Apa Nasib Miko

22 April 17 Comments

Kesahnye cenggini - aku dengan si Ida (partner kerja aku) dapat sekor ikan laga pemberian salah sorang daripada regular customer yang datang ofis aku. Pastu memang dia pesanlah, untuk bela si ikan laga ni jangan gunakan air paip yang ada klorin. Sebolehnya simpan dulu air untuk beberapa hari untuk kurangkan kandungan klorin dalam air tu. Ok takpelah aku pon angguk tanda fahamlah. 

Lepas je beberapa hari dari haritu, dia datang bawak sekor ikan laga kaler biru cenggini. Ikan laga memang ekornye kembang dan cantik. Sejuk mata memandang bila dia berenang-renang dalam tu. Dengan rasa bangga dan terujanya aku pun tuanglah si ikan laga yang aku bagi nama Miko ni daripada bungkusan plastik masuk ke dalam glass bowl ni. Dan Miko pon berenang-renang gaya bebas kat dalam tu seolah-olah bagitahu yang betapa dia suka dengan rumah baru dia tu. Aku pon senyumlah balik tanda puas hati.


Dua hari lepas tu, awal-awal pagi aku datang kerja, tengok-tengok si Miko dah keras kaku mati lemas dalam rumah dia. Memulanya aku ingatkan tu salah satu skill renang yang Miko nak tunjuk pada aku tapi bila aku amati dekat-dekat, memang tak syak lagi Miko dah pergi tinggalkan aku. Berlinang air mata kasih aku masa tu. Sipbaik belum ada customer datang lagi. Aku kesat air mata aku pastu terus kebumikan Miko. Baru sempat 48 jam aku dan Miko merasa nikmat hidup bersama, kini yang tinggal hanyalah gelas kaca dan batu warna-warni tu je. 

Aku dah cuba ikut cara yang dipesan sebaiknya. Gunakan air yang tidak berklorin bla bla bla... Namun, ajal maut tetap di tangan Tuhan kan. Aku redha. Miko, damailah kau disana :"(


Aprisiasi

19 April 21 Comments


Ini cerita masa aku punya banyak masa beberapa bulan lepas. Banyak peluang aku dapat buat onar di ruangan komentar kawan-kawan blogger. Masa tu aku sibuk mundar mandir jadi mandur aje. 

Banyaklah masa aku dapat 'travelog' ke blog serata pelosok dunia. (cewahh ayat engkau). Banyak jugak GiveAway dan Kontes aku sempat join dan kebanyakannya luck sangat menyebelahi aku waktu tu. Boleh dikatakan setiap bulan ada je parcel untuk aku. Sampaikan Abang Posmen pon dah cukup kenal dah muka aku =P

Ini antara pemberian dari sahabat blogger yang sangat menghargai sahabat-sahabat diorang yang rajin berkunjung ke blog diorang.

Zumal dan juga Kak Eny bagi aku hadiah ni sempena aku tersenarai antara top komentator kat blog diorang. Terima kaseh Zumal dan Kak Eny!  Tapi itu 2-3 bulan lepas lah citernye. Sekarang ni asyik tak berkesempatan aje nak menjenguk rumah engkorang. Singgah sempat jugakla cuma tak sempat nak buat onar macam dedulu. Gittewww citernye. kikikiki =P




Angkatan Bomba Cilik

17 April 14 Comments
Baru-baru ni - 2,3 hari lepas lah citernye. Aku dengan partner kerja aku si Ida dapat jemputan daripada Cikgu Tadika yang selalu bawak anak-anak muridnye belajar komputer kat tempat aku tu. Jemputan untuk join program Lawatan Tabika Ke Balai Bomba Slim River katanya. Aku eksaited sangatlah bile dengar kata ada program luar. Bukan ape, lama-lama terperap dok ofis aje, bosan jadinye. Ye dak? Bile dapat je peluang cenggini, haaaaa janganle ditolak kikiki

Jadinye, aku dengan si Ida pun memang tak lepaskan peluang lah. Seawal pagi pukul 8.30 tu kamiorang dah berkumpul kat perkarangan sekolah tabika tu. Perginya konvoi 6 buah kereta ajelah sebabnya tadika tu ada 30 orang murid aje. 

Nindia la bomba cilik tu semua. Seumur hidup aku, ini baru aku tawu rupanya memang ada seragam kecik untuk adik-adik yang datang buat lawatan ke Balai Bomba ni. Masa aku kecik-kecik dulu takde pun cecikgu nak tulung bawak pergi buat aktiviti cenggini. Kalo tidak mesti aku pon comel cenggini la gayanye bila dah disarungkan seragam bomba. huhhhhh :(


Lepas je setel sesi taklimat dan jugak tayangan Upin Ipin yang tajuk dia Sedia Menyelamat tu, adik-adik ni pun diberi peluang masuk dalam truck bomba tu dan merasa sendiri pengalaman berada dalam truck tu. Dibawak pusing satu kali dekat kawasan situ dengan siap bunyi siren sekali. Eksaited semuanya. Dengan aku ni ha eksaited sekali hahaha

Pastu pulak, ni ha sesi 'mandi' beramai-ramai. Tapi si bomba cilik je la mandi manda. Aku pemerhati bebas aje lah kat belakang. Idoknye rela aku nak berbasahan pulak kat situ. Tak memasal nanti jadi bahan di-viral-kan pulak kat fesbuk =P


Seghonok jadi budak kecik ni. Takyah nak pikir hape. Hadap je. Mana ade susah nak pikir masalah ke hape. Kan? Asalkan kalo lapar - dapat makan, Kalo ngantuk - dapat tidor. Dah cukupla.

Ini muka puas hati dan muka penat maksudnye. Setel je dapat ronda pusing-pusing naik truck bomba, cenggini la mukanye. Ada yang nak naik lagi. Ada yang dah taknak naik pun ada jugak. Ada yang takot dengar bunyi siren bomba pon ade jugak. Mungkin sebab kuat kot, tu yang jadi takot tu. Terkejut gamaknye. 

Tapi yang jenis rilek, rilekkkkkk jugak. Slumber aje die cakap : 

"Pakcik.. saya nak duduk kat depan boleh tak? "  

Terkedu gak pakcik bomba tu pastu terus dokong angkatkan letak dia duduk kat depan kehkehkeh =P


Aktiviti Cuti Sekolah

04 April 27 Comments
Kesah masa cuti sekolah Mac haritu. Dah lama peram. Sampai dah habes Mac dah pun. Punya nak kata bizi tak bizi la tu konon hehehe. Setiap kali cuti sekolah, department aku memang buat aktiviti untuk adik-adik yang bercuti sekolah. Penyertaan terbuka kepada sesiapa saja asalkan engko level adik-adik bawah 13 tahun. Kalau engko dah 38 tahun tapi saiz fizikal engko macam budak bawah 13 tahun pun aku ok je terima kikikiki. 

Memandangkan Januari sampai Mac cuaca panas lain macam, so aku dengan partner aku si Ida, decide untuk buat aktiviti kali ni indoor je. Yelah, jangan kata bebudak tak lalu panas, aku ni sendiri pun rasa macam nak pitam kalau dok kat luar. 

Aktiviti pertama kami namakan : Sandwich Tower. Motif aktiviti ni untuk mendidik adik-adik ni semangat cintakan sayur (walaupun sebenarnye aku sendiri benci sayur mayur nih semua kehkehkeh) dan memahami betapa pentingnya sarapan pagi. Sayur yang kami bagi adalah salad dan tomato. Lepas dah berjaya buat sandwich tower tu, setiap ahli kumpulan perlu habeskan setiap inci sayur dan segalanya yang boleh dimakan tu. Kumpulan paling cepat habeskan dengan keadaan yang clean and clear, they are winners :)

Aktiviti kedua pulak kami namakan : Ikatan Cinta [Belon terbesar dan tak pecah]. Setiap orang dapat 1 belon dan kena tiup sebesar yang boleh tapi jangan pecah. Lepas tu kena ikat setiap belon pada 1 tali panjang menjadi segugus belon. Kumpulan yang berjaya tiup dan ikat semua belon tanpa pecahkan 1 biji pun, they are winners :)

Aktiviti ketiga kami namakan : Straw Kisses. Senang aje game ni. Kiss aje straw tu untuk amek rubber band tu and passing pada next ahli sampailah ke hujung. Within 2 minutes, group mana paling banyak berjaya kumpul rubber band pada last person, they are winners :)

Setel program cuti sekolah, sesi makan-makan pulak. Semua orang kena habeskan segala makanan yang dah kami sediakan. Aku berani kata semuanya sedap sebabnya licin takde tinggal langsung so memang sedapla kan? kan? hahahaha =P

Tamat je buat aktiviti indoor tu semua, partner aku si Ida pitam. Aku ingatkan sebab dia 'ada isi' ke hape. Rupa-rupanya takde. Belum rezeki katanya. Takpelah Ida sabar dan banyakkanlah berdoa ye =P

Awesome People March

02 April 18 Comments
Semenjak dua tiga menjak ni aku semakin berkurangan membuat onar di ruangan komentar kengkawan blogger. Nak kata aku bizi uruskan suami, belum ada lagi. Nak kata bizi uruskan anak-anak, yang ada setakat ni anak mata dan anak tekak ajelah. Anak sedara ada lah jugak tapi baru satu lah. Kalau dah ada anak sendiri nanti entah tak tahulah. Setahun sekali ajelah gamaknye aku hapdet blog usang aku ni hahaha
Kalau sepanjang bulan Januari hingga Mac haritu aku dok komplen pasal speed internet P1 yang memang tahap mencabar keimanan aku, ni bulan April ni aku nampak dah ada perubahan positif lah. Takdelah slow macam siput dah. Iman aku pon takdelah tercabar aje. Boleh watlek watpis aje haplod gambar banyak mana nak pun.
1.Scdha Sein
2.Eny Abdullah
3.Ezy Loy
4.Amy J
5.Deanna Morni
6.Ary+Sha=Amzarfayyadh
7.Cik Mimie
8.Dunia Zumal
9.Inani Hazwani
10.Scha Nazri
Engkorang ni memang rajin singgah drop komen kat blog kengkawan. Moga murah rezeki, sentiasa diberkati, sentiasa dikurniakan kesihatan tak berbelah bagi dan moga terus bahagia dengan kehidupan sehari-hari.
Pada yang rajin komen, yang rajin jadi silent reader (ehemmm!) ,yang singgah say hi kat Cbox, yang singgah kata klik itu ini.. Aku singgah klik-klik balik tapi tak sempat inform kadang-kadang tu. hehehe.  Terima kasih selalu singgah sini  :)