Monsun Beralih Sudah

29 March 18 Comments

 




MET Malaysia dah keluarkan info berkenaan Peralihan Monsun. 

Jadi musim panas yang panjang akan beralih ke musim hujan.

Banyak kawasan yang lama tak hujan terutama di Utara Malaysia.

Bila hujan Alhamdulillah sejuk sikit dan lebih tenang berpuasa.

Tapi bila angin kuat, kasihan bila terkenang para peniaga di Bazar Ramadhan.

Moga dilindungi kita semua daripada segala bencana...


Menu Ramadhan 16

29 March 13 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 16, menu utama kami Ikan Kukus Air Asam.

Lauk jenis macam ni hanya Mak,Abah dan aku yang makan.


Dan juga kerabu kacang botol campur dengan kobis dan sambal kelapa.
Buat lebih sikit dan bagi sorang sikit dengan jiran sebelah hehehe



Macam biasa menu untuk Bong, dia request nak Roti Crispy Mushroom Carbonara.
Buatkan spicy untuk selera Bong sebab Bong tak makan lauk ikan rebus air asam.


Celup telur dan salutkan dengan serbuk roti. Golek bagi rata seluruh roti.
Goreng garing sekejap hingga masak kekuningan dan angkat. 
Kalau nak gunakan air fryer pun boleh juga ikut pada tekak masing-masing.
Macam biasa buat lebih untuk bagi jiran sebelah merasa juadah apa adanya.
Moga dipermudahkan urusan kita semua aminnnn



Menu Ramadhan 15

27 March 17 Comments

 


Untuk Ramadhan Ke 15 kami sekeluarga dimulakan dengan Terung Goreng Tepung. 
Disebabkan terung yang jiran bagi semalam tu masih ada,jadi Bong request menu yang ni.


Abah teringin Kangkung Goreng Belacan, jadi kita tunaikan permintaan Abah.


Mak teringin Masak Lemak Kobis,jadi kita buat juga walaupun takda sayur pucuk dan suun hehehe

Dan menu utama adalah Ikan Keli Bakar Cicah Air Asam.
Bakar dua ekor saje sebab hanya Mak,Abah dan aku saja yang makan.

(Bong tak makan ikan yang jenis bakar atau masak berkuah)
(Bong hanya makan ikan yang jenis goreng garing rangup)


Mee Kari pemberian dari jiran Mak Lang Jiran Sebelah merangkap Ahli Mesyuarat Tingkap Mak hehe


Tepung Pelita feveret Mak setiap kali bulan Ramadhan.
Ramadhan kalini dah bertemu bermacam-macam jenis 'sarung' kuih tu.
Ada yang guna pita pelekat (Sellotape), ada yang guna plastik petak.
Dan ada yang masih guna daun asal (dengan sedikit renovasi, cantik sarung tu)
Tapi ambil masa lebih lama berbanding gunakan Dawai Kokot (Stapler) 
Sekarang kan dilarang keras penggunaan dawai kokot (boleh didenda hingga Sepuluh Ribu).

Popia Basah feveret Bong. Aku belum pernah cuba buat sendiri kulit dia tu. Nanti nak menuntut ilmu dulu sebab ada trick juga nak dapat hasil yang helokkkkk untuk kulit popia basah tu.

Jambu tu kami panggil Jambu Bertih Merah.
Pemberian Maklang sebelah rumah juga.
Tapi bukak pokok dia. Kawan anak dia bagi.
Banyak berbuah walau hanya sepokok saja katanya.
Daripada busuk di pokok, dia pun panjangkan bersedekah.
Feveret Bong juga tu cicah dengan Kuah Rojak Mak Bee hehehe





Menu Ramadhan 13 & 14

26 March 16 Comments

 

Untuk menu Ramadhan Ke 13, si Bong teringin nak makan Bihun Singapore. 

Kita pun buat lebih sikit berbagi jiran (kawan-kawan Geng Mesyuarat Tingkap Mak) hehehe


Abah & Mak teringin nak makan Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa.
Tapi taknak pedas sangat (campur cili pedas & yang kurang pedas)
Bahaya kalau tersilap beli, nanti makan boleh berasap telingaaa hehehe


Jiran kita berbagi terung besar-besar jadi kita buat terung goreng berlado pedas manjahh hehehe


Untuk menu Ramadhan Ke 14 kita buatkan Masak Lemak Labu Pucuk Manis untuk abah.

Dan syukur juga sebab jiran bagi ketam kulit lembut (selalu hanya boleh dapat di Kuala Gula,Perak).
Kita bedakkan aje ketam tu buat Ketam Lembut Goreng Tepung Spicy sikit ehehehe

(Bong tak makan ketam sebab leceh banyak kulit katanya)

Jadi disebabkan si Bong tak makan ketam, kita buatkan Sardiin Roll Spicy sikit gini aje.
Jenis-jenis gorengan macam ni feveret si Bong lah sebab boleh makan tanpa perlu buang kulit segala.
Goreng untuk berbuka sikit & bakinya goreng lagi waktu sahur sebab susah nak telan nasi hehehe


Selesai menu Ramadhan 13 dan Ramadhan 14.
Ramadhan sudah masuk hari ke 15.
Alhamdulillah Bong dah sihat dan mula bekerja semula selepas TRAGEDI tempoh hari.
Terima kasih Kak Afzan dan juga Puan Hazel & yang lain juga sering bertanya khabar Bong.
Semenjak Bong recover dari tragedi, selera dia lain macam bulan-bulan Ramadhon ni hehehe


Menu Ramadhan 11 & 12

25 March 15 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 11, menu aku sekeluarga macam biasa dimulakan dengan menu permintaan daripada Si Bong. Bong kata teringin nak makan Shawarma tuuuuuu nak kena p KL sana nu! 

Sesungguhnya ketahuilah bahawa kakak mu ini tiada kerajinan nak ke sana.

Jadi merajinkan diri merekacipta sendirilah shawarma tapi ikut pada bahan yang ada kat rumah saja.

Terpulang pada tekak kita nak guna daging atau ayam.
Bong kalau boleh taknak sayur tapi untuk memberi sedikit 'seri', aku letak jugak hehe

Sumbatkan aje sebanyak mana inti yang kita nak takda siapa nak marah hehehe
Siap sumbat padatkan isi dalam tu, balutkan aje semua kemudian panaskan atas kuali.
Masa dah nak dekat berbuka baru panaskan, boleh makan masa masih panas / suam.

Tak cukup dengan itu, Bong kata sedap juga kalau dapat makan sotong goreng tepung.
Disebabkan Bong bagitahu agak dah petang,sotong yang ada hanyalah squid ring saja dalam peti tu.
Bolehlah daripada takda kan? Bedak-bedakkan sotong tu dan goreng garing.

Lepas teraweh tu, Mak kata teringin nak makan Vietnam Roll.
Kita buatkan tapi tak banyaklah sebab Bong tak pandai makan 
(sebab Bong kata rice paper tu macam makan plastik) 
Buat 7-8 biji je Vietnam Roll ni sebab hanya Mak,Abah dan aku je yang pandai makan.
Mak cicah juga sotong ring goreng tepung dengan sos pencicah vietnam roll ni sebab sedap katanya.

Untuk Ramadhan Ke 12 pula, Abah kata sedap juga kalau dapat makan Roti Jala cicah dengan Gulai Ikan Plotan (sesetengah orang panggil Ikan Mayong).



Gulai Ikan Plotan (Ikan Mayong) memang feveret Abah.
Banyak juga Abah bedal Roti Jala cicah dengan gulai feveret dia hehehe

Si Bong hanya request nak makan ayam macam nasi ayam tapi nak makan dengan nasi putih je.
Kita turuti  apa saja permintaan ahli jemaah dalam rumah ni selagi terdaya hehehe.

Untuk aku selalunya memang banyak minum dan makan buah.
Tak kisahlah buah apa pun macam buah mangga, tembikai, oren , anggur.
Ada beberapa buah kategori 'lembik' aku tak makan macam betik dan pisang.
Pisang yang begitu saja aku tak pandai makan tapi kalau jadi cekodok atau pisang goreng aku makan hehehe


Menu Ramadhan 10 - Roti Khurasan

22 March 19 Comments

 


Untuk Ramadhan Ke 10, Bong request nak makan Roti Khurasan atau ada yang sebut Roti Arbak.


Untuk inti tu terpulang nak guna isi ayam atau daging cincang pun boleh.
Kemudian boleh tambah lada benggala hijau merah kalau nak ada warna warni.
Kalau taknak letak sayur pun boleh je ikut tekak kita yang nak makan hehehe
             
Kemudian masak dan masukkan sos cili atau tambah sos korea untuk yang suka lebih pedas.
Boleh tambah timun yang dipotong dadu atau lain-lain yang sesuai ikut selera kita sendiri.
Bila dah siap masak inti tu, belahkan roti oblong & isikan inti banyak-banyak.
Kemudian balutkan keseluruhan roti dan gunakan sedikit bancuhan tepung sebagai gam.
Dan boleh goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
Mak kata teringin nak makan lauk Siput Lala masak pedas-pedas manjaaahhhh gituuuu hehehe

Abah pula kata teringin nak makan Ikan Puyu Masak Lemak Campur Timun Air.
Dan untuk aku macam biasa wajib ada Si Mangga Kuning Manisssss sudah cukup hehehe

Itu je menu kami sekeluarga untuk Ramadhan Ke 10.

Lebih banyak minum air je sebenarnya waktu berbuka sebab cuaca panas betul.



Menu Ramadhan 9 - Pocket Doremon

21 March 19 Comments

 

Menu Ramadhan Ke 9 permintaan si Bong nak makan Pocket Doremon.

Malam lepas teraweh yang dah buat Roti John tu, teruslah cuci dada ayam untuk perap.



Tekapkan dua keping roti putih gunakan penutup bekas kuih raya atau mana yang sesuai.
Celupkan dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti (kalau rajin boleh buat sendiri serbuk roti).
Pastikan minyak betul-betul panas dan gorengkan sekejap roti yang siap disalut tadi.
Tunggu sekejap hingga roti kembung (tanda dah cukup masak) dan angkat keluarkan.
Potong atau gunting kepada dua bahagian bulat tadi untuk jadikan seperti pocket.
Inti aku gunakan dada ayam yang dah diperap dengan chipotle with adobo sauce,paprika & mix herbs.
Bila dah siap tumiskan inti tu tadi hingga masak helok, perasakan ikut citarasa kita nak.
Sumbatkan ke dalam pocket yang kita dah potong pada dua bahagian tu tadi.
Boleh je nak letak sayur salad atau lettuce terpulang selera masing-masing.
Ini sebab permintaan Si Bong yang taknak ada sayur sangat (tapi aku letak jugak timun)

Untuk juadah lauk pula, sayur kailan ikan masin je yang Mak teringin.
Sayur lain takda rasa nak makan lagi katanya.

Abah pula request nak makan telur rebus goreng masak sambal.
Cukup itu menu kami sekeluarga untuk Ramadhan Ke 9 hehehe

Meroti John Pulak Kita

20 March 13 Comments

 


Ingatkan selesai dah juadah untuk Ramadhan 7 & Ramadhan 8, bila Bong sampai je ke rumah lepas balik dari kerja lebih kurang jam 6.00 macam tu, dia kata sedapnya kalau dapat Roti John lepas Teraweh nanti. 

Kita ni cakaplah ha nanti lepas Teraweh pergi lah singgah tengok kat stall Abang Burger lorong belakang tu kot dia ada on Roti John malam ni. 

Tapi macam biasa Bong taknak yang beli.

Nak yang freshly homemade katanya.

Kakak engkau ni takde pengalaman buat Roti John,

pengalaman menengok orang jual tu buat ade lah.



Tapi untuk tidak menghampakan adik Bongsu yang seorang itu,
kita pon gagahkah juga lah cuba buat sedaya mungkin.
Gunakan ape yang ada je kat rumah yelah sebab dah tak sempat nak ke kedai.

Roti pun gunakan roti panjang yang sebenarnya Abah suka makan dengan telur & kaya. 
(ada orang sebut Roti Hamlet rasanya)

Tung tang tung tang lah kita usahakan nak memenuhi keinginan si Bong.

Pastu kita mintak tolong dia tengok-tengokkan kejap roti tu atas kuali.

Ehhhh sekalinya dia kata tak sengaja TER ralit pulak & TER hangit pulak tu ha.



Biarlah ter hangit pun bukan orang lain nak makan. Tekak Bong jugak.
Dapat 4 biji Roti John untuk makan lepas Teraweh.
Taknak letak sayur katanya. Nak mayonis kewpie je.
Ha bedal lah Bong asalkan bahagia dan kenyang perut.
Tak sempat nak bagi jiran sebelah merasa sebab Bong Bedal 2 biji,
aku, mak dan abah kongsi lagi 2 biji roti john buatan sendiri.
Syukur lah dapat penuhi permintaan si Bong.
Tu belum lagi abang pada si Bong minta ( ayah si Adik Kakak )
Dan katanya mungkin tak dapat balik berpuasa kalini sebab jadual full kat MAS Hangar tu.
Takpelah moga lancar je urusan kita semua setiap hari sepanjang Ramadhan panas terik kalini aminn


Menu Ramadhan 7 & 8

20 March 14 Comments

 

Juadah Ramadhan Ke 7 & Ramadhan Ke 8 untuk aku sekeluarga dimulakan dengan.....


Abah teringin nak makan Murtabak Pisang sebab dah seminggu Abah cuba cari di Bazar Ramadhan tapi takda peniaga yang jual. Jadi untuk tak menghampakan, kita cuba buat untuk Abah hehehe


Untuk tekak Si Bong pulak, dia minta nak makan Murtabak Daging Lebih katanya.
Dah pesan suruh beli kat Bazar Ramadhan tapi taknak katanya takut terkena nanti 
dapat murtabak oksigen hehehe


Ayuhlah kita buatkan Murtabak Dua Versi.
Versi Manis - Murtabak Pisang
Versi Pedas - Murtabak Daging Lebih


Dapatlah 4 keping Murtabak Pisang & 4 keping Murtabak Daging.
Kita pun berbagilah dengan jiran sebelah menyebelah sorang sikit.




Lagi satu Abah cakap teringin nak makan Hati Goreng Kacang Panjang. Kita turuti untuk Abah juga.


Mak pula teringin Sambal Udang (tapi takda petai hehehe)


Bihun Goreng pula pemberian dari jiran sebelah berbalas juadah murtabak kita bagi dia.
Syukur selesai Lapan Ramadhan sudah. Agak perit berpuasa dalam cuaca panas kalini kan?