Menjelang Akhir Mac

31 March 8 Comments

 

Hai moga engkorang semua sihat hendaknya. Maaf macam agak lama tak muncul disebabkan ada beberapa perkara berlaku serentak dalam menjelang akhir Mac 2021 kalini.

Pertama nya kami diberi tugasan last minit untuk teruskan dengan Program Digital Awareness (ini merupakan edisi ketiga Pertandingan Digital yang pasukan kami jalankan bermula dari tahun lepas.)

Pada mulanya ingatkan tak jadi buat sebab ada beberapa halangan dari segi kelulusan bajet program dan sebagainya , tapi rupa-rupanya bila 10 Mac awal pagi, kami semua dah digegar dalam Whatsapp Group Pasukan bahawasanya program digital ni perlu diteruskan. Maka kelam kabutlah kami siapkan segala poster pertandingan & pembelian segala hadiah. Musim PKP tak boleh rentas merentas ni terasa susahnya lah hai. Dah lah hanya ada masa 10 hari saja untuk promosi, pembelian segala hadiah, penghantaran penyertaan dan tamat pada 20 Mac . Adehhhh menduga sungguhlah T___T

Lepas tu pulak, aku ni bertugas secara solo sekarang ni disebabkan rakan sekerja aku sudah selamat melahirkan baby girl pada 14 Mac. Jadi, segala persiapan semua aku perlu selesaikan sendiri. Terkapai-kapai jugak tangan serupa sotong (ini kali kelima aku bertugas secara solo disebabkan rakan sekerja sudah bertukar LIMA ORANG dan kelima-lima bersalin semasa dekat-dekat nak program) huhuhu


Keduanya --- diberi ujian pada hari yang sama rakan sekerja aku bersalin (14 Mac), kaki ibu aku pulak ada tumbuh bisul di jari kelingking sebelah kiri. Bisul ni pulak mula bagi sakit-sakit pada 14 Mac dah jam 11.00 malam, jadi ibu aku pun tahan dulu sebab ingatkan sakit biasa je.

Siang esok tu dah tak boleh tahan, sakit katanya jadi aku yang bertugas seorang, terpaksa maklumkan pada pihak atasan bahawa aku perlu off di waktu pagi untuk bawa ibu aku ke klinik disebabkan adik-beradik yang lain berada si Selangor dan tak dapat rentas negeri. 

Bergegaslah aku bawa ibu pergi ke klinik swasta di Pekan Slim River Perak. Bila doktor check, tengok-tengok dah mula ada nanah dan disahkan bisul tapi takda 'mata' (doktor sebut sebagai Perecut). Jadi doktor perlu cungkil untuk keluarkan akar yang ada di dalam tu supaya dapat pastikan tak berjangkit atau merebak.. Meleleh air mata ibu menahan sakit waktu tu sebab doktor kata tak boleh bius sebab khuatir nanti akan jadi bengkak pada tissu jari kaki tu.. Sakitnya hanya Allah yang tahu T____T 

Dan bermula 14 Mac tu jugak, setiap pagi aku perlu bawa ibu untuk sesi cuci luka bisul (berlubang --doktor cungkil buang segala nanah) dan perlu check bacaan gula dan tekanan darah setiap pagi hingga ke harini masih lagi perlu bawa rawatan susulan. Mohon doakan ibu cepat sembuh. Aku tak kuat bila tengok air mata ibu keluar menahan sakit waktu cuci tu T___T


Walaupun setiap pagi aku perlu bawa ibu pergi rawatan cuci luka akibat bisul dan check bacaan gula serta tekanan darah, aku tetap perlu selesaikan tanggungjawab kerja hakiki aku iaitu selepas selesai Program Digital yang berakhir dengan sesi FB Live Pengumuman Pemenang dan Cabutan Bertuah di FB Page Pusat Internet Felda Gunung Besout Dua pada 20 Mac, tibalah masa untuk aku perlu pos segala hadiah yang dimenangi. Syukur alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan tugas untuk kalini walaupun pelbagai rintangan pancaroba datang . Moga selamat tiba lah semua hadiah pada pemenang.


Keempatnya aku perlu selesaikan sesi Kursus Pendek Tugasan Tingaktan 1 -- untuk sesi yang ini, guru kelas dah booking slot masa awal bulan Mac lagi untuk kursus diadakan pada 24 Mac jam 3.00 petang. Jadi, mahu tak mahu, aku tetap perlu jalankan juga walaupun segalanya perlu uruskan secara lone ranger. Alhamdulillah juga sesi kursus pendek ni berlangsung lancar dari mula hingga habis. 


Dan akhirnyaaaaa tadaaaaaaa selepas bertungkus lumus berkejaran selesaikan pelbagai urusan tanpa rehat, Allah nak bagi aku pulak rehat. 26 Mac 2021 ---- masa awal pagi aku bawa rutin check up & cuci luka kaki ibu, aku rasa macam bergoyang pemandangan (masa tu hidung dah mula ketat & tekak  terasa perit).Masa tu konon-konon pimpin ibu untuk nak keluar dari bilik rawatan doktor tapi last-last ibu yang pimpin tangan aku sebab risau aku tumbang hahaha~  Untuk sementara waktu, masa tunggu giliran ambil ubat ibu di kaunter, dengan aku sekali dapat ubat dan doktor pesan perlu rehat dan stop fikir segala kerja buat sementara waktu. Sebab overdose kerja non stop dan tak cukup rehat katanya.. Alamak ini yang susah hati ni sebab banyak lagi kerja dan report perlu diselesaikan. Mohon doa sahabat semua moga ibu dan aku segera sembuh sihat semula ya.

Jaga kesihatan juga sahabat semua ya :) 

Movies Opening ! Bermula 05 Mac 2021

05 March 15 Comments

 


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bahawa operasi pawagam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak FINAS Malaysia, keputusan tersebut dibuat merujuk kepada pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media.



”Sehubungan itu, aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakuk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlis keselamatan Negara (MKN) meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” kata kenyataan tersebut.

 

Perkara ini disambut baik oleh pengguna media sosial, dan bagi pawagam juga, mereka begitu teruja untuk menerima kehadiran pengunjung setelah sekian lama tidak beroperasi.

Senarai Pawagam Yang Dibuka

Secara umumnya, semua pawagam dibenarkan beroperasi kecuali mungkin beberapa pawagam yang tidak dapat dibuka atas sebab tertentu.

Berikut adalah antara senarai pawagam yang akan dibuka mulai 5 Mac 2021:



SOP pawagam juga telah dikemaskini bagi pengunjung.

 

  • Menurut SOP tersebut, jika anda menonton bersama rakan atau sendirian, anda perlu membeli tiket di tempat duduk berwarna putih. (Single seat)
  • Manakala jika anda datang untuk menonton wayang bersama keluarga isi rumah yang sama, anda boleh membeli tempat duduk berwarna merah jambu. (Twin seats)



Yang penting apa pun kita lakukan, harus jaga SOP dan jaga kesihatan sebab kita masih belum menang. Wabak Covid masih berlegar sekeliling kita. Dah tak sanggup kalau ada PKP 3.0 pula nanti huhuhuhu


MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

04 March 13 Comments

 


Pernah dengar tak permohonan ganti MyKad rosak melalui perkhidmatan talian telefon?

Selain menggunakan sistem gantian online, anda juga ada pilihan untuk buat gantian MyKad melalui telefon bagi masalah MyKad rosak.


MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

Syarat-syarat permohonan untuk perkhidmatan MyPhone-In JPN adalah seperti berikut:

đź“ŚGantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja

đź“ŚBayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)

đź“ŚHanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja

đź“ŚPusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja

đź“ŚTiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar

đź“ŚCaj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

 



Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

Untuk membuat gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila buat panggilan ke talian berikut:

TALIAN HOTLINE MYPHONE-IN: 03-8880 8066

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang

Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/

ATAU hubungi

03-8000 8000


Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi?

03 March 12 Comments

 


Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca bil elektrik tinggi terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.

Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.



Tips Jimat Elektrik

Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

 “Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.

Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

 “Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik tinggi dan melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.


Sumber : Bernama 

Maybank2u Palsu : Elak Layari Laman Web Scam

02 March 8 Comments

 


Setiap bulan mesti ada saja kes penipuan (scammer) . Scammer sekarang pula semakin pandai menggunakan pelbagai helah untuk menipu orang ramai. Ada yang guna taktik panggilan telefon dengan menyamar sebagai Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) , menyamar menjadi polis lah. 

Anatra Beberapa Alamat Laman Web Palsu


Ada juga yang guna taktik melalui pautan (link) tebus hadiah pada email lah. Dan yang terbaru taktik phishing (scammer meniru laman web perbankan contoh Maybank2u tapi alamat url di atas adalah berbeza pada yang asal iatu Maybank2u.com.my )


Baru-baru ni, Maybank mendedahkan terdapat lagi TIGA laman web palsu, yang menyerupai laman web yang asal. Pihak Maybank menasihatkan agar orang ramai double check setiap kali log masuk pada laman web maybank. 

Kalau ada terjumpa mana-mana laman yang palsu menggunakan Maybank2u, boleh terus hubungi talian khidmat pelanggan Maybank di 03-5891 4744 .

Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

01 March 7 Comments

 


Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

Siapa yang lahir tahun 70an, 80an dan 90an sudah pastinya cukup kenal dengan permainan nenek si bongkok tiga. Permainan ini diiringi dengan nyanyian sebuah lagu. Tentunya ketika masih kanak-kanak kita tidak pernah terfikir dari mana asal-usul lagu nenek ini, siapa pencipta lagu ini dan sejarahnya.




Aku terbaca status di facebook Yazeed Hair Johari bertanya tentang lirik lagu Nenek Si Bongkok Tiga ni. Ramai yang respon berkenaan terdapat kisah mistik disebaliknya.

Jom sama-sama kita amati lirik lagu nenek si bongkok tiga ini.

Nenek, Nenek Si Bongkok Tiga.

Siang mengantuk Malam Berjaga.

Mencari Cucu Di Mana Ada.

Nenek Ku Kahwin Dengan Anak Raja.

Cucu tak Dapat Lari.

Nenek Tua Banyak Sakti.

Sekarang Juga Nenek Mencari.

Siapa Kena Dia Jadi.

Sekarang kita akan menelusuri lirik lagu ini. Apakah maksud tersirat disebalik lagu nenek bongkok tiga ini?. Apakah lagu ini ada kaitan dengan sesuatu yang mistik seperti saka atau sekadar maianan anak-anak kecil?

1.Nenek,Nenek Si Bongkok Tiga ,Siang Mengantuk Malam berjaga.

Maksudnya:

Sesiapa yang terkena Gangguan Saka Nenek ini, mereka akan kerap Mengantuk di waktu siang, sakit kepala manakala Sebelah malam tidurnya gelisah sukar tidur malam.

2.Mencari Cucu Di Mana ada Nenek ku kahwin Dgn Anak Raja.

Maksudnya:


Siapa terkena Gangguan ini, memilih pasangan hidupnya amat sukar. Raja yang dimaksudkan ialah kemahuannya hendak dituruti, terutama pada pasangan yang berkahwin. Anak raja juga merujuk kepada ‘Jin’. Kahwin disini merujuk kepada ‘perjanjian’ antara nenek dengan ‘anak raja.

3.Cucu tak dapat lari, Nenek Tua banyak Sakti.

Maksudnya:

Saka Nenek kebayan ini penuh dengan muslihat. Maksud cucu nenek tidak akan terlepas. Mereka yang berdampingan dengan jin memiliki beberapa kelebihan.

4.Sekarang Juga Nenek Mencari ,Siapa Kena Dia Yang Jadi..

Maksudnya:

Siapa yang menjadi pilihan nenek, dia lah yang akan jadi pewaris saka tersebut. Nenek tua ini sentiasa Mencari Waris Dan keturunan nya. Siapa yang paling lemah semangat dia la yang kena. Dia sentiasa mencari keturunan nya yang lemah semangat untuk Nenek tua ini berdamping.


Apa pun baik-baik lagu Nenek Si Bongkok Tiga ini memang penuh dengan misteri.Siapa yang mengalami Gangguan Saka ini sahaja yang memahami apa yang di Lalui. Tanda-tanda orang yang mengalami Gangguan Saka Nenek kebayan ini, kerap sakit belakang, belikat, kerap sakit kepala, selalu kembung perut, Rambut banyak gugur, kitaran haid tak normal, sukar dapatkan zuriat, Panas dengan pasangan, kerap mimpi baby, menyusukan baby, bermain dengan baby, kerap mimpi nenek tua dan kerap nampak kelibat Nenek tua.





Wallahu’alam.. Moga gangguan di atas terhindar berlaku pada diri kita,pasangan Kita Dan family kita Aamiin Ya Allah.

Sumber : SeramShit