Apa Dibuat Sepanjang Tempoh PKP?

27 April 14 Comments

Hai salam kenal pada semua sahabat yang baru singgah ke sini. Ya lama sepi disebabkan mood rajin tak datang. Dari hari pertama Malaysia memulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 MAC 2020 hingga kini , apa je yang engkorang buat sepanjang tempoh PKP ?

Aku ni mujurlah tinggal di kawasan Felda dan ada kawasan tanah. Walaupun perlu #StayAtHome, aku masih dapat turun jejak kaki ke tanah sekitar halaman rumah. Ke depan ke belakang rumah membersihkan kawasan sekitar rumah.


Dan selain duduk di rumah, aku gunakan juga waktu PKP ni sebaiknya dengan membantu membanting tulang mengusahakan tuai hasil sawit di kebun ayah aku. Alhamdulillah syukur dek kerana ayah aku turut serta dalam pengambilan Peserta Tanah Rancangan Felda jadi kami dapatlah memiliki tanah kebun sawit seluas 10 ekar ( anggaran dalam lebih kurang 500 pokok sawit ).

Terasa macam kena pukul seluruh badan buat kerja berat ni tapi bila siap selesai nampak hasil sawit dikumpul selonggok banyak cenggitu, hilang rasa penat hehehe. Iye aktiviti ke kebun sawit ni aku pergi masa sebelum masuk bulan Ramadhan, tak terdaya nak angkat buah sawit waktu bulan puasa.

Nasib baik jugalah Ministry Of Agriculture (MOA) memberi izin untuk para petani dan pekebun kecil getah dan sawit meneruskan aktiviti tuai hasil demi kelangsungan komuditi negara. Kalau tidak memang menung juga macam mana nak teruskan kehidupan sepanjang tempoh PKP ni.

Eh ya. Aku juga masih meneruskan aktiviti #WorkFromHome. Perlu lapor diri check in dan check out seperti masuk dan pulang waktu pejabat macam biasa tapi dalam keadaan 'New Normal' .

Jap aku balas jejak engkorang.
Internet pun tak bagi kerjasama haduhlah hai.
Salam Ramadhan semua :)