Jangan Terkejut Lagi

17 June 30 Comments

Haritu ada dapat vespa sebijik sebab terselit jadi salah sorang lucky winners GiveAway Deanna Morni. Pastu pulak tetiba harini abam posmen datang hantar satu lagi envelope. Terkejut jugak sebab rasanya dah takde join mana-mana GA atau kontes.


Pastu bila bukak je envelope, rupa-rupanya Deanna bagi keychain ni sebagai ganti kepada vespa haritu sebab ada sikit 'kecederaan' kat vespa tu. Ya Allah semoga bertambah murah rezeki Deanna sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. 

Terharu kitewwww tawu tak T____T


Salam Ramadhan pada semua :)


Jangan Terkejut | Hadiah Vespa Sebijik

10 June 28 Comments

Alhamdulillah berkat join GiveAway anjuran Deanna haritu. Terselit jugak antara jutaan (jutaan engko ! hahahaha) penerima hadiah. Deanna jumpa peti harta karun sebenarnye masa dia buat GiveAway ni tu pasal belambak gila hadiah dia bagi. Rugi sapa tak join haritu ehehehe =P


Dapat vespa hijau sebijik tapi aku konfius sikit sebenarnye ni made in Padang Besaq ke Thailand sebenarnye. Ya aku paham kedua-dua tempat tu sangatlah tak jauh dan mngkin sebab tu jugak dia mengalami kecelaruan identiti. Takpelah yang penting perlajanan vespa ni jauh dan sekarang pit stop dia adalah dengan aku.

Terima kaseh Deanna for this green vespa! Semoga murah rezeki dan dirahmati selalu.. hehehehe


Jeng Jeng Jeng

02 June 51 Comments

Cuti sekolah dah bermula. Kerja-kerja pun makin bertambah, Masa yang sebelum ni agak banyak aku boleh guna untuk blogging, kini tidak lagi (macam skrip iklan daaaaa)


Bila cuti sekolah bermula, dapatlah akak ipar aku balik ke kampung ni. Dan bila akak ipar aku balik. maka maknanya --- Makaaaaaannnnn! 

Akak ipar aku ni jenis suka explore benda makan. Asal jumpa je resepi yang ada perkataan 'mudah' kat tajuk dia, memang dia akan ajak aku cuba buat. Contoh : Resepi Dimsum Mudah. 

Ada perkataan 'mudah' kan? Konfem memang dia ajak aku buat. Dan memang ternyata tak susah pon nak buat dimsum atau pun dumpling ni. Aku tak tawu sangat pon beza dimsum dengan dumpling tu cemane tapi yang aku tawu, bila dah masak (aku kukus) pastu cicah dengan sos dia, perhhhhh memang rasa tak cukup la pulak kalau 4 - 5 bijik je. Nak kena berbijik-bijik baru puas makan. 

Takpe-takpe, nanti boleh buat lagi jyeahhh~