Teluk Batik
anamizu
29 October
49 Comments
harini, guwa menghabiskan hari-hari
indah bersama keluarga.. berpiknik ke Teluk Batik.. memandangkan besday anak
buah guwa si Rafael Zafuan pada 29 Oktober ni jatuh pada Isnin, maka kami rakyat
Malaysia pun decide untuk celebrate hari sebelum Isnin.. sebabnya kalo isnin, abang long dengan akak ipar guwa tu dah kena balik bekerja..
so harini, kamiorang bertolak
pagi dalam jam 10 dari rumah dan sampai ke Teluk Batik kuranglebih jam 12.30
tengah hari.. memang ngamho la kami sampai tu masa perut tengah rancak dok main lagu keroncong
untuk ana.. hahaha
Tak tunggu lama, kamiorang pun
keluarkan segala stock makanan yang dah siap menunggu untuk jadi santapan
juadah tengahhari tu.. hasil air tangan Masterchef Puan Emak memang selalu
terbaekkkk – keli bakar + air asam + ayam masak merah + rendang daging +
ketupat palas + gulai ayam + ulam²an + pucuk paku dan jugak buah²an untuk
pencuci mulut.. perut pun dah lapar, semua pakat dah ketaQ lutut nak makan,
kamiorang pun ngaaapp segala yang ada lepas abah setel baca doa makan..
Setel hadap makanan, si Rafael dah tak
senang duduk.. mane taknye, kamiorang belum pegi ke pantai lagi.. betul² park
kereta kat kawasan parking yang memang jauh dari pantai sebab parking yang
dekat area pantai sana dah penuh.. maklumlah hari public holiday kan.. nak angkut
makanan bawak pegi sana masa awal tadi silap² ada yang pengsan dulu..
Bila dah setel makan, barula setting apa
yang patut untuk landing kat area tepi² pantai tu.. manusia jangan tanyala..
memang kalo selak orang, nampak orang je la baq hang ! punyala ramai manusia !
ini budak kecik memang tak pedulik panasterik.. pulun nak main pasir.
mula² konon takot air. bila dah konfiden selamat, gelak sakan. pastu dia lah yang taknak balik. tak puas lagi nak berendam dalam air sampai naik hangit satu badan.. acik pian dia jugak untung sebab dah prepare baju mandi macam gitu..
Best memang best bila sekali sekala dapat spend time dengan family macam gini.. tapi ada 2 perkara je yang memang guwa rasa sangat spoilt :
1) SIGNBOARD
- Teluk Batik kan tempat pelancongan. janganla kedekut signboard. bubuh sebanyak dan sekerap mungkin.. yang nak pegi situ bukannye orang² yang dok area situ.. orang jauh.. bila tak cukup signboard, maka terganggulah perjalanan.. ok fine ada yang kata "gunalah GPS".. itu kalo yang jenis agak kaya.. guwa agak tak berkemampuan..sedih taw dak bila dah dekat nak sampai, tetiba signboard dah takde. lostt terus. tu pun sipbekla ikot kata hati dan sipbekla jugak jumpak.. pihak majlis daerah plisss la alert.. sesape orang sana, majukanlah usul guwa ni ke pihak berkenaan.. ini seriyes ! (ala² lagu wonderpet)
2) TANDAS
- Teluk Batik kan macam guwa cakap tadi -- tempat pelancongan. orang mai dah tentulah nak berendam dalam laut. bila dah puas, mestila nak bersihkan diri sebelum nak pulang ke tanahair masing².. bab tandas ni pun satu perkara yang guwa rasa sangaaaaat perlu diambil berat.. nak masuk mandi dah la kena caj singgit. takpelah kan. tandas yang ada pulak cuma 1 kat ujung pantai belah sini. pastu 1 lagi ujung pantai belah sana.. bilik utk mandi ada la dalam 5 unit.. kiranya dua kemudahan Tandas Awam tu ada la dalam 10 unit bilik untuk mandi.. dengan kapasiti orang yang datang pada hujung minggu plus public holiday plak = tak kurang dari 5 ratus orang.. bayangkan sendiri la betapa panjang Q utk tunggu turn nak mandi ??? ini pun perlu perhatian seriyes dari pihak berkenaan.. plissss sesapa tolong usulkan perkara ni..
guwa malas nak bebel panjang.. karang jadi benda laen.. tapi memang sesungguhnya 2 perkara ni buat spoilt. tak payah dok buat promosi kaw-kaw pun orang mai je tempat kita. tapi yang penting, mudahkan la orang yang datang. buatla orang yang mai tempat kita tu terasa welcoming. janganla biaq depa terasa macam welkambing. guwa rasa guwa perlu bebel sebab guwa anak Perak. guwa takmau nanti ada orang cakap "masa aku p Teluk Batik aritu punyala sikit bilik utk mandi kat tandas dia.. kira nak untunggggggggggg je.. cissskekk sungguh!"
kalo guwa kaya-raya dah lama guwa sedekah buat lapanbelas kemudahan Tandas Awam kat sana.kehkehkeh