Grand Finale

30 November 28 Comments

Alhamdulillah setel dah lagi 2 site Karnival Jalurlebar.. tinggal 1 je lagi final destination kat Felda Ijok, Selama Perak..

Kat entry sebelum ni Syazana Zainn ade tanye pasal karnival ni.. sebenarnye Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar yang guwa dok pulun update ni memang takde kuar promosi kat mane² channel tv.. dan jugak bukan semua Pusat Jalurlebar terlibat.. 

ada beratus Pusat Jalurlebar kat Malaysia ni.. dan ada pelbagai syarikat penyedia jalurlebar yang terlibat sebenarnye tapi yang terlibat dalam Projek Karnival yang guwa dok update ni hanyalah Pusat Jalurlebar under company telco P1 Wimax saje.. dan hanya ada 9 saje site yang berada di bawah kendalian P1 Wimax.. 9 site tu pulak adelah :

  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 1, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 2, Sungkai Perak (tempat guwa)
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 4, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Trolak Utara, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Sg Klah, Sungkai Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Sg Behrang, Slim River Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Ijok, Selama Perak
  • Pusat Jalurlebar Felda Gunung Bongsu, Kedah


memang tak mustahil lah ramai je yang tak tahu pape pon pasal Karnival ni sebabnye die tak la grand macam karnival jom heboh tu.. kehkehkeh

dan InsyaAllah pagi sabtu ni kamiorang akan berkonvoi beramai² untuk ke destinasi terakhir iaitu di Felda Ijok.. semoga segalanya dipermudahkan.. aminnn

part yang agak sedih adelah -- bila berakhirnya Karnival di Felda Ijok, maka berakhirlah jugak kontrak tugasan Incik Boss bersama kami.. Incik Boss bakal berpindah ke Telco lain.. tidak lagi bersama kami selepas ni.. kepada kauorang yang selalu jejak ke diary kecil guwa ni mungkin  faham betapa erat dan kukuhnya ukhwah yang terjalin antara kami (pekerja) dengan Incik boss.. 

tempoh 3 tahun lebih kamiorang bersama, mengajar baaaaaanyak ilmu.. baaaaaanyak pengalaman yang kami dapat bersama.. dan Karnival di 9 site ni jugak sebenarnye adelah seumpama countdown buat Incik Boss.. jadi bila dah sampai ke destinasi terakhir ni memang sangat mencengkam jiwa dan ragalah.. 

guwa rasa guwa tak cukup kuat untuk pandang wajah Incik Boss bila sampai part Incik Boss akan bagi final speech nanti.. seriyesly guwa tak cukup kental.. 

Doakan kami ---- 

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)

sistem barter

25 November 16 Comments
Alhamdulillah dah selesai 3 lagi site Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar.. guwa rasa dah agak lama tak menjenguk ke sini.. maklumla agak sibuk dengan perkara² yang perlu diselesaikan untuk karnival..
Gap antara karnival site Felda Besout 1 (17 November), Felda Besout 2 (21 November) dan Felda Trolak Utara (24 November) tak jauh sangat.. tak sempat nak benafas la orang kata =P  tapi Alhamdulillah dah selesai jugak tempuh segala dugaan..
Site tempat guwa sendiri Felda Besout 2 selesai dengan jayanya.. guwa sangat bersyukur dikurniakan Team Kerja yang sangat ohsem.. walaupun masing² masih tak hilang penat, masih mampu tersenyum ceria je bantu untuk jayakan karnival tempat lain..

*************************************
Karnival di Felda Besout 1 :
-Alhamdulillah Guwa masih diberi kepercayaan sebagai cameraman bersama partner guwa (Asmah).. maka kami memang menggunakan sepenuhnyelah kuasa sebagai cameraman tu untuk snap segala apa yang ada =P

Karnival di Felda Besout 2 :
-Kat tempat guwa, Alhamdulillah cuaca sangat bagus dari pagi sampailah selesai sesi pemberian hadiah kepada pemenang.. lepas tu je baru turun hujan.. hujan rahmat barangkali.. hehe

Karnival di Trolak Utara :
-Sekali lagi guwa dan partner guwa Asmah ditugaskan jadi cameraman.. tapi masa di Trolak Utara ada sikit cabaranlah sebab awal pagi hujan turun.. sebelah petangnye pulak guwa diberi kepercayaan untuk jadi Pengerusi Majlis bagi Majlis Penutup.. dan Alhamdulillah sebab perasmi hadir awal.. dapat kami setelkan sesi closing awal..
*************************************

Guwa rasa Sistem Barter dalam kehidupan saaaaangat penting.. Senang cerita kena ada “give and take”, memberi dan menerima. Memang penting itu semua andai takde kita akan jadi pentingkan diri sendiri. Tak sudi menerima, apatah lagi memberi.. 
Guwa ingatkan diri sendiri supaya jangan sesekali lupa jasa orang lain yang pernah tolong kita.. tak kira lah sekecil mana pon bantuan yang diberi, jangan sesekali sakitkan hati insan lain.. selalu ingat frasa ni :

“what u give, u get back”

berbaki lagi 3 site.. doakan segalanya dipermudakan :)

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)


Bukan Pengemis Chinta

15 November 12 Comments


Mr H   : wahh lama tak dengar khabar.. sehat ke skang? Bile nak kawen ? ke dah bertunang ke cane skang ?

Hani  : err aku sehat Alhamdulillah. Belom kawen.bertunang pon belom.
so ko plak cane skang ni ? ummi dengan abah ade mendesak ape² ke about relationship ?

Mr H   : agak mendesak gak la... sebab adik pon dah kawen.. so calon terbaek aku adelah “kamu.. kamu.. kamu dihatiku”

Hani   : alah aku ni sape la.. u deserve someone better la.. hehe

Mr H : U are d best. Camne nak cari better :(
Ko pandai jaga family, adik beradik, community, comel... sgt comel... prihatin, caring..

Hani : ish aku ni tak pandai masak
tak reti amek hati
tak reti pujuk
tak reti nak romantik²
tak reti banyak benda la weyhh

Mr H : dan aku pulak --
tak perlu org tolong masak sebab pandai masak sendiri
tak perlu amek hati sebab berbesar hati
tak  payah pujuk² sebab aku akan pastikan ko je yang akan merajuk
tak  kisah bab romantik sebab aku akan pastikan every single second I will be romantica d amor for u –


bersambung nanti—
kehkehkeh

Pulun Kedah Pulun !

12 November 40 Comments

*loghat utara activated*

Alhamdulillah setel satu lagi Karnival Hari Terbuka kat Felda Gunung Bongsu 11 November aritu.. sekali lagi kami diuji hebat dengan faktor cuaca.. sampai je pepagi hari kat atas padang awam tu memang hangat la baq hang ! tambah plak hari sebelumnya hujan.. memang berselut abeh sampai ke lutut arrr jalan ataih padang tu.. phewww dugaan =.=

Guwa sekali lagi diberi kepercayaan untuk jadi cameramanwoman.. ini mungkin disebabkan faktor ke’terer’ran guwa yang berjaya menangkap moment² yang dianggap berharga.. berharga la sangat kononnya kan.. pada hal guwa dok fokus tang mana ada marka hensem.. ahakkss ~ jyeahhhh ! *kembang-kembang lobang hidong (perhh gila berbaur riak di situ) kehkehkeh

Tapi yang sebenaqnya guwa rasa bukan disebabkan ittew kot.. mungkin disebabkan guwa sangat tak malu dalam mencelah di khalayak ramai plus tak pedulik panas terik bahang mentari, itu yang menjadi punca kenapa guwa diletakkan sebagai insan terpilih untuk amek gambaq.. Nak kata smart sangat gambaq yang guwa amek tu tak la pon rasanya =P

Baaaanyak sangat aktiviti ada.. jenuh gak guwa dengan member guwa dok berlari berkejaran tengah panaih tu dok pulun nak amek gambaq segala aktiviti.. tak peduli dah hangat ka apa ka.. yang penting gambaq maw cun.. cheyyy cun la sangatt kan =P




dan hasilnya adalah muka guwa telah sunburn.. abeh jadi dayang senandung.. dah la tak berapa nak putih.. dok bejemoq plak sana sini p amek gambaq tetengah panaih, ha last² memang bebelang arrr wajah ku ini.. abeh turun saham seribu..uwawawawa


  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)

Maaf Encik Boss

08 November 38 Comments

Dear Diary ( konon² bajet omputih sangatla ni ana ? ahaksss ~ )


***********************************
Dalam meniti hari² mendatang yang penuh barakah ni sebenarnye banyak perkara baru yang kita dapat.. macam Encik Boss guwa selalu cakap :

“normally i will learn new things each and everytime i am with U”

Dan sebenarnye, kalo Encik Boss nak tawu, kamiorang pon learn a lottttttttt of new things since the first day u step in.. Encik Boss je yang tak sedar kot..
U teach us a lot. Sangat banyak..
terutamanya Lin, Sha and me. 

***********************************

Dan errrr sebenarnye.. errr Lin, Sha and me nak mintak ampun dan maaf dari Encik Boss sebab kamiorang prank Encik Boss dengan tepung + pewarna + telur + tolak dalam pool itu hari.. seriyesly kami sangat memohon keampunan.. 

"ampunkan kami penunggu gua.. ampunkan kami penunggu gua.." 



ampunkan kami Encik Boss.. sesungguhnye kami takde niat lain selain nak make it memorable.. tu saje.. uwawawawa 

Urus + Setia

07 November 25 Comments
Alhamdulillah dah setel Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti di Felda Sg Behrang pada 3 November yang lepas.. dua hari gak la kamiorang berkampung kat sana.. Banyak aktiviti menarik yang ada masa karnival tu.. semput gak la kalo nak listdownkan.. tapi takpe, guwa wrap-up kan dengan bantuan gambar je lah.. cuci mata nengok gelagat masa aktiviti =P



Angry Bird
 Giant Dam Ular
 Lucky Ducky 
Score Goal
 Bercerita kanak-kanak
Tarik King Queen
Paintball

Urusetia yang memang sangat setia depan camera =P

our beloved incik Boss =P
senyum leborrrrr aje ek incik.. eheee

event edisi Sg Behrang kali ni guwa lebih rileks dan enjoy gile arrr.. sebabnye guwa dengan partner guwa (Asmah) dapat part jadi cameraman.. so memang kamiorang bebasla berkeliaran sambil cucimata di segenap ruang karnival pada hari ittew.. sememangnyelah kamiorang sangat bersyukur sebab sepanjang karnival berlangsung pagi tak hujan.. tapi memang panas taktau nak kata la.. guwa dok repeat tanya soklan "skang jam pukul bape asmah ? dah pukul 1 ke ? " pada hal masa tu baru pukul 10.30 pagi.. dia punya panas perhh tak hengat.. tapi bila masuk je sesi petang, memang Allah turunkan hujan.. patutla pagi tu panas dia lain macam.. 

Alhamdulillah dah selesai pun karnival di Felda Sg Behrang.. punyela komited nak menjayakan event tu sampaikan ada antara Team Members demam la.. sebab cuaca agaknye.. panasss yang amat sangat pastu berlari-lari dalam hujan plak untuk menjayakan program tu.. guwa sangaaaat berdoa harap² dorang sempat recover lah sebelum upcoming event on this 10 November di Felda Gunung Bongsu, Kedah.. ada lagi 2---3 hari untuk pulun makan ubat betol² dan jaga kesihatan.. 

Sipbekla antibodi guwa kira masih mampu bertahan dalam meredah segala onak dan duri dan pertukaran cuaca.. Syukurrr Ya Allah :)

Dua site dah setel.. next event Jumaat ni will be at Felda Gunung Bongsu.. tunggu kehadiran rombongan cik kiah kami ! kehkehkeh

*kat sana guwa dengar bunyi² bahawasanya guwa dengan partner guwa (Lin) akan dapat part jadi pengerusi majlis... habes huru hara la karang kalo guwa dengan Lin dapat pegang microfon tu =P

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)