Ohoi si lelaki itu
anamizu
29 October
23 Comments
Dua tahun dulu aku pernah kongsi pasal sorang member aku ni si N dengan kesah dia kat sini .. Pasal konflik si N dengan kekaseh dia -- si lelaki tu terpaksa akur dengan pilihan keluarga dan si lelaki tak mampu untuk melawan kehendak keluarga atas sebab si ibu dan ayah yang sudah uzur dan berkeras mahukan juga pertunangan itu diteruskan sebab pilihan keluarganya tu memang orang 1 kampung dan dah kenal lama pulak... Maka bersedih hatilah si N bermula dari dua tahun lepas. Tapi masa tu baru mahu ditetapkan pertunangan. katanya lah.
Tapi, lepas tu mereka buat macam biasa -- go with the flow katanya sebab si lelaki memang sayaaaang sangat pada si N katanya dan berlaku pergaduhan jugak antara si lelaki dengan keluarganya disebabkan si lelaki seperti mahu melawan kehendak keluarga..
Tapi, kelmarin si lelaki wassap si N --- "keluarga abang dah tetapkan tarikh kawen.. dalam masa terdekat.. abang runsing lah... "
Menggeletar si N masa baca wassap tu.. Menangis semahunya dia.. Segala persoalan keluar :
"Keluarga dia benci aku ke?"
"Mak dia tak suka aku ke?"
"Ayah dia tak suka aku ke?"
Dan si N tanya sendiri pada si lelaki tu : "Mak abang tak suka sayang ke?"
Jawapan si lelaki tu pulak : "bukan tak suka lah sayang... tapi.. sebab diorang ada pilihan.."
Demmmmmm. aku yang cuma tengok si N tu sedih pon dah cukup sebak jiwa aku.. belum lagi aku yang kena tempuh.. Hurmmm bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang aku sayang.. Barangkali ini teguran Dia buat hamba-hambanya yang sering leka dengan arus dunia.. N sempat berseloroh dengan aku dalam tangis dia -- "Hurmmm mungkin ini Allah tegur aku sebab selama ada kekaseh hati ni aku leka dan lupa pada Kekasih Hati yang sepatutnya kan ana kan..."
Hurmm aku dengan partner aku si Ida ngomel sesama kami berdua : Takkanla mamat tu langsung tak pernah cerita ke kat family dia yang dia dah ada pilihan sendiri.. Macam tak logik je zaman 2014 ni lelaki boleh akur je ikut pilihan family.. hurmmm macam something fishy je hurmm hurmm
Bertabahlah wahai N..