak gamak nak mintak kat mak abah guwa kat kampung.. takde istilah nak beli henpon baru / shopping baju+kasut+baju baru / tengok wayang macam student² kaya yang lain.. sendiri dah buat pinjaman, sendiri bayar arrr.. semua nak free, untung arrrr! apsal nak buat muka toye plak nak buat demonstrasi bagai.. jadah hape???