Jalan Pasar Pagi

27 July 1 Comments

 



Seronoknya jalan-jalan ke pasar pagi / pasar hari bukan apa.
Dapat cuci mata ada pelbagai jenis ulam yang segar!
Lauk basah macam udang, ketam, sotong & ikan pun segar-segar!

Tak kurang juga segala ikan kering,ikan masin, sotong kering, udang kering.
Segala jenis mak nenek basah dan kering mudah nak cari di pasar pagi.



Tak lepaskan peluang tapaw juga yong taufu tapi perlu kesabaran tinggi.

Nak kena beratur panjanggggg sebelum dapat peluang untuk kutip-kutip yongtaufu tu.

Bukan takda orang lain yang jual tapi kuahnya tu yang "berhantu" & sanggup tunggu.

Pernah beli dari yang lain tapi kecewa kuahnya kurang pekat & kurang menepati selera.


Jantan Keparat

25 July 7 Comments

 


Segala macam rasa marah, sedih, kecewa semua ada bila terbaca perkongsian ni.

Dah lah tak pernah tanggung beri nafkah untuk anak isteri,

Ehhhh suami minta isteri buat loan atas nama isteri - untuk suami beli superbike!

Emang dasar jantan keparat apa ini ya?

Aduhai moga dijauhkanlah ujian sebegini pada keluarga kita.

Permudahkanlah urusan golongan insan-insan yang teraniaya macam ni T__T


Jaga Kesihatan

24 July 13 Comments

 


Terasa baru je lagi aku update berkenaan Maaf Tumpas masa awal Mei haritu.

Dua hari yang lepas, sekali lagi hidung & tekak aku terasa perit.

Ada gejala yang sama jugak macam awal Mei haritu.

Untuk kejadian diserang demam dalam jarak 2 bulan macam ni,

ia agak kurang menyenangkan untuk aku disebabkan belum pernah lagi terjadi macam ni.

Di kalangan rakan sekerja aku, aku adalah antara orang yang jarang demam teruk.

Batuk selsema sikit-sikit tu memang biasalah.

Untuk diserang demam yang sampai pening lalat & perlu baring saja tak boleh buat kerja.

Itu sangatlah bukan aku. 

Hurmmm apakah benar teori konspirasi yang digembar-gemburkan selama ini? hurmmm¬

Jaga kesihatan sahabat semua.



Jadi Beginilah Lauk Orang Kampung

22 July 19 Comments



Lauk ikan puyu goreng rangup cicah cili kicap (terlior masa singgah Blog SA).
Jadi kita tiruvasi menu SA sambal udang petai (tapi takda pic cili kicap) hehehe

Beginilah lauk orang kampung rakyat marhaiennn.
Jika masa hidup di Bendang (Sawah) dulu, Mak & Abah kata makan kena berjimat.
Al-maklumlah bukan orang senang jadi tak boleh memilih.

Apa saja ikan yang boleh ditangkap itulah menjadi lauk.
Apa saja ulam-ulaman di sekiling rumah, itulah dibuat juadah.

Dan mungkin sebab itu juga orang dulu-dulu jarang sakit demam.
Makan semua homemade & bekerja kuat (keluar peluh).

Orang sekarang, kerja banyak duduk (kurang keluar peluh)
Banyak stress, tekanan di sana sini.

Moga dipermudahkan urusan semua dengan kehidupan seharian aminnnnn :)



 

Jaga Privasi Hidup Kita

22 July 16 Comments


Bahagia kita, jangan dicanang sebab bukan semua orang suka.
Senang kita, jangan dicakap sebab bukan semua orang boleh terima.
Baik kita, jangan diungkit sebab bukan semua orang selesa.
Apa yang kita rasa, itu untuk kita..
Apa yang kita buat, itu juga untuk kita..
Kita tak buat untuk orang maka tak perlu nak orang lain rasa..
Privasikan sedikit hidup kita daripada orang lain..
Supaya tidak terkena hasad mata orang..
Kebahagian, kesenangan & kebaikan kita cukup untuk kita & Dia Yang Maha Tahu..





 

Jangan Buang Peti Ais Rosak

19 July 18 Comments

 


Ini lebih terpakai kalau tinggal di rumah jenis kampung (sebab rumah kampung lebih luas).
Peti Ais yang rosak usah dibuang & boleh digunakan untuk simpan stock bahan kering macam ni.

Cik Ti & lain-lain haiwan perosak pun susah nak akses masuk dalam peti besi ni.
Kalau rumah di bandar kurang sesuai disebabkan ruang yang sangat terhad.

Jadi lebih mudah gunakan rak troli lebih mudah nak gerak sana-sini hehehe




Jadi Mudah Buat Bubur Asyura

19 July 9 Comments

 


Kisah semalam sempat turut serta Program Bubur Asyura bersama dengan pesatuan penduduk di kawasan sekitar Kampung Ayer Kuning, ChuiChak Teluk Intan. 

Bergabung sekali dengan belia dan Kelab Rukun Tetangga. 

Ramai-ramai gotong-royong, kerja pun jadi mudah hehehe


Selesai dua periuk besar, semua dimasukkan ke dalam bekas & diminta tabur biji bijan.

Dapat lebih kurang 300 bekas untuk diagihkan pada komuniti sekitar.


Aku lebih suka makan tanpa tabur biji bijan. 

Makan suam-suam atau sejukkan sekejap ke dalam peti ais, memang sedap.





JKPTG Cara Isi Urusan Tanah Si Mati

18 July 11 Comments

 




Tahun sebelum-sebelum ni, apabila ada kematian seseorang pemilik tanah, waris si mati perlu dapatkan borang di Pejabat Tanah tapi bermula pada tahun 2017 semua urusan pengisian permohonan pertukaran hak milik tanah perlu dibuat secara online menggunakan sistem yang dikenali sebagai MyEtapp.

Kemudian pada 20 November 2023 , sistem MyEtapp telah ditambahbaik dan segala urusan perlu menggunakan sistem terkini pada laman web https://www.myland.gov.my 

Namun begitu, sistem tersebut masih terdapat beberapa item masih dalam penambahbaikan dan sistem MyLand dapat diakses dan digunakan secara penuh bermula 16 Julai 2024.

Jadi, untuk yang terkini, segala urusan pertukaran hak milik tanah perlu menggunakan sistem MyLand dan tiada lagi borang secara manual.

Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui email : myetappsupport@jkptg.gov.my 
Urusan email boleh dibuat Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 5.00 petang) supaya urusan mendapat respon segera.

Aku dan rakan setugas yang lain turut terlibat sama dalam usaha membantu komuniti sekitar seandainya ada yang memerlukan bantuan untuk urusan ini.

Aku ada juga terima aduan beberapa orang komuniti yang mengatakan bahawa, terdapat segelintir petugas di beberapa Pusat Komuniti yang mukanya agak ketat melayan komuniti yang datang buat urusan. 

Buat masa ni aku ambil maklum & kumpulkan maklumat.
Kemudian kita serahkan pada pihak yang sepatutnya.

Kita ni jika bertugas di barisan hadapan, penat macam mana pun, muka harus manis.
Kalau rasa menyampah nak layan customer, berhenti je. 
Ramai lagi orang lain yang boleh lebih manissss bertugas di kaunter hadapan.

Tanyalah pada sesiapa pun, mesti tak suka dilayan endah tak endah atau kasar kan?
Tambah pula urusan selepas kematian.



Jangan Pernah Persoalkan

18 July 5 Comments


Kehidupan ni diuji dengan pelbagai keadaan.

Ada yang sudah kahwin berbelas tahun tapi belum masih ada anak.

Ada yang sudah kahwin, ada anak, kemudian diceraikan suami.

Ada yang sudah kahwin,ada anak, isteri buat hal di belakang suami.

Ada yang sudah kahwin,ada anak, hidup PJJ, suami buat hal.

Ada yang belum kahwin, kerana perlu jaga ibu ayah meniti hari tua.

Ada yang belum kahwin kerana pernah kecewa disakiti insan yang disayangi.

Setiap hari pun ada pelbagai episod kita perlu tempuh.

Ada manusia suka tanya sindir-sindir.

Ada manusia suka bercakap-cakap di belakang.

Ada manusia suka tanya direct berdepan muka, kerana taknak buat dosa katanya cakap belakang.

Takpa biarkanlah apa juga orang kata, kita tetap terus buat kebaikan.

Bukan untuk siapa-siapa tapi untuk keindahan kita pada masa depan ;)


Jual Pelbagai Makanan Di Sekolah

18 July 5 Comments

 


Ini kisahnya ada guru yang menjual makanan harga murah setiap hari di sekolah.

Untuk zaman yang semakin keras sekarang ni sudah tentulah ramai ibu bapa yang suka sikap ni kan?

Tapi Makcik Kantin pula terkilan disebabkan guru jual menu murah, di kantin kurang pembeli.

Ada juga yang kata penjawat awam tak sepatutnya membuat 'job tepi' semasa dalam tugasan.

Jadi apa solusi yang sebenarnya perlu dibuat dalam issue ni?



Jalan Teman Makan

17 July 8 Comments

 


Ini kisahnya si Faizah ajak try makan di Restoran Nasi Kandar Saddam (Cawangan Tanjung Malim),

yang baru dirasmikan pembukaannya pada 07 Julai haritu.

Boleh tahan ramai manusia tambah pulak memang peak hour waktu tengah hari.

Nasib baiklah cargasss juga pekerjanya, jadi tak tunggu lama sangat.

Dan aku hanya boleh minta nasi separuh saja sebab tangki kecik hehehe

Untuk peminat nasi kandar memang surrrrrrrrrrrrrrrrr lah kan? hehehe



Selesai di Nasi Kandar, perut & tekak Faizah nak cari yang manis-manis.

Bergerak pula ke satu cafe yang dah lama Faizah target nak pergi.




Pelbagai menu manisan ada termasuklah soft cookies, brownies, congo bars, cheese tart, slice cakes, tak lupa pelbagai jenis sandwich.

Kami pilih croissant sandwich dengan combo air fizzy jelly.

Terasa segar betul di tekak dapat minum waktu tengah panas terik.

Selesai memenuhkan tekak, terus gerak perlu selesaikan beberapa tugasan yang ada dalam senarai.

Moga kita semua dilapangkan dan dipermudahkan segala urusan harian aminnnnnn


Jauh Lagi Susah Kan?

17 July 9 Comments

 


Kehidupan seharian kita ni memang ada pelbagai pancaroba.
Bermacam-macam jenis sifat manusia juga yang ada.

Dan selalunya masa nak meminjam, wahh wahhh manisss mulutnya kemain lagi.
Tapi bila sudah kita pinjamkan, hahhhh kita pulak pengemis.

Sebab tu ada ungkapan yang mengatakan :

"Biarlah bergaduh dulu takpe daripada bagi pinjam tapi nanti muka kita pula yang tebal mengemis"

Cari duit tu sudah susah, tapi nak dapatkan balik duit dari orang yang berhutang jauhh lagi susah.

Makanya, harus jauhi dari awal ya teman-teman,
Biarlah duit kita dalam poket kita.
Kalau nak bagi, bagi setakat mana kita mampu untuk ikhlas jika dia tak mampu nak bayar semula.

Dan tetaplah jadi insan yang baik, walau di mana kita berada.
Edisi siasat, tibi tiga ambil berat kehkehkeh ~



Jejak Hilang Adik Farah Kartini Ditemui

16 July 9 Comments

 



Sekali lagi negara berduka dengan kematian adik Nur Farah Kartini (Graduan UPSI) Tanjung Malim.
Dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa, jasad kaku adik Farah Kartini ditemui.
Dipercayai dibunuh oleh orang yang dikenali.
Penemuan di kawasan Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Dunia semakin kejam. 
Adik Farah Kartini berasal dari Sarawak.
Dikhabarkan telah graduasi pada tahun lalu (2023) dan menunggu tarikh posting.
Moga dalang disebalik pembunuhan dapat dicari & diberi hukuman setimpal.


Moga seluruh keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian yang maha berat ini :(
Al-Fatihah buat adik Farah Kartini.

Jejari Ketam Kerabu Maggie

15 July 14 Comments


Ini semua si Bong punya permintaan.

Pada awalnya si Kakak Bong cadangkan buat salad thousand island tapi Bong taknak.

Bong cakap teringin nak makan Kerabu Maggie.

Ahhh sudah bahan-bahan mana ada beli.

Selongkar tengok haiwan apa yang ada dalam  peti, ada jejari ketam je.

Bong cakap kira jadilah tu walaupun tak berapa nak haiwan sangat hehehe



Jjangmyeon Bulgogi

15 July 10 Comments

 


Menu istimewa sempena hujung minggu kelmarin.
Tadaaa! Kita bagi nama dia Jjangmyeon Bulgogi.
Usah tanya mengapa, kerana bunyinya seperti korea lah hehehe 
Kita gu kan dia dengan kari kering kacang panjang dengan pedal & secoet sambal nyet buat sendiri.

Haritu ada ternampak pasal Nasi Goreng Korea ni kat Blog BK (Bola Katok)
Pastu baru-baru ni masa masuk Ecoshop ada ternampak, tu yang terus grab nak cuba.
Ok lah not bad juga tapi dia jadi kurang Korea sebab lupa beli seaweed hehehe



Jenis Peminat Kari

13 July 17 Comments


Lauk jenis kari / gulai macam ni memang lauk kegemaran Abah.

Dalam seminggu wajib kena ada menu bertemakan gulai / kari.

Untuk kalini Abah request nak makan lauk Kari Kacang Panjang Dengan Pedal Ayam.

Sampingan cukup dengan ulam timun / kobis mentah & sambal belacan.

Abah cakap ini lauk cari pasal sebab tak sedar boleh menambah hehehe


 

Jangan Bagi Sepah

13 July 8 Comments

 

Comel kan pesanan isteri untuk encik suami dia.

Tarik elok elok jangan bagi bersepah hehehe

Tu siap ada burn art tepi tepi kertas nota tu.

Ha gigih tak gigih seorang isteri hehehe



Jadilah Satu Lauk

12 July 16 Comments


Menu tak berapa rajin maka terjadilah satu lauk daging rebus & air asam hehehe

Kalau ada mood rajin, lain macam menu beratur.

Menu satu lauk ni pun bahaya, boleh buat menambah-nambah makan nasi hehehe



Jeling / Juling ?

12 July 4 Comments

Pernah terjadi tak kelopak mata kerap bergerak-gerk atau berkedip-kedip?

Tahukah anda Eye twitching atau ‘Myokymia’ dan dalam bahasa melayunya diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’.


Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata.  Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas. Kenapa mata berkedip-kedip dan apa punca-punca terjadinya ‘eye twitching’:



1. Stress

Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.

2. Terlalu Penat

Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata

Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.

Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol

Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.

5. Kekeringan Mata

Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.

6. Alergi

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:

Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita, malah ada juga yang cuba ‘meramal masa depan’ dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik.

Mitos:

1.Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.

2.Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.

3.Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.

4.Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah.

Kesimpulan

Namun, anda diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata atau ramalan orang dulu-dulu ini, nanti terpesong pula akidah kita dan boleh membawa kepada syirik.

Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya.

Sumber : Kelopak Mata Berkedip 



Jemur Asam

11 July 12 Comments



 Ada kawan Abah berbagi buah asam gelugor. 

Ini pun perlukan kerajinan sebab kena hiris nipis-nipis & jemur beberapa hari.

Kalau cuaca panas terik memang kering helokkkk kejadiannya nanti.

Tapi selalunya bila ada nak jemur apa-apa, mesti cuaca akan bertukar.

Daripada panas terik terus jadi redup mendung je macam nak hujan.

Sekarang makin mahal asam keping ni.

Yelah zaman pun dah berubah.

Sekarang kan zaman MahalDahNi hehehe


Just For You

11 July 10 Comments

 


Dikurniakan sahabat & orang sekeliling yang baik-baik juga satu rezeki.

3 helai tudung pemberian daripada Faizah, Kak Zaleha & Kak Zila.

Moga Allah mewahkan rezeki kalian sahabat semua.

Moga Allah permudahkan juga segala urusan semua asbab kebaikan kita pada orang sekeliling.

Tetaplah menabur budi, walau di mana kita berada, InshaAllah akan ada manisnya nanti ;)



Jenguk Pulasan

11 July 8 Comments


 


Cuci mata jenguk-jenguk pokok pulasan. Apa khabarlah dia.

Nampak macam meriah berbuah musim kalini.

Mungkin dalam sebulan dua lagi cukup tempoh matangnya tu.

Selalunya berperang dengan monyet, tupai, kelawar & musang buah.

Moga ada rezekilah untuk merasa nanti.




Jaga Diri

10 July 10 Comments

 


Pinjam gambar daripada Facebook Mama Hana. 

Kalau Kakak Bong tulis nota macam ni pada bekal Bong,

mesti esok tu Bong dah taknak bawa bekal hehehe


Jari Rajin : Bebola Daging

10 July 12 Comments

 




Masa ada kerajinan datang memang rajin nak buat bebola daging ni.

Kalau mood rajin tak datang, takdelah muncul bebola homemade yinii hehehe

Almaklumlah ini salah satu kegemaran Bong.

Waktu hujan cuaca sejuk-sejuk memang syahdu menghirup kuah sup bakso pedas manjahh hehe



Jangan Ambil Barang Orang

09 July 11 Comments

 



Kes berkenaan dua orang kanak-kanak berbuih mulut kerana termakan racun tikus.

Racun Tikus tu diletak & dicampur dengan keropok.

Keropok tu pulak digantung di pagar-pagar kawasan kebun rumah jiran tu.

Dua kanak-kanak tu ternampak keropok tu & ambil makan.

Berbuih mulut disebabkan termakan keropok yang dicampur racun tikus tu.

Sekarang ni Atok kepada kanak-kanak tu berkeras untuk saman jiran tu.

Entahlah nak salahkan jiran pun tak boleh, sebab kejadian tu berlaku dalam kawasan kebun hak dia.

Bukannya dia saja-saja bagi keropok tu pada kanak-kanak tu.

Naya jugaklah hal ni jadi kes polis sebab dah mengancam nyawa.

Silap haribulan nanti ibu bapa kanak-kanak yang dituduh cuai / pengabaian kanak-kanak.

Moga dipermudahkan urusan kedua-dua pihak.



Jodoh Awal Muharram

09 July 9 Comments

 


Menghadiri jemputan Walimatul'urus Sis Efa sahabat ex schoolmate di Selatan Perak.
Cantik dengan busana biru lembut, Sis Efa selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz.
Moga Sis Efa diberi kesabaran, kebahagiaan & kekal hingga jannah aminn~


Dan kemudian mengahadiri satu lagi jemputan Sis Sahariza & En.Syed.

Moga rumahtangga yang dibina kekal hingga jannah.


Juadah kenduri macam biasa ada ayam masak merah, gulai daging & nenas ikan masin.

Ada juga laksa pelbagai kuih muih yang lain, tapi aku tak ambil sebab tangki kecik hehe