Mengimbau Dunia Cowboy | Part IV

30 March 13 Comments
Main rakit sudah. Berkubang dalam kolam sudah. Malam akhir, sesi BBQ Night yang ditunggu-tunggu. Masing² dah tak sabar nak melaram dengan tema cowboy. Segala sakit badan mendayung rakit, sesak nafas sebab sakan berkubang dalam infinity pool sampai tak hengat dunia tu terus hilang bila tibanya sesi makan besar. Hamboii kemain engko dek non, nampak je makanan terus hilang sakit segala hahaha
Ini tiga worang Boss Besarrrr punya worang. Member aku si Ida cakap, ehhhh tengok tu boss tu dah macam Sheriff jahat dalam citer koboi kan? kan? kan? Yang perangai jenis makan rasuah, pastu jenis suka flirt dengan anak dara owner ladang yang tak mampu nak bayar wang perlindungan.. Drama omputih sungguh si Ida tu punya storyline kan? hahahaha

*kalau boss terbaca ni mampos aku T____T ampun boss. tu Ida yang kata =P
Ini dia Geng Sherif yang Ida kata tadi tu. Berani memain dengan dorang ni? Pistol je takde tu ha. Errr ke ade dah sebenarnye? *terus baca jangan fikir balik ayat tadi*    Staff lelaki tak ramai. Ada beberapa ketul je ni ha.
Ini pulak Geng Anak² Dara owner ladang la kononnye. Walaupon ada je yang tak anak dara dah kat situ hehehe. Staff perempuan ada la 15 orang je daripada 9 site yang terlibat. 

Tu nampak Ketua Sherif tengah peratiiiiiii je budak² ni semua main music chair. Kalo gerl yang menang, habes la Ketua Sherif tu amek buat tuttttt. *kalo dalam movie omputihla* hahahaha opssss =P
Okeh dah tamat sesi makan besar. midnite party segala bagai. Maka tamatlah sesi kursus kami di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Pada aku, deco kat resort ni memang cun gila. Kalo fotoshoot memang cantikla hasil dia. Pastu part makan memang terbaek. Menu dia dari ikan, sotong, udang, kambing, ayam -- almost setiap kali waktu makan mesti semua ni ada. Belum pernah lagi mengecewakan aku sepanjang 4 hari aku kat situ. Dia bukan jenis ikan saja. Atau ayam je yang ada. Mesti akan ada semua. So kalau engko jenis tak makan ayam, tu udang sotong ada. Kalo jenis tak makan kambing, tu yang lain ade. Tapi kalo dah segalanya tak makan, engko makan lah angin je kat bawah kipas sana hahahaha

Mengimbau Dunia Cowboy | Part III

27 March 14 Comments
Setel je berakit² ke hulu tu, cuaca pun dah makin terik. Pada hal baru pukul 11 lebih je masa tu. Semangat 'air' masih belum hilang lagi. Dengar pulak suara Bosses kat belakang ajak terjah ke pool pulak cuci² badan katanya. 

Huh hape lagi, menggeletis la semua tak sabar nak terjah ke kolam pulak dah. Aku ni maklumlah, bab² air ni aku kurengggg sikit. Tambah pulak cuaca panas lain maciammm sekarang ni, kepala hotak aku ni  kira nak balik mandi je la kejenye. Daripada aku berjemur menggelapkan lagi kulit aku yang tak berapa nak cerah ni, baik la aku p mandi sambil mendendangkan lagu riang kat shower dalam bilik air kat bilik tu je ye dak.
 
Tapi, apakan daya. Perintah orang atasan jangan dibantah. Kelak buruk padahnya. Kalo Boss murka nanti, ditariknye gaji, naya lak aku hahahaha. Nak tak nak, aku dengan paksarela pun join la jugak ke kolam tu.
Belum ape-ape lagi, kami yang gegerl dah serbu dulu kolam kecik yang ada jacuzzi ni. Boss² tu ha baru nak slow talk dengan staff kat situ pasalnye attire kamiorang ni tak menepati syarat sebenarnye. Yelah kan sepatutnye kena pakai swimming attire. Ishh idok le pulak sanggup aku nak pakai. Berdarah pulak hidong boss² aku tu karang kalo tengok kami ni pakai bikini / swimming trunk. Tak jadi nak water sport pulak karang hahaha! 

Aku tak taw jampi serapah hape yang boss aku guna dalam sesi pujuk memujuk tu, yang penting kami dapat mandi sepuasnya kat situ tanpa ada orang yang marah². Plus yang lagi heaven, takde sape pun orang lain selain group kami kat situ.Mana nak ada sapa pun sebabnya kami kursus tu weekdays. Kami je group yang ada kat situ. Ada la jugak kids group dari international school mana entah tengah berlari berkejaran pegang map macam tengah buat task explorace agaknye.Macam² bahasa aku dengar dorang guna. Ada bunyi German. Ada bunyi Arab. Ramli baca tak bunyi langsung pun ada! hahahaha


Ini pulak pool side. Ya inilah dia dayang² cheerleader kononnya. Siap garu-garu kaki segala bagailah member aku ni. Tup-tup otomatik bertukar jadi pengadil yang tak berapa nak adil lepastu. Asyik sebelahkan team yang dia rasa buleh nak menang je. Team yang satu lagi asyik kena red card aje  hahaha

Masing² tunjuk aksi paling hebat lettew. Kolam ini infiniti pool. Kena pandai² ejas diri sendiri la dalam air tu. Kalo terlajak rakit, buleh di undur, tapi kalo terlajak lompat sangat, ke bawah sana lah peginye engkau dek non =P

Memandangkan ini hari last kamiorang berkursus, dapat pulak greenlight berendam kat sini selama sejam lebih dari boss² yang agak havoc masa tu. Dah macam naik syeikhhh aku nengoknye boss² aku waktu ni. Release tensen agaknye kot. Selama ni asyik duduk ofis aje ngadap tekanan dari superior deme, ini kali, tak kasi chance. Serangggggg! Sipbaikkla kena pergi solat Jumaat, kalo tidak, takmau naik ke darat lagi semua tu. Syok berendam bagaikan dugung duyung terdampar kate ko! hehehe


Mengimbau Dunia Cowboy | Part II

22 March 17 Comments
Walaupun kursus aku bertemakan Cowboy, tak semestinya aktiviti hanya berkisar pada cowboy dan kuda semata-mata. Kalini kami divided into two team :  Black Pearl dan jugak Flying Dutchman. Tugasan kalini agak mencabar bagi kami yang gegerl semua ni lah. Kalo yang lelaki nengok je tugasan ni, kemain suka lagi. Aku suka sebenarnya aktiviti fizikal ni cumanya bila melibatkan air terutamanya laut atau pun sungai yang kedalamannye melebihi paras dada, aku agak nerves kat situ. Maklumlah kan, makcik ni dulu pernah lemas masa umur 5 tahun.

Makanya ya anak-anak, peristiwa itu terus menerus menghantui pemikiran guwe ini. Gitewwww =P 

Ini masa sesi introduction oleh facilitator kat situ. Dorang ajar la cara nak susun buluh tu, cara untuk ikat buluh tu and cara untuk ikat tong biru tu supaya rakit akan balance. Takdelah senget benget bila engko dok syok-syok mendayung tu nanti. Kang kalo tak ikat betul-betul, ada pulak kawan yang terlocot terperosok pulak di celahan buluh tu. Haaa kan dah naya cenggitu =P


Cheyyyy inilah rakit yang dah berjaya disiapkan dengan jayanya. Kemain posing semua macam konfiden menang aje tu ha. Pada hal dalam hati, masing-masing dok telan air lior je nengokkan bendera yang perlu diambil nunnnnnn kat tengah laut sana nu ~

Tudiaaa dah mula timbul segala urat sendi. Pakat mendayunglah menuju ke puncak jaya untuk dapatkan bendera tu ha kat tengah laut. Sambil mendayung sambil dok mengucap. Maklumlah takot jadi ape-ape pulak tengah laut tu. Life jacket tu je la penyelamat yang ade pun kehkehkeh 

Tadaaa dah makin sampai ke tengah laut dah. Pada hal masa nak mula tu, semua dok mengomel takot tenggelam lah, takot ada ikan jerung lah. Hahahaha giler pemikiran! Pengaruh DVD betoi =P


Dan akhirnya dah berjaya amek bendera pastu kena tukar posisi badan pusing ke arah pantai semula. Dek non, tukar posisi tu sambil dok atas rakit yang kat tengah laut tu tau. Bukannye boleh engko nak cakap ehhh kejap ye kejap ye nak tukar posisi kejap.. takdenye. Masa tu dah tak fikir tenggelam dah. Yang engko fikir -- nak dapatkan bendera pastu nak patah balik ke pantai dengan menjadi juara. Tak peduli dah ikan jerung segala bagai =P

Alhamdulillah team Flying Dutchman berjaya menjadi juara untuk acara mendayung rakit di tepian pantai kehkehkeh =P

Ada lagi aktiviti air lepas je berakit-rakit ke tengah pantai tu. Nanti aku citer lain.Jeng jeng jeng~


 

Mengimbau Dunia Cowboy | Part 1

16 March 16 Comments
Pit stop benti isi perut dulu. Jauh perjalanan =P

Haritu aku ada cerita pasal kes kamiorang kena pilih satu tema untuk BBQ Night masa kursus yang bakal diadakan. Kesahnya tema Cowboy menang yeyyyy! Hamboiiiii kemain lagi engkorang ye sesaje je nak vote bagi tema lain yang menang ye? Chisss chisss chisss. Sipbaik luck menyebelahi aku tau tak. Kalo tidak memang masaaaaaaak la aku hahaha ! Betapa senang beta punya hati kikikiki. Alhamdulillah bila koboi menang, maka senang jugaklah kepala hotak ni memikirkan apa item yang perlu dipakai sebabnye busuk² pon, pakai je la topi koboi dah kira setel kehkehkeh =P

Lokasi kursus - jeng jeng jeng =P

Kamiorang majoriti dari Perak selatan. Dan lokasi kursus kamiorang tu pulak terletaknya di selatan tanah air. Sepanjang perjalanan, kamiorang konvoi 5 kereta (2 Chery, 1 Pesona, 1 Swift, 1 Myvi) dengan jumlah peserta seramai 18 orang. Team kamiorang ni tak ramai pun. Tapi kecohnye buleh tahan gak la. 

p/s : Aku bizi preparation training class sempena nak cuti sekolah ni la. Bukannye bizi pasal nak kawen. Hamboiii kemain engkorang ye. Err tapi takpe, tolong doakanlah. Kot cepat sampai jodoh aku, aku jemput semua datang kehkehkeh =P


Manehnya Chinta

09 March 20 Comments


Terkejut balik kerja tengok ada envelop atas meja. Rasanya macam takde order apa-apa barang pun dari mana-mana seller. Takpelah bukak jugakla sebab memang nama sendiri dah kat envelop tu. Owhhhhh rupanya Ah Kak Li Po ada bagi 'something' dari Singapore. Mekaseh Ah Kak Li Po. Walaupon rupamu memang ku kenal melalui blog mu, tetapi lobang hidongmu tetap menjadi pojaan hatiku kehkehkeh =P

Nampak gayanya Februari semakin berkurang kadar kelajuan berbalas pantun di ruang komen kengkawan blogger  T___T  Kalo nak kata bizi, macam cliche sangat je bunyiknye. Banyak dah berhutang dengan kengkawan blogger semua. Aku tengah bizi sikit dengan latest projek skang nih. Cewahhh kemain engko projek sangat =P

Antara insan-insan rajin sepanjang Februari 2015. Mekaseh banyak sebab tak pernah jemu datang singgah sini walaupon tuan rumah macam asyik takde je kat rumah sobsss sobsss 


Macam biasa top 3 memang insan-insan yang selalu ada di mana-mana blog dan ruangan komen. Habeh dia korek segala stock entry dan komen yang ada. Depa ni semua memang rajin sungguh. Tak terkejor teman. Maklumlah sorang tu naik tongkang sampai ke Hongkong peginya. Yang sorang lagi tu memang selalu travel aje manjang dengan jari manisnye tu hehehe. Yang paling top tu entahla tak tawu la naik ape. Turbo jet gamaknye. Laju kemain hehe

pstt~ aku bizi sikit. tapi bukan bizi #ProjekKerjaKawen ye ahaksss 



Masakla Akuuuuuuu

03 March 22 Comments

Boss 1 : Salam semua. Sila pilih tema untuk malam BBQ training nanti. Ada 4 pilihan :
Boleh vote 1 sahaja.

1)Red Indian
2)Cowboy
3)Retro
4)Aloha
Dapat arahan daripada Boss 1 suruh kamiorang check email.Rupanya si Boss 1 suruh vote decide pilih tema apa sempena malam BBQ masa annual training nanti. 
      


  

Ada 4 tema je tu ha. Aku pilih cowboy. Itu je yang aku rasa aku buleh. Yang lain tu alahaiiiiiii tak dapek nak mikior nye dik non weyh. Sekarang ni tengah fight dengan tema Aloha. Kemain lagi yang deme pon p vote aloha hula hoop tu nak jadi tema. 

Sebab tak sanggup nak taruk gambar menjolok bijik mata sangat, aku taruk la yang aloha tu gambar bebudak. Comel la jugak mata nengoknye. Kalo nak tengok yang lagi ohsem, google je sana. Belambak berketul-ketul keluar  =P 

Tolong la doakan moga-moga tema cowboy menang undian paling banyak. Kalo menang kat tema Aloha masaaaaaaaakla aku weyhh! 


Memori

01 March 20 Comments
cenderahati Phuket. Encik Boss bagi sorang satu. Mekaseh Encik Boss :)

Ini kesah kelmarin. Encik Boss (Boss yang mula-mula dulu) roger cakap nak turun ke site kamiorang sebab dah lama tak open table belanja anak-anak buah die semua ni. Terharu gila rasa bila Encik Boss cakap cenggitu T____T   

Yelah mane tak nye, selama Encik Boss yang memegang tampuk pemerintahan dulu, kami ditatang bagai minyak yang penuh namun semenjak perpindahan beliau ke company lain, kami semua hanya bagaikan pungguk rindukan bulan sahaja. sobsss sobsss (hahahaha sesuka hati aku main taruk peribahasa cenggitu)

Alhamdulillah proses open table berjalan lancar. Tapi, aku terpaksa mohon undur diri awal sebabnya aku on duty masa tu. Tu pun berani mati je tutup ofis kejap kengkononnye waktu lunch hour la. Aku off ofis pukul 12.00 tengah hari yang mana sepatutnya pukul 1.00 baru buleh tutup. Pastu pulak lepak-lepak sambil borak & tunggu order sampai, jam pun dah pukul 2.00 petang dan sepatutnya waktu tu dah kena open ofis semula. Tapi aku drag jugak sampai ke pukul 2.30 sebabnya tak puas lagi borak. Maklumla lama tak jumpa, sekali sekala dapat jumpa empat mata tu lah nak borak macam-macam kan?

Jam 2.30 aku kena jugak gerak balik. Karang kalo lambat, naya lak kena sound dengan Boss yang sedia ada sekarang ni. Matilah kena tiawwwww sampai bernanah telinga karang ahahahaha

Dedulu ada jugakla Encik Boss tempat nak mengadu nasib kalo kena marah. Sekarang ni, sebab Encik Boss pon dah makin bizi dengan kerja, tak beranila nak ngadu sangat dah. Telan la sensorang kikiki =P


To Encik Boss: 
Mekaseh Encik sebab sudi cari masa untuk jumpak kami.Borak-borak kisah-kisah kita. Semoga bertambah rezeki Encik.Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.Semoga sentiasa dikurniakan kebahagiaan untuk Encik :)