sedikit keraguan

27 April 15 Comments



"Walau SEKUAT manapun SAYANG kita kepada seseorang, simpanlah sedikit rasa KERAGUAN di dalam hati supaya bila suatu ketika nanti kita DIUJI, kita tidak akan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula.."




sesungguhnya jatuh itu sakit. yakinlah Allah menguji hambaNya. guwa tahu. guwa yakin. kemanisan pasti ada. kehkehkehkeh

kenapa kubur wanita digali sedalam 7 kaki

15 April 24 Comments




Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Naktanya apa?


Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kuburnya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak 


subhanallah T______T








Cinta Sayang Resort | Part 5

10 April 4 Comments
tak habes lagi cite pasal kursus kamiorang 3-8 april baru-baru ni.. banyak benda baru yang kamiorang dapat belajar dari kursus ni.. alhamdulillah semua berjaya diserap dengan jayanya.. guwa dengan partner guwa (cik ida) pon dah back in action..hiyakkkk~ =P

flashback sikit sepanjang kursus tu berlangsung.. first day sampai tu dimulakan dengan majlis perasmian.. ada taklimat Projek USP by Jabatan USP SKMM.. and mase tu jugaklah pihak SKMM(suruhanjaya komunikasi &multimedia malaysia) kasi basuh staff yang kurang perform based on data report yang dah dihantar pada diorang.. fuhhhhh mase tu jantung ni bedegup punyela kencang.. bile tengok pegawai SKMM tu tanye kenapa bleh jadi camni?kenape site lain bleh je perform?? u oll tak buat kje ea?? perhhhh gile kentang nervessss habaq hang! 

tapi dalam nerves² tu ade gak gud news nye.. Pusat Jalurlebar Komuniti(PJK) atau Communities Broadband Center(CBC) under guwa dengan cik ida berjaya mempertahankan award pencapaian Key Performance Index(KPI) tahun lepas.. tahun lepas PJK kamiorang dapat KPI terbaik 2010 punye.. and untuk kursus kali ni kamiorang dapat KPI terbaik untuk tahun 2011.. alhamdulillah.. tak sia² berkat bersengkang mata kamiorang selama ini..ececeh macamla menang award ABPBH sangat =P

marks & spencer set  +  voucher  KFC/pizza

guwa amat berterimakasih pada penduduk felda tempat guwa ni gak sebab tak henti² bagi sokongan dan sudi datang training class.. bleh la mantapkan lagi pasni..hehe

amacam? bleh jadi arkitek dak guwa??? kehkehkeh

dalam kursus tu jugak kamiorang diajar 1 modul baru iaitu "google sketchup"..  sketchup ni die ala² autoCad gak la.. tapi guwa rase die tak seComplicated autoCad tu.. sebab kamiorang bleh cope modul tu within 2hours training... so tu buktinye la sketchup ni mudah je kan?kan? guwa dah macam addicted plak dok hadap sketchup nih.. terima kasih en.faidhan(paan) introduce modul ni.. guwa rase  pasni ramai kot yang berebut nak datang training class untuk modul ni.. maklumle eksaited nak jadi ala² arkitek..kehkehkeh


and malam last tu kamiorang ade BBQ nite yang diorganize by our Consultant Team iaitu Warisan Global (WG) dengan temanye black+pink.. 
niza & miza bersama awardnye

miza | best dress

its a gurls nite bebehhh =P

hape lagi memang gurls tak kasi chance la.. pakat melaram semua malam tu.. and the best dress goes to hasmiza..setel je melantak makanan yang ade, kamiorang pon proceed karok! jyeahhhhh~ lelaki rilek je la pakat test vokal individu... kami yang gurls ni karok secara berjemaah... hahahaha




Cinta Sayang Resort | Part 4

07 April 13 Comments

ini semalam punya cerita.. pagi membawak ke tengah hari kamiorang macam biasalah berKURUS berkursus... jenuh telan segala info.. slotnye plak part technical training.. members lelaki memang pakat tererla.. yang member pompuan ni pepahamla..kehkehkeh~ 

masuk je scene petang ada sesi riadah.. so semalam kamiorang ada aktivti archery (memanah) kat site memanah dalam resort cinta sayang nih.. guwa dengan semua team members guwa pon hape lagi memasing tak kasi chance la kan.. bayar pulak sorang seploh hengget je.. semua pakat first timer nih nak shoot panah.. bila setel je instructor memanah tu kasi briefing & demo semua, kamiorang pon amekla posisi memasing.. pakat nak jadi robinson robin hood la konon..kehkehkeh


ececece kemain lagi budak nih..hahaha

ni la name die senjata makan tuan :'(



dapatla buat shoot sorang limabelas kali.. ok lettew kan bayar seploh hengget.. tapi guwa punye tangan kiri ni makin parah plak rase.. nak bengkokkan perhhhh azab rasenye... ni pon sipbek dah tuam dengan ais.. ada sikit kurangla itu sakit.. adeh~



*nanti guwa balas dendam jejak balas p rumah lu orang semua.. guwa janji cube =P

Cinta Sayang Resort | Part 3

06 April 9 Comments


gile kamera team nih =P

tup tup dah hari ke keempat kamiorang berkursus kt resort cinta sayang Sg Petani ni.. macam-macam modul gak yang kamiorang kene absorb.. berdesup kena telan semua.. penuh gak dah ilmu kat kepala ni.. tunggu masa je lagi kamiorang nak bawak balik ilmu tu semua untuk kamiorang share dengan orang kampung... kehkehkeh~



semalam kamiorang ada slot dengan En.Osman Bin Affan - Pakar Motivasi dari Team Smart Study yang femes tu..menggunung terus semangat! fuhhhhh~ =P


Cinta Sayang Resort | Part 2

04 April 8 Comments

alhamdulillah kamiorang sampai kat resort ni dalam pukul 5 petang.. sebab konvoi reramai so takleh nak lelaju la.. biar lah lambat takpe asalkan selamat kan? hehehe... masa sampai je kamiorang pon check in la bilik.. plan asalnya 1 bilik 2 orang.. bila dah bayar & kunci pon dibagi, kamiorang pon pakat drive la p cari blok bilik masing-masing.. turun je keta dengan dah angkut beg+luggage smua siap, mai pulak dah sorang akak kaunter nih panggil.. dia kata sorry sebab bilik yang kami dapat tu semua belom setel kemas lagi.. ha part ni dah buat guwa menyirap dah.. dah la kita ni mai tadi bukan amek masa sejam dua.. naik kematu pungkoq.. ingtkan dah buleh la nak landing atas katil ka apa.. tetiba bila dah dapat kunci, dia bleh kata takleh masuk plak.. dia bagi plak kunci bilik lain.. jenuh plak berangkut segala beg yang ada.. ok fine~

kamiorang pon diminta untuk stay malam yang pertama ni kat Sky Apartment-1 penthouse 4 orang la kami.. guwa, cik ida, shue dengan rihan skali.. sipbek dapat bilik cun gila view dia.. selesa pon selesa.. sejuk gak la hati walaupon mula tadi rasa nak maki je dah.. hahahaha


gadis-gadis berCHECK IN




ni plak dalam apartment kamiorang.. hall dia+bilik mandi+master bedroom+meja makan+ruang dapur untuk masak+washing machine skali wo! tak rugi gak la kamiorang kena stay sini.. dan gak la rasmikan segala benda yang ada.. maklumla nanti kena pindah bilik dah.. sebab company dah booking bilik lain..cissss nak kena berangkut lagi..huh penat~

pagi ni start slot pertama---janganla guwa ngantok..huwaarrghhhhh *nguap* =P



Cinta Sayang Resort | Part I

03 April 15 Comments

macam kat entry guwa sebelom ni.. guwa dengan team kerja guwa iaitu P1 Team dijadualkan start kursus pembangunan fasa 3 on 3 hingga 8 april.. start harini sampai ahad nanti kat cinta sayang resort Sg Petani Kedah.. dapat tau je kena kat area SP hape lagi, memang senyum panjang le partner guwa--cik ida sebab tunangnye memang orang sane.. kebetolan pulak tunangnye pon tengah annual leave skang nih and ade kat sana.. wahhhh3 cik ida bleh curik-curik p dating la nanti ea??? hehehe


skang ni guwa dengan P1 Team on the way ke sana.. dari sini kamiorang 14 orang and kamiorang  share kereta je.. guwa dengan 3 orang member naik 1 kete.. cik ida bawak lagi 3 orang.. and ada lagi 2 kete.. so kamiorang gerak konvoi 4 kete la dari perak ni ke kedah.. kat sana nanti ada lagi 3 kete.. semoga kamiorang selamat sampai ke Cinta Sayang Resort nanti =)


saya tidak bertudung..bila nak pakai?

02 April 20 Comments


pinjam dari Butik Qoma





Soalan:

Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?


Ustaz Azhar Idrus:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?
Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut :)       




nota kecik : BERTUDUNG itu lebih sopan & cantik je sebenarnye =)


   

jeruk bawaku pergi demo anti PTPTN

01 April 11 Comments
fuhhhh~ dah masuk april! guwa ditinggalkan bekerja sesorang sebab partner guwa (cik ida) p kursus di SKMM Penang start 26 sampai 29 mac aritu.. finally cik ida dah balik.. and part yang bestnye sebab kepulangan cik ida bukan dengan tangan kosong.. beliau tak lupa kat guwa ni.. guwa dapat souvinier dari penang-jeruk! Trime kaseh cik ida!!! i lap u lah ceni!!!! wohooooo~


tak sempat nak kuarkan dari plastik dah habes guwa bedal =P

itu part jeruk.. now part "bawaku pergi".. dah diharamkan ea lagu tu?? sebabnye??? based on rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah...

sumber :  gua.com.my


tapi ramai je yang respon cakap tulis takde kene mengena pon lirik lagu ni dengan kes remaja nak lari dari rumah ke hape.. takyah tunggu lirik lagu pon kalo dorang nak lari.. kalo ada berita pasal kes lari rumah pon takde plak tulis penyebabnye :  "terpengaruh dengan lirik lagu" <--releven gak kan? mungkin ini kot yang worang kate marahkan nyamuk, pigi bakar itu kelambu =P    lu orang remaja rase????


and now part  "demo anti PTPTN"... pasal hutang pon nak kecoh gak ke? siap nak buat demonstrasi bagai.. dah hutang,pandaila bayar.. semua benda nak free.. masa nak hutang taknak pikir,bila dah time kena bayar, macam-macam alasan plak.. orang len rilek je bayar.. kalo nak free, mintak bapak sendiri buat Universiti arrr bro! 

"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang."Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya."

sumber : demo anti-PTPTN

guwa setuju dengan satu komen reply nih :  

"...aku baru selesai bayar PTPTN. charge..3%. Satu sen tak boleh discount. Ujrah, aku tak layan. 8 tahun bayar. Adilkah jika kalian sume berhutang dan kemudiannya mahu tuntut lupus. Bukan soal politik atau soal kerajaan, soalnya kamu berhutang. Lepas grad dengan bangga kamu memiliki kereta baru, isteri anggun, apartment moden... lagi hutang belajar mau lari. Ada maruah tak? Kalu ada maruah, bertindaklah sebagai seorang muslim yang bermaruah. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut... Tanyalah ustaz."




komen yang ni pon guwa setuju :


"Orang nak ke universiti, engkau pun nak ke universiti. Orang dapat biasiswa, engkau pinjam daripada PTPTN. Orang berbiasiswa dapat ijazah tak payah bayar kos pengajian, engkau yang pinjam daripada PTPTN iri hati.Ni lah perangai orang kita - tak boleh tengok orang lain lebih sikit.Pinjam duit nak belajar, pasal kemudian hari, engkau nak hidup senang, bukan? Kalau tak sanggup bayar, kenapa engkau pergi pinjam duit kerajaan?Nak beli rumah, pinjam duit bank, bukan? Adake masuk akal, bila dah dapat rumah, engkau tak nak bayar balik duit bank?Dah banyak dah kerajaan beri benda free-free. Sudah-sudahlah tu. Jangan menagih subsidi kerajaan memanjang..."

banyak lagi komen balas yang ada.. guwa bukan anti mana-mana pihak.. guwa jugak bukan penyokong tegar mana-mana pihak..tapi akal allah bagi,tolongla guna sebaik-baiknya.. jangan sampai gelap bijik mata sebab harta dunia.. orang lain pon ramai je susah + kena bayar hutang tapi hidup aman je.. rilek je bayar.. pandai hutang,mau pandai bayar balik arrr.. lu yang cari tempat nak p pinjam, lu yang sign agreement, lu sendiri bayar la bro!  




guwa pon pinjam PTPTN..guwa tak pernah joli pon sepanjang guwa study sebab guwa tau guwa bkn dari family senang.. duit PTPTN tu je la cukup² untuk guwa makan+minum+belanja masa kat Uni.. guwa tak gamak nak mintak kat mak abah guwa kat kampung.. takde istilah nak beli henpon baru / shopping baju+kasut+baju baru / tengok wayang macam student²  kaya yang lain.. sendiri dah buat pinjaman, sendiri bayar arrr.. semua nak free, untung arrrr! apsal nak buat muka toye plak nak buat demonstrasi bagai.. jadah hape???